Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau Puasa Di Bulan Ramadan Siapa Sangka Kisah Di Sebaliknya Cukup Menyentuh Hati


SETIAP kali tiba waktu solat, kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami-isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat.
Premis yang terletak di Pandan Kapital, Pandan Indah Kuala Lumpur itu menyediakan surau lelaki dan wanita lengkap dengan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan pelanggan dan orang ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah itu mengerjakan solat.
Pemilik kedai tersebut, Lee Chee Win dan Yong Siew Ching berkata, surau itu dibina sejak 13 tahun lalu yang pada awalnya untuk memudahkan pekerjanya menunaikan solat tanpa perlu keluar ke surau atau masjid yang jaraknya lebih jauh.

Ruang solat ini dibina sejak 13 tahun lalu.
Lee, 63, berkata, sejak itu juga surau tersebut mula menjadi tumpuan pelanggan dan pekerja pusat beli-belah itu yang ingin tumpang solat sebelum dia dan isterinya mengambil keputusan membukanya kepada orang ramai.
“Niat asal kerana ingin memudahkan pekerja saya solat tetapi tidak sangka pula surau itu mendapat perhatian bukan sahaja pekerja di pusat beli-belah ini tetapi pengunjung pusat beli-belah yang datang.
“Sudah tentu saya gembira surau yang kami buat itu boleh dimanfaatkan oleh lebih ramai orang dan bersyukur dapat bantu orang Islam solat apabila masuk waktu,” katanya yang menjalankan perniagaan di situ sejak tahun 2000.
Saya tidak pernah menganggap kedatangan mereka untuk solat sebagai menggangu perniagaan kami.YONG SIEW CHINGLee memberitahu surau yang dibina itu asalnya adalah tempat mempamerkan barang jualan, namun mengambil keputusan mengubahnya kepada dua bilik untuk menempatkan surau lelaki dan wanita.
Boleh memuatkan dua ke tiga orang pada satu-satu masa, Lee memberitahu dia turut membina tempat mengambil wuduk selain meletakkan tirai mandi untuk menjaga aurat kaum wanita.
“Tiga tahun lalu saya buat pengubahsuaian pada lantai yang sebelum ini menggunakan karpet kepada jubin kerana lebih mudah dijaga dan diselenggara.

Tidak hanya ruang solat, pasangan ini turut membina tempat mengambil wuduk.
“Saya juga sediakan kelengkapan solat seperti sejadah, kain pelikat dan telekung bagi memudahkan pengunjung,” ujarnya.
Meskipun negara sedang dilanda pandemik, Lee berkata, mereka tetap membuka surau itu namun menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wab4k.
Malah orang ramai yang menggunakan surau itu juga patuh dengan SOP, malah akan beratur menunggu giliran selain membawa kelengkapan solat sendiri.
Sementara itu, Yong, 52, pula memberitahu dia tidak pernah berasa terganggu apabila kedainya sering didatangi orang ramai yang ingin menggunakan surau berkenaan setiap kali masuk waktu solat.

Lee dan Yong bersama dua cucu angkat mereka.
Sebaliknya menganggap hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama perlu saling bantu-membantu serta bertolak ansur agar semua dapat hidup dalam harmoni.
“Saya tidak pernah menganggap kedatangan mereka untuk solat sebagai mengganggu perniagaan kami. Jika ya, sejak awal kami tidak buka surau itu untuk kegunaan awam.
“Apa kami lakukan ini adalah berasaskan rasa hormat dan ingin memudahkan orang beragama Islam menunaikan solat,” ujarnya.

Lee Chee Win dan Yong Siew Ching membuka perniagaan mereka di Pandan Kapital sejak tahun 2000.
Di sebalik kisah surau itu, Yong berkata, dia sebenarnya cakna tentang agama Islam memandangkan dia mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu dikenali sebagai Nik Aliza Abdullah yang kini berusia 37 tahun.
Yong berkata, dia mengambil wanita berasal dari Terengganu itu sebagai anak angkat sejak 20 tahun lalu memandangkan anaknya itu tinggal sebatang kara di Kuala Lumpur.
“Nik Aliza pernah bekerja dengan saya ketika dia mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Orangnya sangat baik dan saya berasa kasihan apabila melihatnya hidup sebatang kara di bandar besar ini.

Pasangan ini menjual pelbagai barangan mainan kanak-kanak, permainan video dan barangan bayi.
“Sejak itu saya mengambilnya sebagai anak angkat dan menjaganya sehingga dia kini sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung.
Jelasnya lagi, sejak anak angkatnya itu hadir dalam hidup mereka sekeluarga, Nik Aliza banyak mengajarnya tentang agama Islam malahan mereka sekeluarga turut berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan.
Malah tiga anak Nik Aliza juga dijaga olehnya dan tidak pernah menganggap cucunya itu sebagai orang luar.

Bersama anak angkat mereka Nik Aliza.
“Saya sayang mereka macam cucu sendiri malah mereka cukup rapat dengan kami sekeluarga… Ketiga-tiga mereka juga fasih berbahasa Mandarin dan Hakka.
“Tahun Baru Cina pun kami berkumpul bersama dan mereka cukup teruja dapat berjumpa dengan tiga lagi sepupu mereka yang lain.
“Saya tidak pernah melihat perbezaan agama atau kaum sebagai masalah sebaliknya kasih sayang dan hormat menghorm4ti sesama manusia itu jauh lebih penting,” katanya.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2022/02/pemilik-kedai-berbangsa-cina-bina-surau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah China Tesla Menjual Sekitar 60 000 Kereta Buatan China Pada Bulan Januari

Kisah China Tesla Menjual Sekitar 60 000 Kereta Buatan China Pada Bulan Januari

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 236 hits
Menurut Persatuan Kereta Penumpang China sebuah kenderaan elektrik Amerika dan syarikat tenaga bersih Tesla Inc menjual 59 845 kereta elektrik dari kilangnya di China pada Januari Kini Tesla membuat kereta sport Model Y dan sedan Model 3 di...
Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku Dalam Negara Kita

Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku Dalam Negara Kita

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 168 hits
Kisah Menyayat Hati Yang Berlaku dalam Negara Kita Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut Langkawi petang semalam Ketua Polis Daerah Langkawi ACP...
Pasangan Tionghua Ini Bina Surau Untuk Pekerja Muslim Solat

Pasangan Tionghua Ini Bina Surau Untuk Pekerja Muslim Solat

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 170 hits
February 12 2022 Menyentuh hati Pemilik kedai berbangsa cina bina surau untuk bulan ramadhan SETIAP kali tiba waktu solat kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan ...
Kisah Ayam Pun Dah Jadi Kayangan

Kisah Ayam Pun Dah Jadi Kayangan

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 206 hits
Feb 1 Manipulasi Harga Ayam Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya taukeh AP letak harga ayam RM8366 tan pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 tan Taukeh AP buat untung RM2931 setiap tan 32 syarikat dapat AP impot ayam Mydin Hypermart kecewa ...
Kisah Viral Aiman Kecek Kelate Mahu Jadi Pelakon Di Malaysia Podcast Borak Sini Habis Sini

Kisah Viral Aiman Kecek Kelate Mahu Jadi Pelakon Di Malaysia Podcast Borak Sini Habis Sini

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 144 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Kisah Genting Hong Kong Ada Persamaan Dengan Bbmb Hong Kong

Kisah Genting Hong Kong Ada Persamaan Dengan Bbmb Hong Kong

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 194 hits
Bila saya baca chronology kes Genting Hongkong Teringat satu real story kes pembunuhan yang diceritakan oleh client Public Mutual saya Time tahun pertama saya jadi unit trust consultant lebih 15 tahun dulu Masa ni client saya ni kira rakan ...
Lebai Ni Ulang Kisah Lama Nak Serang Umno Ka Apa Nih

Lebai Ni Ulang Kisah Lama Nak Serang Umno Ka Apa Nih

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 193 hits
S04fi911nhlu23h1lTengok tarian singa boleh berapat rapatan Saf solat sampai sudah jarak jarakkanBila gamaknya semuanya ini akan berakhir sedangkan manusia yg paling patuh SOP setakat ini adalah jemaah Masjid dan surau
Kisah Si Rasyid Membeli Myvi

Kisah Si Rasyid Membeli Myvi

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 196 hits
Harga pasaran Myvi ialah RM45 000 Jadi untuk membeli Myvi tersebut Si Rasyid perlu membayar deposit 10 daripada harga belian tersebut Baki harga belian berjumlah RM40 500 itu Si Rasyid bayar secara ansuran kepada bank selama 9 tahun Dalam t...
Kisah Misteri Hilangnya Permata Biru Arab Saudi

Kisah Misteri Hilangnya Permata Biru Arab Saudi

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 183 hits
nbsp nbsp Foto Ilustrasi berlian biru permata paling langka dan paling berharga di dunia nbsp Penulis Bernadette Aderi Puspaningrum Editor Bernadette Aderi Puspaningrum KOMPAS com Pencurian permata biru Arab Saudi yang langka dan sejumlah p...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever