Drama Janji Pada Hati Tonjol Kisah Realiti Kehidupan Berkeluarga


Slot Qalbu TV AlHijrah konsisten dalam menyebarkan agenda dakwah kepada masyarakat menerusi rancangan-rancangan terbaik pilihannya



Terbaru, TV AlHijrah menyiarkan drama berjudul Janji Pada Hati. Drama arahan Sham Jr. yang diterbitkan oleh MDAG Marketing Production Sdn. Bhd. ini disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa, jam 6 petang

Janji Pada Hati berkisah tentang seorang wanita bernama Dahlia yang amat tabah dalam memelihara rukun kebahagiaan di dalam rumahtangganya

Dahlia adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang amat menyayangi anak tunggalnya Aina. Walau luaran kelihatan bahagia, namun Dahlia sering kali merasakan dirinya terkurung. Tidak seperti suaminya Ezani yang bekerjaya serta senantiasa sibuk dengan kariernya



Rasa kelompongan yang ada di dalam hati Dahlia tambah buruk apabila dia mengetahui Maira, kekasih lama Ezani akan memulakan kerjasama dengan suaminya di tempat kerja. Maira akan menjadi peguam kepada syarikat Ezani

Disebabkan itu, Dahlia berpakat dengan Laila, rakan sepejabat Ezani untuk mengintipnya di tempat kerja. Bukan itu sahaja, Laila turut memberi amaran kepada Maira agar menjauhi Ezani kerana dia sudah berkeluarga. Laila turut menasihatkan Ezani agar tidak rapat dengan Maira demi Dahlia

Sedikit sebanyak nasihat Laila meninggalkan kesan di dalam hati Ezani. Untuk menjernihkan keadaan, Ezani membuat kejutan dengan menghadiahkan jambangan buat Dahlia. Ezani berjanji untuk meluangkan lebih banyak masa dengan Aina, anak mereka



Walau gembira, Dahlia masih rasa ragu-ragu. Perasaan curiganya bertambah teruk apabila mereka terserempak dengan Maira di pasaraya. Dahlia nampak reaksi Ezani yang terkedu melihat Maira. Bahasa tubuh mereka berdua meyakinkannya bahawa Ezani curang

Konflik semakin tegang apabila Dahlia terjumpa penyata bank tempahan hotel dan pembelian barangan berjenama daripada kad kredit Ezani. Dahlia meminta kepastian dengan Laila berkenaan hal tersebut dan Laila mendakwa Ezani membelikan barangan tersebut untuk Maira

Dahlia tekad untuk bersemuka dengan Maira di pejabatnya. Saat melihat kelibat Ezani dan Maira yang kelihatan mesra, hatinya hancur. Dia melulu pulang ke rumah. Malang tidak berbau, kereta yang dipandu Dahlia kemalangan



Dahlia koma. Ezani mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang terlantar di hospital. Dia juga perlu menjaga Aina

Takdir Allah Dahlia tersedar dari koma yang Panjang. Namun begitu, segalanya kelihatan amat mengelirukan

Saat terjaga, Dahlia terkejut apabila terbau nasi goreng kegemarannya yang sering dimasak oleh arwah ibunya. Apabila ke dapur, dia melihat sosok tubuh ibunya Hajah Siti yang telah meninggal dunia. 


Kehidupan Dahlia seperti berputar kembali ke zaman silam. Malahan jeritan ibunya agar dia lekas pergi ke kelas pengajian benar-benar membuatnya keliru. Dahlia terkejut kerana dia masih pelajar di universiti. Dia juga bukan isteri Ezani. Malah, Aina juga tidak pernah wujud sama sekali

Apakah yang sebenarnya sedang terjadi? Adakah ini semua adalah khayalan Dahlia? Benarkah Dahlia pernah menjadi isteri Ezani? Kesemua persoalan ini akan terjawab sepanjang 13 episod siaran drama penuh warna warni ini



Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Janji Pada Hati yang membariskan pelakon hebat tanah air seperti Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Raysa Sofea, Hazwani Helmi dan ramai lagi










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2022/02/drama-janji-pada-hati-tonjol-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Janji Pada Hati

Drama Janji Pada Hati

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 166 hits
TV AlHijrah menerusi slot Qalbu menyiarkan drama berjudul Janji Pada Hati Drama arahan Sham Jr yang diterbitkan oleh MDAG Marketing Production Sdn Bhd ini disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa jam 6 petang Janji Pada HatiEpisod 13Tarikh Ta...
Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu Tv Alhijrah

Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu Tv Alhijrah

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 198 hits
Drama Janji Pada Hati adalah drama terbaru di slot Qalbu TV Alhijrah yang disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa jam 6 petang Drama Janji Pada Hati ini mempunyai 13 episod dan sudah bersiaran di TV Alhijrah sejak 7 Februari 2022 yang lalu A...
Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau Puasa Di Bulan Ramadan Siapa Sangka Kisah Di Sebaliknya Cukup Menyentuh Hati

Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau Puasa Di Bulan Ramadan Siapa Sangka Kisah Di Sebaliknya Cukup Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 601 hits
SETIAP kali tiba waktu solat kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat Premis yang terletak di Pandan Kapita...
Sampai Geledah Sampah Ini Realiti Kehidupan Puteri Balqis Yg Ramai Tak Tahu

Sampai Geledah Sampah Ini Realiti Kehidupan Puteri Balqis Yg Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 227 hits
BERTEMU empat mata dengan si gadis berusia 15 tahun bernama Puteri Balqis ini menjentik sebuah rasa yang menikam ke jiwa
Dah Besar Baby Iqy Drama Pujaan Hati Kanda Sekarang Ayden Jadi Abang Long

Dah Besar Baby Iqy Drama Pujaan Hati Kanda Sekarang Ayden Jadi Abang Long

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 158 hits
Lama tak dengar cerita Ayden Mikael atau panggilan manjanya baby Iqy yang suatu ketika dulu popular dalam drama Pujaan Hati Kanda pada 2018 Drama yang trending itu dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak Kini Ayden dah pun berusia 4 tahu...
Ia Adalah Kisah Tentang Umur Saya Jeon Mido Ulas Soal Drama Akan Datang Thirty Nine

Ia Adalah Kisah Tentang Umur Saya Jeon Mido Ulas Soal Drama Akan Datang Thirty Nine

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 187 hits
Jeon Mi do ulas tentang drama baharunya akan datang Thirty Nine Thirty Nine ialah drama JTBC mengisahkan tentang tiga sahabat yang bertemu pada tahun kedua sekolah menengah mereka dan kini hampir mencecah usia 40 tahun Drama ini akan mencer...
Kisah Nyata Kehidupan Marhaen

Kisah Nyata Kehidupan Marhaen

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 137 hits
NORZIHAN BAHAROMSuami dapat gaji bersih RM3 000 00 terus buat internet banking bayar Bil air RN30 00 Duit rumah RM700 00 Duit kereta RM700 00 Bil telefon suami dan isteri RM200 00 Bil elektrik RM170 00 Ansuran motor kapcai RM150 00 Yuran Tu...
Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku Dalam Negara Kita

Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku Dalam Negara Kita

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 162 hits
Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku dalam Negara Kita Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut Langkawi petang semalam Ketua Polis Daerah Langkawi ACP...
Lirik Ungkapan Hati Yunita Ababiel

Lirik Ungkapan Hati Yunita Ababiel

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 139 hits
ku coba untuk melupakan tapi tak berdayaku coba untuk melepaskan tapi tak kuasawalaupun aku tahu tak mungkin kau ku dapatkanmeskipun aku tau tak mungkin jadi milikmusetelah kusadari cintamu yang sucibiarlah aku rela asal kau bahagiahanyalah...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Akaun Emas Gap Bukan Emas Digital


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Exclusive Scr2u Casino Features You Should Know About Before Signing Up

Lubnan Mengesahkan Sayyed Hassan Nasrallah Terbunuh

Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot

Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

Saiz Fail Dlc Shattered Space Untuk Starfield Ditemui

Vivo Tunjuk X200 Series Dengan Lebih Jelas