Dr Musa Dakwa Pemimpin Kkm Gagal Jinakkan Coronavirus


 


May 15, 2021 Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin mencadangkan beberapa penyelesaian sebagai pelan tindakan untuk mengelak penularan pandemik Covid-19 daripada terus mencatatkan peningkatan.
Beliau berkata, cadangan penyelesaian itu berikutan kegagalan pemimpin di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini dilihat gagal untuk ‘menjinakkan’ Coronavirus sejak bermulanya gelombang ketiga pada bulan September 2020.
Beliau berpandangan agar pemimpin tertinggi yang terbabit dapat melepaskan peranan masing-masing dan ‘berehat’ untuk seketika kerana adalah mustahak untuk segera memulihkan semula kestabilan dan keharmonian sosio-ekonomi bagi masa depan negara.
“Oleh kerana pemimpin tertinggi di KKM sekarang telah gagal menjinakkan Coronavirus sejak bermulanya gelombang ketiga pada bulan September 2020, adalah mustahak untuk kestabilan dan keharmonian sosio-ekonomi masa depan negara agar mereka melepaskan peranan mereka dan dibiarkan berehat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memberi mandat kepada Kumpulan Pakar Penasihat Kesihatan dan Sains Covid-19 (EAG) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan KKM sebelum ini, Tan Sri Prof Emeritus Abu Bakar Sulaiman untuk mengambil alih kepemimpinan Bilik Situasi atau Pusat Persediaan dan Respons Krisis (CPRC).
Dr Musa berkata, Tan Sri Abu Bakar akan dibantu lima anggota perubatan terkenal iaitu Ketua Akademi Perubatan Malaysia (AMM), Prof Dr Rosmawati Mohamed dan bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Mary Cardosa.
Tiga lagi individu ialah bekas Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan dan wakil Persatuan Doktor Kesihatan Awam Malaysia (PHPAM), Datuk Dr Fadzilah Kamaluddin, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh serta bekas Timbalan Ketua Pengarah KKM dan Doktor Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee.
Menurutnya, dalam masa sama usaha pihak EAG akan terus diperkaya dengan sokongan dan pandangan daripada doktor akademik, tentera, persatuan profesional perubatan lain dan sektor penjagaan kesihatan swasta.
“Sejak Januari 2021, EAG dengan batuan 10 Kumpulan Kerja teknikal telah membentuk strategi Covid-19 yang berkesan untuk membendung pandemik Covid-19 dengan pendekatan berasaskan sains,” katanya.
Beliau berkata, penyelesaian Covid-19 hanya berputar pada empat tonggak utama pengurusan pandemik antaranya ialah memperoleh kepercayaan rakyat selain menetapkan semula strategi Finding (Kenal Pasti), Testing (Ujian), Tracing (Kesan), Isolation (Kuarantin) dan Support (Sokongan) atau dikenali FTTIS dengan tindak balas yang pantas.
Dua lagi tonggak pengurusan pandemik ialah penyelesaian secara digital dan otomasi selain terus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap vaksin dengan kadar suntikan yang lebih cepat.
Dr Musa berkata, EAG harus diberikan kuasa untuk mengoperasikan rancangan induk itu untuk melindungi perkhidmatan kesihatan rakyat dan menguatkan daya tahannya.
Dalam masa sama, katanya, kerajaan secara sistematik perlu melegakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk terus memberi manfaat kepada penghidupan rakyat, ekonomi negara dan melindungi mereka dari gangguan sosial dan psikologi seterusnya mengeluarkan rakyat daripada wabak berkenaan.
“Buat rancangan kesiapsiagaan untuk gelombang Covid-19 di masa depan atau pandemik lain dengan kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh.
“Manfaatkan inovasi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4) untuk menyokong kebaikan masyarakat, terutamanya dengan menangani cabaran kesihatan dan sosial.
“Negara sekarang berada di puncak bencana nasional yang belum pernah terjadi sebelumnya jika Perdana Menteri tidak membuat keputusan yang tepat dan berani ini negara akan terperangkap dalam gelombang pandemik yang berterusan dan kitaran PKP yang berpanjangan akan menggadaikan nyawa dan merosakkan kehidupan rakyat dan negara tercinta,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, Perdana Menteri harus mengendalikan menteri-menteri Kabinet untuk memastikan bahawa mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tegas mematuhi 3C dan 3W dan memberikan contoh yang baik untuk diteladani oleh rakyat.
“Perdana Menteri mesti memilih seorang pakar Komunikasi Risiko yang berpengalaman dan bijak berbicara, paling baik jika dia seorang pakar Kesihatan Awam untuk memberi penerangan Covid-19 yang menyakinkan dan memberi inspirasi kepada rakyat dan memperkasakan mereka untuk melakukan tindakan yang betul di dalam rangka untuk membantu kerajaan membasmi kuman Covid-19,” katanya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/dr-musa-dakwa-pemimpin-kkm-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Dakwa Ada Pemimpin Bersatu Setuju Lompat Jika Pejuang Boleh Tawar Rm70 000 Sebulan

Dr M Dakwa Ada Pemimpin Bersatu Setuju Lompat Jika Pejuang Boleh Tawar Rm70 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 277 hits
Dr Mahathir Mohamad meramalkan PRU15 tidak akan menyelesaikan kemelut politik semasa negara PETALING JAYA Kalangan pemimpin Bersatu menawarkan diri untuk lompat ke Pejuang jika parti itu boleh menandingi imbuhan sehingga RM70 000 sebulan ya...
13 Penunjuk Perasaan Kerajaan Gagal Bebas Dengan Jaminan Polis

13 Penunjuk Perasaan Kerajaan Gagal Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 275 hits
May 16 2021Penunjuk perasaan membakar suar dan memegang kain rentang kerajaan gagal dalam himpunan di Batu Pahat Khamis lalu PETALING JAYA Seramai 13 individu yang ditahan sejak Khamis lalu kerana disyaki terbabit dalam himpunan kerajaan ga...
Kerajaan Gagal Flash Mob Johor Harapan Offers Arrested Youths Free Legal Aid

Kerajaan Gagal Flash Mob Johor Harapan Offers Arrested Youths Free Legal Aid

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 293 hits
Johor Pakatan Harapan has offered free legal aid to those implicated in the burning flares in front of a Kerajaan Gagal banner Batu Pahat police previously 20 youths including teenagers over the May 13 incident Their remand is scheduled to ...
Dome Milik Israel Gagal Menghalang Serangan Roket H4m4s

Dome Milik Israel Gagal Menghalang Serangan Roket H4m4s

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 259 hits
Lelaki ini dedah kenapa sistem Iron Dome milik Israel gagal menghalang serangan roket H4m4s May 16 2021 Pertama sistem iron dome adalah sistem peluru berpandu pengangkis bertujuan menangkis sebarang objek serangan yang masuk kedalam paramet...
3 Families Take Up Legal Aid Offer After Kerajaan Gagal Rally

3 Families Take Up Legal Aid Offer After Kerajaan Gagal Rally

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 265 hits
Thirteen of the 20 people arrested over the protest have been released on police bail JOHOR BAHRU Three families have come forward to get free legal aid from Johor Umno Youth after a group of youths were arrested over a recent anti governme...
Dulu Tak Suka Rumah Sepah Lepas Anak Ada Speech Delay M Chart Gagal Baru Kami Sedar

Dulu Tak Suka Rumah Sepah Lepas Anak Ada Speech Delay M Chart Gagal Baru Kami Sedar

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 314 hits
Lumrah kanak kanak suka bermain Semasa bermain mereka akan meneroka dan belajar banyak perkara terutama dari segi bahasa dan deria rasa Mereka memerlukan rangsangan untuk bercakap dan mengenal sesuatu benda dan melalui permainan mereka akan...
Nampaknya Kerajaan Gagal Berjaya

Nampaknya Kerajaan Gagal Berjaya

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 346 hits
Mula mula mereka cuba jatuhkan kerajaan melalui kempen Kerajaan Pintu Belakang Tetapi kempen itu kurang mendapat sambutan Sekarang mereka guna kempen yang baru iaitu Kerajaan Gagal dan nampaknya kempen baru itu lebih berjaya kerana rakyat t...
Adakah Kini Rakyat Telah Melakukan Penentangan Secara Terbuka Terhadap Kerajaan Gagal

Adakah Kini Rakyat Telah Melakukan Penentangan Secara Terbuka Terhadap Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 444 hits
Beberapa simptom telah kelihatan Rakyat menyatakan rasa tidak puas hati di sana sini Kebanyakannya dicetuskan oleh golongan muda lelaki dan perempuan Simptom pertama jelas kelihatan apabila anak anak muda melakukan protes di jalan menuju ke...
Kerajaan Gagal Banner 20 Batu Pahat Youths Remanded Four Days

Kerajaan Gagal Banner 20 Batu Pahat Youths Remanded Four Days

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 267 hits
Batu Pahat police have arrested 20 youths including teenagers believed to have burned flares in front of a Kerajaan Gagal banner They are local residents aged between 16 to 28 and have been remanded for four days until Monday In a statement...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran