7 Hari Mencintaiku 2
Kepada para peminat siri drama 7 Hari Mencintaiku jangan ketinggalan untuk mengikuti siri terbaru kesinambungannya iaitu 7 Hari Mencintaiku 2. Drama bersiri 33 episod ini masih mengekalkan gandingan dua pelakon tersohor iaitu Siti Saleha dan Shukri Yahaya dan turut dibantu oleh pelakon seperti Jaja Iliyes, Kazar Saisi, Liza Abdullah,Syazwan Zulkifli, Dhia Irdina dan ramai lagi. Drama ini dijadualkan memulakan tayangan pada bulan ramadan 2020 nanti.
TAJUK
7 HARI MENCINTAIKU 2
EPISOD : 33 Episod
TARIKH MULA TAYANG : 24 April 2020 / 7 PM
SLOT : Akasia
SALURAN : TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
SKRIP : PGRs Team – Chinta Nadessha & Ainaa Hanez
ARAHAN : Jamal Khan
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PARA PELAKON : Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli
Pelakon Dan Watak
Shukri Yahaya – Khuzairi
Siti Saleha – Mia Adriana
Kazar Saisi – Pak Samad
Liza Abdullah – Mak Leha
Jasmin Hamid – Hayati
Shaharuddin Tambi – Dato Johari
Wan Sharmila – Sofi
Syazwan Zulkifli – Helmi
Jaja Iliyes – Nadia
Bil Azali – Zaidi
Dhia Irdina – Alisa
Puteri Rafasya – Kenit
Faye Kusairi – Syakila
Idris Mat Diah – Pak Andak
Anne Abdullah – Mak Andak
Hariesa – Nurul Ain
Razzuan – Fariz
Syaffiq Sahli – Jali
Sinopsis
Mengisahkan kisah tentang pasangan Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
The post 7 Hari Mencintaiku 2 (Akasia TV3) appeared first on Dilarang Bising.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dilarangbising.com/7-hari-mencintaiku-2-akasia-tv3.html