Arahan Zahid Sila Laksanakan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 17, 2022 4:53 PM
Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengenai projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) bagi perolehan Tenteran Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diklasifikasikan "sulit" sudah diubah status menjadi "terbuka."
Bagaimanapun, dokumen dinyahklasifikasi (declassified) itu dilihat menyanggah penafian Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam isu perolehan kapal TLDM itu.

Seterusnya, bukti yang dimuatkan dalam laporan JKSTUPKK itu membabitkan tulisan tangan Ahmad Zahid sendiri.

Bukti dalam bentuk surat yang dihantar oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 8 Julai 2010 kepada Zahid - yang merupakan menteri pertahanan ketika itu - meminta surat niat (LOI) mengenai projek LCS.
Pengarah Urusan BNS semasa itu Ahmad Ramli Mohd Nor (gambar, atas) - yang juga bekas panglima tentera laut - dalam surat itu berkata bahawa syarikat berkenaan telah merancang projek LCS selama dua tahun.

Bagaimanapun, Ahmad Ramli berkata mereka kini memerlukan LOI untuk meyakinkan pengeluar peralatan asal (OEM) bahawa projek itu "mendapat mandat dan restu dari kerajaan."

Bertindak atas surat BNS, Zahid mencatat di sudut atas kanan surat "SUB (Setiausaha Bahagian) Perolehan, sila laksanakan."

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan dalam memorandum kepada Zahid pada 2 Ogos tahun itu menyatakan kos perolehan LCS adalah tinggi, dan oleh itu perlu pertimbangan mengenai keutamaan negara dan kapasiti sumber, dan kos projek perlu ditentukan sebelum LOI dikeluarkan.
Kemudian pada 11 Oktober, Unit Perancang Ekonomi (EPU) menulis kepada Kementerian Pertahanan meminta menangguhkan pengeluaran LOI, sehingga harga siling bagi projek bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dapat diatur semula.

Bagaimanapun, EPU kemudiannya bersetuju kepada rayuan oleh Kementerian Pertahanan untuk mengeluarkan LOI kepada BNS.

Pada 15 Okt, Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada BNS - yang menyatakan bahawa perbincangan lanjut antara menteri dan syarikat perlu diadakan mengenai beberapa perkara termasuk terma teknikal dan harga.

Kemudian pada 11 Feb 2011, Kementerian Pertahanan meminta kebenaran daripada Kementerian Kewangan supaya perolehan dilakukan secara rundingan terus dengan BNS.
Menurut laporan itu, BNS sebenarnya telah cuba mendapatkan LOI daripada kerajaan sejak 2008 selepas mengadakan perbincangan dengan menteri pertahanan ketika itu - Najib Razak.

Sama seperti Zahid, Kementerian Pertahanan di bawah teraju Najib juga pada 15 Jan 2008 meminta Kementerian Kewangan mengeluarkan LOI kepada BNS.

Tidak jelas mengapa permintaan LOI tidak diluluskan, tetapi laporan itu menyatakan bahawa BNS terus melibatkan Najib - walaupun dia kemudian bertukar portfolio kepada Kementerian Kewangan dan selepas itu menjadi perdana menteri - sehingga Jun 2009.

Minggu lalu, Zahid berkata adalah "tidak wajar" untuk menyalahkannya atas kegagalan perolehan LCS kerana projek itu diberikan selepas tempohnya sebagai menteri pertahanan berakhir pada 2013.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan JKSTUPKK jelas menunjukkan Zahid terlibat pada peringkat awal projek itu.

Surat anugerah berkenaan dikeluarkan pada 2011, walaupun kontrak itu sememangnya hanya ditandatangani pada 2014.

JKSTUPKK telah ditubuhkan semasa kerajaan Pakatan Harapan dan diketuai oleh bekas ketua Audit Negara Ambrin Buang.

Selain Zahid dan peranan Kementerian Pertahanan di bawahnya dalam mengeluarkan LOI, laporan itu juga mengesahkan Zahid memang telah mengubah fikirannya mengenai reka bentuk kapal LCS itu.

TLDM mahu menggunakan kapal tempur kelas Sigma untuk LCS, yang pada asalnya dipersetujui Zahid pada Mei 2011.
Bagaimanapun, dua bulan kemudian, Zahid - atas cadangan BNS - bertukar kepada reka bentuk kapal peronda Gowind, tanpa restu TLDM.

Pada masa sama, laporan itu juga menyatakan Zahid mungkin telah diberikan maklumat yang tidak betul mengenai projek tersebut pada satu ketika.

Pada 19 Sept 2011, memorandum yang disediakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan untuk kelulusan Zahid mengandungi maklumat tidak betul berhubung harga sistem pengurusan tempur (CMS).

Bahagian perolehan telah menyatakan bahawa Setis CMS oleh kumpulan Tentera Laut Perancis - syarikat yang sama membuat kapal peronda kelas Gowind - bernilai RM270 juta, termasuk sistem dan kos penyepaduan.
Ini sepatutnya lebih murah daripada CMS saingan yang berharga RM349.45 juta.

Namun, JKSTUPKK mendapati harga yang disebut untuk CMS Setis tidak termasuk sistem dan proses integrasi serta perlindungan nilai mata wang seperti yang dilaporkan oleh TLDM dalam surat pada 26 Julai 2011.

Sebaliknya, harga Setis CMS dalam kontrak adalah RM479.4 juta - RM209.4 juta lebih daripada jumlah yang asalnya dinyatakan kepada Zahid.

Projek LCS itu bertujuan untuk mendapatkan enam kapal tempur untuk TLDM dengan kos RM9 bilion.

Kapal pertama sepatutnya dihantar pada 2019.

Bagaimanapun, sehingga kini, semua kapal masih dalam pembinaan, walaupun kerajaan telah membayar RM6 bilion.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/arahan-zahid-sila-laksanakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sila Laksanakan Zahid S Directive On Bns Request For Lcs Letter Of Intent

Sila Laksanakan Zahid S Directive On Bns Request For Lcs Letter Of Intent

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 175 hits
A declassified report of a probe on the littoral combat ship project has torn apart Umno president Ahmad Zahid Hamidi s denial of involvement in its procurement Further the evidence included in the report by the Special Investigation Commit...
Zahid Gabra Sila Dengar Betul Betul Tarikh Dan Cadangan Pilihanraya Dan Logiknya Bulan 10 Ini

Zahid Gabra Sila Dengar Betul Betul Tarikh Dan Cadangan Pilihanraya Dan Logiknya Bulan 10 Ini

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 88 hits
Apa yang nak menggelupur Zahid oi Kalau betul duit tu bukan duit curi jawab je la dengan tenang Sampai nak kata pihak pendakwa tak layak jadi menteri tu dah kenapa Contoh macam curi ayam Kalau betul bukan ayam curi bila orang tanya kan sena...
Sila Laksanakan Sila Persetankan

Sila Laksanakan Sila Persetankan

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 137 hits
Malaysia mempunyai jumlah penjawat awam yang terlalu besar Terdapat pelbagai hitungan angka akan tetapi kurang lebih penjawat awam kita kira kira 1 58 juta orang Dengan jumlah yang demikian besar penjawat awam juga boleh menjadi kuasa atau ...
Zahid Yakin Pilihan Raya Umum Ke 15 Tahun Ini Ambil Kira Isu Direka Cipta Pembangkang

Zahid Yakin Pilihan Raya Umum Ke 15 Tahun Ini Ambil Kira Isu Direka Cipta Pembangkang

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 97 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjangka pilihan raya umum ke 15 diadakan tahun ini mengambil kira isu direka cipta pembangkang dengan terbaharu berkait kapal tempur pesisir Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasio...
Bn Berdepan Laluan Sukar Jika Pru 15 Tahun Depan Ahmad Zahid

Bn Berdepan Laluan Sukar Jika Pru 15 Tahun Depan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 146 hits
hmetro com myAHMAD Zahid berucap pada Konvensyen Wanita BN FOTO Aswadi AliasKuala Lumpur Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan jika Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan tahun depan gabungan BN bakal berdepan l...
Foreign Visa System Trial Unraveling The Cash Payments From Uksb Involving Millions Of Singapore Dollars To Ahmad Zahid

Foreign Visa System Trial Unraveling The Cash Payments From Uksb Involving Millions Of Singapore Dollars To Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 252 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi arrives at the Shah Alam High Court August 10 2022 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Aug 12 With the prosecution resting its case in Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s case where he is charged with receiving br...
Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com14 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mematuhi permintaan Barisan Nasional untuk membubarkan Parlimen bagi memberi...
Zahid Terima S 13 56 Juta Dari Uksb Penyiasat Sprm

Zahid Terima S 13 56 Juta Dari Uksb Penyiasat Sprm

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 173 hits
Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa keseluruhan wang tunai yang diserahkan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd secara bulanan kepada bekas timbalan perdana menteri...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord

Jasman A Darawi Ketua Muhammadiyah Selatpanjang

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Makan Malam Di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar Telok Panglima Garang