Dr M Dakwa Ada Pemimpin Bersatu Setuju Lompat Jika Pejuang Boleh Tawar Rm70 000 Sebulan


 
Dr Mahathir Mohamad meramalkan PRU15 tidak akan menyelesaikan kemelut politik semasa negara.PETALING JAYA: Kalangan pemimpin Bersatu menawarkan diri untuk “lompat” ke Pejuang jika parti itu boleh “menandingi” imbuhan sehingga RM70,000 sebulan yang diterima mereka ketika ini, kata Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pejuang itu berkata, pemimpin Bersatu berkenaan masih bersama parti itu kerana mementingkan wang, walaupun menyedari Muhyiddin Yassin hanya mampu bertahan sebagai perdana menteri sehingga PRU15.
Mahathir berkata, beliau telah menghantar mesej kepada pemimpin Bersatu mengenai “jangka hayat politik” singkat parti itu menerusi “broker” tertentu yang diutuskan bagi “meyakinkannya untuk kembali kepada Bersatu”.
“(Broker) ajak saya masuk Bersatu, tapi saya juga hendak mereka keluar dari Bersatu, sertai kami. Mereka pilih untuk sokong Muhyiddin pasal dapat jadi menteri. Bersatu akan kalah dalam pilihan raya pasal… Umno akan berlawan dengan Bersatu. Jadi kemungkinan Bersatu dipilih (membentuk kerajaan), susah dan sudah tentu Muhyiddin tak akan jadi PM,” Mahathir memberitahu Mingguan Malaysia.
Bekas perdana menteri itu berkata, memandangkan realiti politik semasa, beliau mahukan pemimpin Bersatu menyertai Pejuang, namun gesaannya itu belum berhasil setakat ini.
“Saya kata kepada mereka dalam keadaan yang mana Bersatu akan kalah dalam PRU..baliklah kepada kami. Pejuang ini bekas Bersatu. Mereka jawab dia dapat gaji RM70,000 sebulan, dia kata kalau kita boleh bagi gaji RM70,000 sebulan, dia ‘roll over’ (lompat).
“Jadi, soal(nya) pasal duit sahaja. Pasal semangat tidak ada. Yang ada semangat tak sertai Bersatu,” kata Mahathir.
Dalam wawancara itu, Mahathir juga meramalkan PRU15 tidak akan menyelesaikan kemelut politik semasa negara.
Beliau berkata, terlalu banyak parti akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tanpa mana-mana parti memperoleh kemenangan jelas untuk menubuhkan kerajaan kukuh.
“Saya fikir PRU15 ini tidak menyelesaikan masalah. Kita dapati banyak parti bertanding. Semua parti kecil-kecil belaka. Tidak ada parti dominan.
“Masing-masing akan dapat (kemenangan) kecil-kecil (yang) tak cukup. Ada yang dapat 30, 50, 15 (kerusi Parlimen), masing-masing tidak dominan. Jadi, bila tidak dominan, yang dapat terbanyak (kerusi) berhak untuk mendirikan kerajaan minoriti,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan minoriti tidak stabil kerana mengharapkan sokongan parti lain dengan menawarkan pelbagai ganjaran.
“Kedudukan kerajaan minoriti tidak akan stabil, pasal mana-mana satu parti tarik (sokongan), (kerajaan) akan jatuh. Jadi, itulah yang akan jadi dalam PRU15,” kata Mahathir. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/dr-m-dakwa-ada-pemimpin-bersatu-setuju.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Rm70 000 Sebulan Untuk Lompat Parti

Minta Rm70 000 Sebulan Untuk Lompat Parti

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 394 hits
Kalangan pemimpin Bersatu menawarkan diri untuk lompat ke Pejuang jika parti itu boleh menandingi imbuhan sehingga RM70 000 sebulan yang diterima mereka ketika ini kata Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Pejuang itu berkata pemimpin Bersatu berk...
Ketua Pesuruhjaya Sprm Dakwa Boleh Lompat Parti Kerana Tidak Menyalahi Undang Undang

Ketua Pesuruhjaya Sprm Dakwa Boleh Lompat Parti Kerana Tidak Menyalahi Undang Undang

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang undang negara ini Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki berkata ini kerana tiada ...
Pn Menuju Kejatuhan Pemimpin Bersatu Pun Yakin Demikian

Pn Menuju Kejatuhan Pemimpin Bersatu Pun Yakin Demikian

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 255 hits
Melihat kemarahan netizen terhadap kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin sekarang sepertinya kerajaan PN ini sedang menuju kejatuhan dan bakal tumbang dalam PRU akan datang Meskipun Najib Razak juga pernah dibenci sebelum PRU14 lalu tetapi apa ya...
Polis Di Gesa Siasat Pelanggaran Sop Libatkan Pemimpin Bersatu Bahagian Pekan Semalam

Polis Di Gesa Siasat Pelanggaran Sop Libatkan Pemimpin Bersatu Bahagian Pekan Semalam

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 530 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang hari ini menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia menyiasat aduan berlaku perlanggaran Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan yang melibatkan seorang pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malay...
Panas Ronnie Liu Dakwa Dap Sudah Berpecah Dua Antara Golongan Elit Dan Pemimpin Akar Umbi

Panas Ronnie Liu Dakwa Dap Sudah Berpecah Dua Antara Golongan Elit Dan Pemimpin Akar Umbi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 221 hits
April 27 2021Pembawakan pucuk pimpinan DAP yang menjurus ke arah kepimpinan elit dan ala feudalistik telah mencetuskan perpecahan di dalam parti itu dakwa Ahli Jawatankuasa pusat DAP Ronnie Liu Beliau berkata kemunculan kumpulan elit ini be...
Patut Redzuan Yang Cermin Muka Bukan Wan Saiful Kata Pemimpin Bersatu

Patut Redzuan Yang Cermin Muka Bukan Wan Saiful Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 223 hits
Setiausaha Penerangan Bersatu Hishamuddin Abdul Karim menyifatkan tindakan Mohd Redzuan Yusof sebagai melampau PETALING JAYA Perbalahan dalaman Bersatu dilihat kian serius dengan seorang pemimpin Bersatu menyuruh Ahli Majlis Pimpinan Tertin...
Pemimpin Bersatu Johor Didakwa Terima 12 Laporan Polis Kerana Kegiatan Scammer

Pemimpin Bersatu Johor Didakwa Terima 12 Laporan Polis Kerana Kegiatan Scammer

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 210 hits
HARUN ZAKARIAKalau hendak pilih pemimpin pun biarlah yang bersih janganlah sampai pilih golongan yang banyak tahi Begitulah hakikatnya apabila mahu sangat khianati mandat rakyat sampai pilih scammer jadi pemimpin Bukan tahap biasa dengar ka...
Video Pemimpin Umno Pkr Pertikai Denda Rm50 000 Peniaga Burger Pemimpin Pa Mana Suara

Video Pemimpin Umno Pkr Pertikai Denda Rm50 000 Peniaga Burger Pemimpin Pa Mana Suara

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 296 hits
Beberapa ahli politik menyuarakan simpati kepada seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan denda RM50 000 dan menggesa kerajaan menilai semula prosedur operasi standard melibatkan peniaga kecil
Bersatu Pujuk Dr M Cuba Tanya Hamzah Kata Pejuang

Bersatu Pujuk Dr M Cuba Tanya Hamzah Kata Pejuang

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 175 hits
malaysiakiniMereka yang menafikan Bersatu memujuk sokongan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hanya perlu bertanya kepada setiausaha agung parti itu Hamzah Zainudin kata ketua penerangan jawatankuasa penaja Pejuang Ulya Aqamah Husamu...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia