Pemimpin Umno Serang Najib Nak Sumbang Apa Lagi Pada Negara Parti


Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan tidak lagi mahu menjadi Presiden Umno atau Perdana Menteri namun mahu diberi ruang bersuara untuk parti dan negara. – Foto Getty Images
oleh Shahbudin Husin
Di sebalik bermulanya serangan daripada beberapa pemimpin seperti Nazri Aziz serta Khairy Jamaluddin dan akhbar milik UMNO, Utusan terhadapnya akhir-akhir ini, Najib Razak menjelaskan kemunculannya dari semasa ke semasa hanyalah bertujuan memberi pandangan dan idea bagi memperkasa UMNO, mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi negara sambil menjawab fakta yang tidak betul.
Tegasnya, beliau juga sama sekali tidak berhasrat untuk kembali semula menjadi Presiden UMNO atau Perdana Menteri kerana telah memegang jawatan itu selama sembilan tahun sebelum ini.
Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak akan memberi ruang kepadanya melakukan peranan dan sumbangan itu.
Sekali lalu memang nampak logik apa yang Najib minta dan lakukan sekarang ini, tetapi jika beliau sedar diri dan ada sedikit perasaan malu dalam dirinya, berdiam diri serta duduk diam-diam di rumah sambil menumpukan perhatian kepada kes mahkamahnya adalah pilihan yang paling baik untuk dilakukannya.
Ini kerana beliau sudah pun ditolak rakyat pada PRU14 lalu yang berpunca daripada skandal melibatkan dirinya, kemewahan serta keborosannya berbelanja, caranya memimpin UMNO serta kerajaan dan kelemahannya sebagai ketua keluarga sehingga isteri dan ahli keluarga tertentunya dilihat turut sama mempunyai kuasa dan memperolehi banyak manfaat daripada kedudukannya.
Tidak ada sebab lain rakyat menolak UMNO dan BN melainkan kerana benci dan meluat kepadanya serta tidak langsung lebih lama membiarkannya merosakkan negara ini.
Jika Najib sedar realiti itu, sebenarnya tidak perlu sama sekali beliau meminta diberi peluang untuk menyumbang dan memulihkan semula UMNO kerana kedudukannya yang sudah ditolak rakyat sebelum ini mustahil memungkinkannya untuk diterima semula.
Beliau adalah pemimpin yang gagal dan satu-satunya pemimpin yang pernah ditolak sehingga menyebabkan UMNO kalah serta kehilangan kuasanya di peringkat Persekutuan.
Lagi pun, dengan 38 kes mahkamah yang sedang dihadapinya, 17 kes oleh Rosmah Mansor dan mungkin puluhan pertuduhan lagi bakal menjelma, apakah Najib fikir rakyat boleh menerimanya semula?
Tidak cukup lagikah peluang dan ruang selama sembilan tahun menjadi PM yang telah diberikan kepadanya selama ini?
Lebih daripada itu, Najib juga mesti sedar bahawa UMNO sudah ada barisan kepimpinan baru sekarang ini.
Dalam hal ini, Najib seharusnya memberi ruang dan peluang kepada barisan kepimpinan baru parti untuk memulihkan parti melalui corak dan rekaan pilihan mereka tanpa sebarang gangguan daripadanya.
Terus mencampuri urusan parti dengan sentiasa membayangi kepimpinan sedia ada dalam tugas dan peranannya hanya akan menambahkan kesukaran bagi UMNO untuk dipulihkan semula, selain seolah-olah beliau mahu terus berlindung atau bergantung kepada UMNO untuk berhadapan dengan kes-kes mahkamahnya.
Jika Najib sebelum ini pernah mengecam Tun Mahathir Mohamad kerana terus campurtangan dalam urusan UMNO dan kerajaan, biar pun setelah tidak lagi menjadi Presiden UMNO, mengapakah kini beliau turut melakukan perkara yang sama?
Berbanding Tun Mahathir yang tidak pernah ada kes mahkamah atau jenayah, sebaliknya campurtangan beliau sebelum ini semata-mata untuk kebaikan dan masa depan negara, tetapi dengan deretan kes mahkamah yang dihadapinya sekarang yang secara tidak langsung turut sama membebankan UMNO, di manakah perasaan malu Najib sebenarnya?
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau.
KLIK BACA: Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu…
KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 
KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh
KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang
KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Pemimpin Umno serang, Najib nak sumbang apa lagi pada negara, parti? appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190101/pemimpin-umno-serang-najib-nak-sumbang-apa-lagi-pada-negara-parti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Parti Pribumi Kenapa Suka Serang Buat Provokasi Perkara Asas Negara

