Dr M Saman Zahid Berhubung Gelaran Kutty


 

Bernama -August 19, 2022 Dr Mahathir Mohamad menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan, selain memohon perintah mahkamah supaya Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf tanpa syarat secara lisan dan bertulis kepadanya.KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu “kutty” membabitkan bekas perdana menteri itu.
Mahathir, 97, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Haidir & Co pada 20 Julai lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Zahid, 69, sebagai defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mahathir mendakwa Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat Umno Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 yang kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses pengguna Internet tanpa sebarang sekatan.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama asal yang didakwa sebagai “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” dan menggunakan orang Melayu semasa menjadi perdana menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya, selain memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat dan memberi tanggapan bahawa plaintif seorang yang tidak jujur dan amanah, mementingkan diri sendiri, licik dan penuh tipu helah demi mencapai kepentingan peribadi.
Mahathir menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan, selain memohon injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan fitnah itu, serta memohon perintah mahkamah supaya defendan memohon maaf tanpa syarat secara lisan dan bertulis terhadap plaintif, kos dan relif lain yang sesuai.
Sementara itu, Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos lepas menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum.
Dakwa presiden Umno itu, nama “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” merujuk seorang individu berdasarkan maklumat dalam salinan kad pengenalan lama, selain mendakwa beliau juga tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang penerbitan video berhubung kenyataannya di platform media.
Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Mahathir ketika dihubungi Bernama memaklumkan, pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris secara e-Review, mahkamah menetapkan 13 Sept ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
“Plaintif juga perlu memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan defendan sebelum atau pada 8 Sept ini,” kata peguam itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/dr-m-saman-zahid-berhubung-gelaran-kutty.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Failkan Saman Fitnah Terhadap Zahid Hamidi Berhubung Isu Kutty Pada 2017

Tun Mahathir Failkan Saman Fitnah Terhadap Zahid Hamidi Berhubung Isu Kutty Pada 2017

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu pada 2017 Dr Mahathir 97 yang juga bekas Pengerusi BE...
Lcs Mungkin Kd Mat Kilau Masih Berada Di Luth Mahfuz Zahid

Lcs Mungkin Kd Mat Kilau Masih Berada Di Luth Mahfuz Zahid

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 272 hits
LCS Mungkin KD Mat Kilau masih berada di Luth Mahfuz Zahid17 398 views Aug 16 2022 Senator Muhammad Zahid Md Arip berkata KD Mat Kilau masih belum dibuat apa apa dan yang apa yang ada pada masa ini hanyalah filem Mat Kilau sahaja
Pru15 Selepas Kes Najib Dan Zahid Selesai

Pru15 Selepas Kes Najib Dan Zahid Selesai

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 286 hits
Hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab persoalan tentang bila PRU15 akan diadakan Ia akan diadakan selepas kes Najib Razak dan Zahid Hamidi selesai
Lepas Najib Zahid Pulak Kot

Lepas Najib Zahid Pulak Kot

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 262 hits
Saya terkejut Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribad...
Arahan Zahid Sila Laksanakan

Arahan Zahid Sila Laksanakan

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 251 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 17 2022 4 53 PMLaporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan mengenai projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai bagi perolehan Tenteran Laut Diraja Malaysia yang diklasifikasika...
Susah Akar Umbi Sendiri Tanggung Senang Najib Bersama Zahid

Susah Akar Umbi Sendiri Tanggung Senang Najib Bersama Zahid

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 223 hits
Akar umbi merompak berapa billion Ada ke harta SAKAU dibahagi bahagikan kepada 3 juta ahli Lain lah kalau ahli ini yang berbayar Berbaloi dia Hina mahkamah
Firm Linked To Zahid Graft Trial Awarded Rm31 2m Contract Extension

Firm Linked To Zahid Graft Trial Awarded Rm31 2m Contract Extension

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 211 hits
An IT services company Datasonic Group Bhd linked to the corruption trial of former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi has secured a contract extension for its subsidiary worth RM31 39 million from the Home Ministry for the supply of ...
Opposition Trying To Sink Bn With Lcs Issue Warns Zahid

Opposition Trying To Sink Bn With Lcs Issue Warns Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 266 hits
BN chairman Ahmad Zahid Hamidi said one firm predicted that BN would lose six states in 2018 but 13 other firms forecast a big BN victory PETALING JAYA Barisan Nasional divisions have been urged to embrace the use of big data for election a...
Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 196 hits
agendaily com14 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mematuhi permintaan Barisan Nasional untuk membubarkan Parlimen bagi memberi...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul

How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing