Bekas Ahli Umno Tak Akan Kuasai Bersatu Kata Dr Mahathir


Diterbitkan 9 Nov 2018, 5:17 petang

Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad berkata partinya hanya akan menerima bekas ahli Umno yang terbukti tidak lagi terikat dengan perjuangan Umno dan mereka yang mementingkan wang.

Dalam mesej video yang dimuat naik di laman Facebook, Mahathir berkata bekas ahli Umno yang ingin menyertai Bersatu mesti menyokong perjuangan Bersatu.

“Mereka perlu buktikan mereka tidak lagi terikat dengan Umno, mereka mesti sokong tindakan yang baik yang dilakukan oleh Bersatu, dan apabila kami rasa senang dengan kelakuan mereka, maka kita akan terima mereka.

“Mereka bukan boleh masuk dari Umno sebagai kumpulan besar yang berniat untuk kuasai Bersatu.

“Bersatu tidak boleh dikuasai sesiapa, Bersatu dikuasai oleh perjuangannya,” kata Mahathir ketika ditanya sama ada kemasukan secara beramai-ramai ahli Umno akan menyaksikan budaya buruk parti itu akan diserap oleh Bersatu.

Mahathir berkata, Bersatu ditubuhkan oleh sekumpulan bekas anggota Umno yang kecewa dengan sikap rejim terdahulu parti itu.

Katanya, lebih ramai ahli Umno sepatutnya keluar parti jika mereka benar-benar berpegang kepada prinsip parti Melayu itu.

“Tapi kerana juga dipengaruhi oleh cash is king, mereka tidak turut (keluar parti), mereka kekal di Umno dan akhirnya kelakuan ini tidak disenangi dan disukai oleh rakyat yang bertindak menolak mereka.

“Sepatutnya, apabila mereka tengok pemimpin sudah menyeleweng, mereka patut singkirkan pemimpin itu dan sekurang-kurangnya apabila pemimpin itu membuang pemimpin yang lurus, sepatutnya mereka keluar bersama, dan pemimpin itu akan jatuh, tapi ini tidak dilakukan,” kata Mahathir.

Beliau berkata Umno dahulu - yang diketuai oleh Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan dirinya sendiri - adalah parti berdasarkan bangsa, agama dan negara.

Bagaimanapun, pentadbiran Umno sebelum ini, katanya cuma memberi tumpuan untuk menyelamatkan pemimpin tertentu sehingga tidak mepedulikan pemimpin itu buat perkara-perkara yang tidak baik.

“Anggota parti itu menjadi mata buta terhadap salah laku kepimpinan. Maka pada kita ia (parti itu) bukan Umno lagi,” katanya.

Setakat ini, Bersatu menerima seorang anggota parlimen Umno - Mustapa Mohamad - yang memenangi kerusi parlimen Jeli di bawah tiket BN semasa pilihan raya ke-14.

Sejak 9 Mei, parti itu telah menerima bekas ahli majlis tertinggi Umno, Rais Yatim dan dilaporkan sedang melamar bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/bekas-ahli-umno-tak-akan-kuasai-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 328 hits
PUTRAJAYA Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Ahli UMNO yang mahu menyertai Pakatan Harapan kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Ada yang nak masuk dengan satu kumpulan tidak boleh sebab dia akan jadi lebih besar dari kita Kalau nak ...
Ppbm Terima Ahli Umno Bukan Budaya Mereka Kata Muhyiddin

Ppbm Terima Ahli Umno Bukan Budaya Mereka Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 370 hits
October 29 2018 11 29 PMKUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun partinya mengamalkan dasar pintu terbuka kepada ahli ahli Umno tetapi tidak bererti PPBM menerima budaya parti itu Presiden PPBM itu berkata partinya bertegas da...
Wujud Usaha Lamar Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu Dakwa Annuar

Wujud Usaha Lamar Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu Dakwa Annuar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mendakwa memang terdapat usaha melamar ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Beliau berkata lamaran tersebut datang dengan pelbagai cara termasuk aj...
Mahathir Jijik Lihat Orang Umno Tapi Pelawa Pemimpin Dan Ahli Umno Sertai Ppbm Ibrahim Ali

Mahathir Jijik Lihat Orang Umno Tapi Pelawa Pemimpin Dan Ahli Umno Sertai Ppbm Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa pemimpin dan ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ini kerana menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu ...
Jika 40 Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu Bersatu Jadi Umno Atau Umno Akan Menguasai Bersatu

Jika 40 Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu Bersatu Jadi Umno Atau Umno Akan Menguasai Bersatu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 455 hits
Sehingga ini apa yang dikatakan mengenai dakwaan ada 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu masih lagi bersifat khabar angin dan desas desus Ia boleh jadi betul atau mungkin kekal sebagai khabar angin buat selama lamanya Tetapi dalam ...
Najib Bohong Perlu Mohon Maaf Pada Ahli Kata Akhbar Umno

Najib Bohong Perlu Mohon Maaf Pada Ahli Kata Akhbar Umno

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 521 hits
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno melancarkan serangan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya Sebelumnya Najib mendakwa wang itu ...
Bersatu Terbuka Menerima Ahli Namun Bersyarat Mukhriz Mahathir

Bersatu Terbuka Menerima Ahli Namun Bersyarat Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 292 hits
YAB Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir memaklumkan Bersatu bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat namun bagi pemimpin pembangkang terutamanya Adun dan Ahli Parlimen perlu memenuhi beberapa syarat tertentu Kita tidaklah terlalu ...
Mustapa Mohamed Masuk Bersatu Secara Sukarela Kata Dr Mahathir

Mustapa Mohamed Masuk Bersatu Secara Sukarela Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 314 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menerima borang keahlian Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU ketika sidang media di Lobi Galeri BERSATU Menara Yayasan Selangor Turut hadir Presiden BERSATU Tan Sri M...
Jadi Ahli Bn Jika Umno Terbubar Kata Mohamad Hasan

Jadi Ahli Bn Jika Umno Terbubar Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 303 hits
MELAKA 11 Nov Anggota Umno seluruh negara diminta menjadi anggota terus Barisan Nasional sekiranya Umno terbubar kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata langkah menjadi anggota terus BN itu hanyalah bersifat sement...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan