Drama Adaptasi Novel Akan Datang Bicara Cinta 7 Hari Mencintaiku Pengantin Satu Malam
Drama Adaptasi Novel Akan Datang - Bicara Cinta, 7 Hari Mencintaiku & Pengantin Satu Malam (Slot Akasia) | Drama adaptasi novel memang pilihan zaman sekarang. Sebut sahaja drama adaptasi novel, mesti rama yang tak sabar untuk menonton. Lebih-lebih lagi kalau pelakon utama drama adalah pelakon kegemaran mereka.
Slot akasia akan menampilkan 3 lagi drama adaptasi novel. Dan kemungkinan akan ditayangkan tidak lama lagi.
3 novel tersebut adalah :-
Novel Bicara Cinta
Novel 7 Hari Mencintaiku 2
Novel 1001 Malam
Dua buah novel mengekalkan judul yang sama untuk drama. Kecuali novel 1001 malam ditukar judul Pengantin Satu Malam.
Pengarah Drama Bicara Cinta : Along Kamaludin
Senarai Pelakon Drama Bicara Cinta
Emma Maembong
Adi Putra
Balkisyh Semundur Khan
Azrel Ismail
Fadilah Mansor
Eizlan Yusof
Khalida Balqis
Beego
Khaty Azian
Sinopsis Novel Bicara Cinta
Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.
“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!
“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.
Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.
“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.
Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.
Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?
Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.
“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.
Anis dalam dilema.
“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.
Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?
Pelakon utama
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Faye Kusairi sebagai Syakila
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
Bil Azali sebagai Zaidi
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Sean Lee sebagai Adam
Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.”
Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia, Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”
Hilang hormatnya pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) kembali membenci Mia Adriana semula.“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu, Khuzairi tak akan bahagia!”
Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.
Dalam kemelut yang berlaku, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”
Helmi cuba menyedarkan emaknya.
Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”
Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
Sinopsis Novel 1001 Malam
Awak tahu tuan zahred kalau permaisuri shahrzad itu menceritakan setiap satu kisah yang berlainan kepada suaminya raja Shariyar setiap malam selama 1001 malam.
Awak tahu kenapa? " Zulaikha memandang anak mata zahred.
kenapa?
"untuk menangguhkan hukuman mati ke atasnya selama 1001 MALAM.
zahred senyum Itu raja Sharyar tapi saya mahu mencipta seribu mimpi untuk 1001 malam bersama Zulaikha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/05/drama-adaptasi-novel-akan-datang-bicara.html