Nama Parti Pribumi Kenapa Suka Serang Buat Provokasi Perkara Asas Negara

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR 30 Okt 8211 Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan perasaan terkilan atas sikap kerajaan Pakatan Harapan yang lebih suka menimbulkan isu isu provokasi yang berhubung kait dengan perkara perkara asas negara U...
Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib

Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 473 hits
Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib Mungkin Tuhan Nak Tunjuk Tuduhan Saya Jual Negara Terbukti Tidak Benar Najib
Najib Ajak Kenang Budi Umno Tidak Cadang Tubuh Parti Baru

Najib Ajak Kenang Budi Umno Tidak Cadang Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR 3 Nov Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiada keperluan untuk mewujudkan parti baharu menggantikan Umno Anggota Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak akan menubuhkan parti baharu sebaliknya akan memperkuatk...
Umno Newspaper Attacks Najib Blames His Donation Lie For Bn S Defeat

Umno Newspaper Attacks Najib Blames His Donation Lie For Bn S Defeat

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 293 hits
Umno owned Utusan Malaysia launched a broadside against former party president Najib Abdul Razak accusing him of lying about the multi billion ringgit deposits in his personal bank account which he claimed was a donation Najib revelation th...
Xheran Bila Najib Berbohong Sebab Nak Maklum Dirinya Cukup Baik Xpernah Tipu Tun Razak Ayahnya 8599

Xheran Bila Najib Berbohong Sebab Nak Maklum Dirinya Cukup Baik Xpernah Tipu Tun Razak Ayahnya 8599

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 773 hits
SUDAH SUDAHLAH NAJIB SEJAK AWAL LAGI PUN ANDA SUDAH BERBOHONG November 7 2018 by image 10 620x348 jpgUntuk kali yang seterusnya terutama sejak dibalun dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan berhubung isu RM2 6 bilion Najib Razak terus...
Umno Parti Itu Mungkin Busuk Tapi Ahli Parlimennya Wangi

Umno Parti Itu Mungkin Busuk Tapi Ahli Parlimennya Wangi

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 449 hits
Entah sampai bila semua orang akan sedar nampak bahawa semua tekanan yang dikenakan terhadap UMNO dan pemimpinnya sekarang ini sebenarnya adalah sebahagian dari pergelutan untuk mengukuhkan kuasa satu pihak dalam regim sedia ada Kalau busuk...
Najib Bohong Perlu Mohon Maaf Pada Ahli Kata Akhbar Umno

Najib Bohong Perlu Mohon Maaf Pada Ahli Kata Akhbar Umno

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 488 hits
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno melancarkan serangan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya Sebelumnya Najib mendakwa wang itu ...
M P Umno Jika Nak Masuk Bersatu Masuklah Satu Demi Satu

M P Umno Jika Nak Masuk Bersatu Masuklah Satu Demi Satu

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 318 hits
HANGPA JANGAN LA MSUK BERKUMPULAN NAMPAK SANGATLAH KALAU NAK MASUK MASUKLAH SATU DEMI SATU TUA DIAAAAA MAHADHIR DAH BAGITAHU CARA NAK MASUK UMNO SHHHHHH JANGAN BISING LAAAA MASUK LA SATU DEMI SATUUUUU Pak Karamu Saya tak pernah panggil pemi...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik