Dr M Tiada Jawatan Untuk Mustapa Bekas Pemimpin Umno


Foto FMT
KOTA BARU — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang akan ditawarkan kepada bekas menteri kabinet dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamad selepas pemimpin itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dr Mahathir berkata menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menawarkan jawatan bagi tempoh tertentu kepada mana-mana bekas pemimpin Umno.


Loading... “Mereka mesti bersihkan diri daripada amalan kerajaan terdahulu dan (kami) akan melihat tempoh tertentu buat mereka (pegang jawatan),” katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pemimpin PH Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Kelantan Senator Datuk Husam Musa.
Dr Mahathir juga menjelaskan mana-mana pemimpin dan anggota UMNO yang berhasrat menyertai PH, walaupun pada masa yang sama penyertaan mereka dialu-alukan, tetapi perlu menerima prinsip yang diperjuangkan PH.

Ditanya tentang jumlah royalti petroleum kepada Kelantan, Dr Mahathir berkata beliau masih meneliti perkara itu kerana perlu melihat pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.

Menyentuh mengenai nasib nelayan, petani dan pekebun kecil yang bakal terjejas pada musim tengkujuh ini, beliau  berkata kerajaan akan mencari kaedah sesuai untuk membantu mereka.

“Pemberian insentif bukan jalan terbaik seperti yang diberikan oleh kerajaan terdahulu kerana kita mahu mereka ada jalan usaha untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Mengenai genap enam bulan kerajaan PH memerintah negara, Dr Mahathir berkata beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi kerajaan dan banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutama dalam usaha membantu rakyat.

“Kalau tanya saya memanglah tidak berpuas hati lagi tetapi usaha yang kita lakukan telah memperlihatkan rakyat gembira dan ceria terutama dalam usaha membasmi rasuah,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata berdasarkan prestasi keseluruhan anggota kabinet yang dibentuknya, beliau yakin menteri-menteri berkenaan akan sentiasa meningkatkan prestasi daripada semasa ke semasa.

“Saya sentiasa berjumpa dengan mereka dan berbincang mengenai bagaimana mereka boleh menyelesaikan permasalahan dan meningkatkan prestasi,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/dr-m-tiada-jawatan-untuk-mustapa-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akar Umbi Pkr Tidak Setuju Terima Bekas Pemimpin Umno

Akar Umbi Pkr Tidak Setuju Terima Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 318 hits
Sikap baik hati pucuk pimpinan Pakatan Harapan menerima keahlian baharu dari bekas pemimpin dan ahli UMNO menimbulkan rasa kurang senang segelintir pemimpin akar umbi PKR Mereka menyifatkan penyertaan bekas pemimpin UMNO itu menyertai Parti...
Pemimpin Umno Serang Najib Nak Sumbang Apa Lagi Pada Negara Parti

Pemimpin Umno Serang Najib Nak Sumbang Apa Lagi Pada Negara Parti

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 394 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan tidak lagi mahu menjadi Presiden Umno atau Perdana Menteri namun mahu diberi ruang bersuara untuk parti dan negara Foto Getty Images oleh Shahbudin Husin Di sebalik bermulanya serangan daripada beberapa...
Zahid Yakin Pemimpin Umno Kuat Harungi Dugaan

Zahid Yakin Pemimpin Umno Kuat Harungi Dugaan

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 464 hits
Zahid yakin pemimpin UMNO kuat harungi dugaan Zahid yakin pemimpin UMNO kuat harungi dugaan3 NOV Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan tindakan segelintir Ahli Parlimen parti itu yang bertindak meninggalkan UMNO di saa...
Dr M Pemimpin Umno Masuk Ppbm Tidak Libatkan Wang

Dr M Pemimpin Umno Masuk Ppbm Tidak Libatkan Wang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR 30 Okt Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak melakukan sebarang urus janji dengan anggota Parlimen dari Umno termasuk menawarkan kepada mereka wang untuk melompat parti Perdana Menteri yang juga P...
Gadis Spill The Tea Tentang Kisah Hubungan Sulit Dengan Bekas Kekasih Orang Umno Di Linkedin

Gadis Spill The Tea Tentang Kisah Hubungan Sulit Dengan Bekas Kekasih Orang Umno Di Linkedin

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 505 hits
Bagi mereka yang bekerja di bahagian profesional anda mesti familiar dengan platform media sosial LinkedIn Selalunya mereka yang guna LinkedIn ni lebih tertumpu kepada nak mencari jaringan hubungan berkaitan pekerjaan dan bisnes Senang ceri...
Sikap Pemimpin Umno

Sikap Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 414 hits
oleh Ab Jalil Backer Najib Razak bersalah atau tidak terserah kepada mahkamah Memang 1MDB salah satu isu besar dalam pilihan raya lalu Ia bukan pula bermakna semua tuduhan tersebut benar Cuma bila melihat pemimpin UMNO bekas menteri dan wak...
Bekas Ahli Umno Tak Akan Kuasai Bersatu Kata Dr Mahathir

Bekas Ahli Umno Tak Akan Kuasai Bersatu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 342 hits
Diterbitkan 9 Nov 2018 5 17 petangPengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata partinya hanya akan menerima bekas ahli Umno yang terbukti tidak lagi terikat dengan perjuangan Umno dan mereka yang mementingkan wang Dalam mesej video yang di...
Virgoun Orang Yang Sama Chord

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Siapa Calon Pm Pembangkang

Hiso8888 17 August Hiso8888 Top 58 By Evie

5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers

Puma X Ros Drop Metallic Speedcat Launches This August

Cuti Panjang 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mu Vs Arsenal The Gunners Curi Tiga Poin Berharga Di Old Trafford Arteta Angkat Bicara

Popular Blog Yang Diharapkan

Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

Jana Pendapatan Sampingan Hanya Dengan Klik

Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru

Ppim Lancar Anti Bully Centre Buka Saluran Aduan Tanpa Takut Refleks 14 08 2025