Kisah Nyata Kehidupan Marhaen


 
NORZIHAN BAHAROM


Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

- Bil air RN30.00.

- Duit rumah RM700.00.

- Duit kereta RM700.00.

- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.

- Bil elektrik RM170.00.

- Ansuran motor kapcai RM150.00.

- Yuran Tuisyen anak RM150.00.

- Tukar RN150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..

'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."

Isteri spontan menyampuk..

'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'

Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..

'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...

'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'

Lalu isteri menjawab dgn sinis..

'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/kisah-nyata-kehidupan-marhaen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Marhaen Dan Kayangan Yang Berbeza

Kisah Marhaen Dan Kayangan Yang Berbeza

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 207 hits
Rakyat cerita nak naik gaji minimum RM1 200 sebulan Nak i Citra RM10k one off Cerita nak beli ayam mahal telur pun mahal Cari duit hantaran pun tak mampu Itu cerita marhaen Tapi cerita kayangan beli rumah di London USD10 juta USD tau Bukan ...
Drama Janji Pada Hati Tonjol Kisah Realiti Kehidupan Berkeluarga

Drama Janji Pada Hati Tonjol Kisah Realiti Kehidupan Berkeluarga

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 231 hits
Slot Qalbu TV AlHijrah konsisten dalam menyebarkan agenda dakwah kepada masyarakat menerusi rancangan rancangan terbaik pilihannya Terbaru TV AlHijrah menyiarkan drama berjudul Janji Pada Hati Drama arahan Sham Jr yang diterbitkan oleh MDAG...
Kisah Benar Usahawan 2020 Kini Dalam Kritikal

Kisah Benar Usahawan 2020 Kini Dalam Kritikal

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 274 hits
Assalamualaikum hai semua Masalah harga barang semakin meningkat menyebabkan ramai peniaga gulung tikar Bukan sahaja pembeli sukar membeli tetapi peniaga juga mengalami masalah untuk mengambil barang perniagaan dari pembekal Business to bus...
Kisah Adik Hani

Kisah Adik Hani

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 240 hits
sebenarnya aku tak nak bercerita pasal ni kerana adik dan adik ipar tidak benarkan aku post di media sosial berat jugak untuk aku mengetuk keyboard supaya apa yang aku ceritakan tidak mendatangkan fitnah dan sekaligus tidak mengaibkan mana ...
Filem Dari Kisah Sebenar Lee Shinyoung Kim Dowan Ramai Lagi Sah Terajui Rebound

Filem Dari Kisah Sebenar Lee Shinyoung Kim Dowan Ramai Lagi Sah Terajui Rebound

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 285 hits
Empat pelakon visual sah akan membintangi filem akan datang Rebound Menurut laporan pada 8 Februari Lee Shin young Kim Do wan Jung Gun joo dan Kim Taek telah disahkan untuk filem akan datang mengenai bola keranjang berjudul Rebound Filem in...
Hiburan Saya Tak Kisah Pemain Industri Tension Kerja Dengan Js Picture Selalu Dimarahi Ini Jawapan Jinggo

Hiburan Saya Tak Kisah Pemain Industri Tension Kerja Dengan Js Picture Selalu Dimarahi Ini Jawapan Jinggo

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 233 hits
Baru baru ini Jinggo memberitahu dia sering kali menerima keluhan dari pemain industri yang mendakwa berasa tertekan bekerja bersama produksinya iaitu JS Picture Menurut pengarah serta penerbit ini mereka yang mengadu berasa tertekan itu ha...
Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau Puasa Di Bulan Ramadan Siapa Sangka Kisah Di Sebaliknya Cukup Menyentuh Hati

Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau Puasa Di Bulan Ramadan Siapa Sangka Kisah Di Sebaliknya Cukup Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 664 hits
SETIAP kali tiba waktu solat kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat Premis yang terletak di Pandan Kapita...
Kisah Pelawak Firaun Yang Terselamat Dari Ditelan Laut Merah

Kisah Pelawak Firaun Yang Terselamat Dari Ditelan Laut Merah

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 763 hits
Satu orang tukang lawak zaman firaun Zaman Firaun tu dia ada pelawak dia lah Sekarang zaman pelawak rupanya zaman firaun ramai pelawak juga Jadi pelawak Firaun yang paling top sekali yang maharaja Lawaklah kepada semua pelawak ni namanya ni...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit