Dr M Akan Umum Tarikh Serah Jawatan Pm



Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan mengumumkan tarikh untuk penyerahan kuasa perdana menteri kepada Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

“Saya akan umum kemudian, saya akan tunai janji,” katanya selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di Muzium Kesenian Islam hari ini.

Perdana menteri mengulas kenyataan terbaru Anwar yang meramalkan beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu itu menjelang tahun depan.

Rabu lalu, presiden PKR itu dalam wawancara dengan Bloomberg Television berkata, tiada tanda parti lain akan memperkenalkan nama lain untuk merebut jawatan itu dan jika ada, lawannya “tidak relevan”.

Baru-baru ini, Mahathir didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun.



ECRL diteruskan

Mahathir berkata, projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tetap diteruskan, walaupun ia bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin dalam perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri itu yang mendakwa projek itu antara usaha untuk menyelamatkan syarikat pelaburan kerajaan.

“Itu apa yang dia rasa, tetapi kerajaan China tiada minta apa-apa. Kita ada kontrak untuk bina. Kita sudah kurangkan skop kerja dan juga kurangkan kos. Jadi, ECRL tetap akan diteruskan.”

Semalam, Amhari yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, beliau diarahkan Najib ke Beijing untuk membincangkan projek ECRL, Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) bagi “menyelamatkan” 1MDB yang dibebani hutang.

Susulan itu, Penasihat Penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Jomo Kwame Sundaram meminta kerajaan mengkaji semula projek ECRL bagi mengelakkan ia menjadi projek “gajah putih”.

Hari ini, ketika ditanya mengenai gesaan itu, Mahathir secara sinis berkata: “Jika dia (Jomo) bersedia untuk berunding dengan China, beritahu kami program itu boleh ditangguhkan, saya akan ikut.”

Pada Oktober 2016, Najib menerusi pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek ECRL dengan anggaran kasar kos RM55 bilion, akan dilaksanakan secara berperingkat. Pembinaan ECRL dijangka bermula 2017 dan siap pada 2022, bermula dari Lembah Klang ke Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Tumpat.

Kerajaan Pakatan Harapan bertindak menggantung projek itu tahun lalu disebabkan kos tinggi dan memutuskan untuk menyambung semula pembinaannya dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion pada April lalu.


Story kat sini...
Mahathir mengulangi keputusan Putrajaya terpaksa menjual aset Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk melangsaikan hutang RM1 trilion yang ditinggalkan Najib.

“Mesti ingat yang kerajaan sebelum ini pinjam lebih RM1 trilion. Hutang itu adalah satu beban kepada kita kerana mereka pinjam dan wang tidak dilaburkan, tetapi disembunyi dan dicuri.

“Jika wang itu dilaburkan, kita boleh pergi ke syarikat itu atau apa saja untuk mendapatkan kembali wang itu, tetapi kita tidak tahu di mana wang itu.

“Pada masa ini, kita perlu bayar hutang daripada cukai, semua kita jual aset (Khazanah) untuk bayar hutang kita. Itulah beban yang ditinggalkan oleh Najib.”

Beliau turut menyelar Najib kerana mengkritik tindakan kerajaan menjual saham Khazanah.

“Sekarang sudah tentu dia bercakap banyak, tapi semua perkara ini, termasuk beli kapal dari China, bukan keputusan kita,” kata pengerusi Khazanah itu. 

Najib sebelum ini berkata, beliau kesal dengan langkah Putrajaya menjual aset dan saham Khazanah bagi menampung keperluan kewangannya. - FMT

Perangai Hadi anak Awang yang tak pernah berubah... 
Sepatutnya sebagai ulamak, tunjuk akhlak dan perangai yang baik, tiada perasaan dengki dan merendahkan orang lain.

Sebab itu, aku kata ini perangai lebai bukan ulamak. Semua yang dia kata kat orang lain, semua Allah tunjukkan kat dia adalah sebaliknya.

Dulu, dia pernah kata, UMNO ni lebih jahat dari DAP. Lawan UMNO itu jihad, dan kalau mati, boleh mati syahid. Akhirnya, dia tebalkan muka jilat ludah dia dan peluk erat UMNO.



Dulu, sewaktu PR Selangor mahu Dr Wan Azizah jadi MB gantikan Khalid Ibrahim, lebai Hadi kata Wan Azizah tak layak jadi MB.

Akhirnya, Allah tunjukkan Wan Azizah diangkat bukan sebagai MB, tetapi Timbalan Perdana Menteri. 

Hadi pernah lekehkan Tun M. Sewaktu PH mengumumkan bahawa Tun M akan dilantik sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, Hadi Awang kata Tun M ni layak jadi Doktor di Klinik 1 Malaysia saja. Allah Tunjukkan Tun M sekarang jadi PM untuk kali kedua.



Hadi jadi apa? Jadi MP Marang sejak berpuluh tahun. Jadi MB Terengganu pun sepenggal. Bila dah bersama UMNO sekarang, Hadi masih tidak jadi ketua sbb semua tahu standard Hadi. Dia cuma boleh bercakap soal haid dan nifas saja.

Jadi, berhentilah dari bersikap ego dan sombong serta suka merendahkan orang lain. Terbaru dia kata, Anwar tidak layak jadi PM.

Itulah kerja Hadi, menilai orang lain. Dia hina Tun M, tapi dia lah lebai pertama ketuk opis Tun M. Tidak malukah? - WFAUZDIN NS

Apa yg lebai kelentong dan auta dalam isu Paya Jaras?...
Susah sangatkah nak jadi batu api?tak susah,senang sangat2..Tambahan pula kalau ada pakej ekstra seperti berjubah,berserban dan berkopiah.. Bergambar dgn phk yg dikatakan sbgai mangsa,kemudian reka2kan cerita panas sedikit,kalau blh contact wartawan,lps tu viral dan keluarkan dlm portal..Maka berapi2lah rakyat marahkan kjaan kononnya zalim,kejam dan ganas.. 

Samada cerita yg viral itu betul atau tidak,itu tak penting..yg penting, bangkit rasa marah rakyat kpd kjaan PH..Apa yg lebai Penyamunan Ummah nk kelentong dan auta dlm isu Paya Jaras?

-Tanah itu ialah tanah kjaan dan mula diduduki sjk thn 1980 lagi..iaitu 39 thn lalu..
Sjk thn 2008 lagi kjaan dah merancang utk meroboh rumah2 itu krana ingin memberi laluan utk projek pelebaran Sg Kedondong dlm usaha utk mengatasi masalah banjir di kawasan itu..Jika projek pelebaran Sg Kedondong itu tdk dilakukan,maka setiap thn beratus2 rmh di kawasan itu berdepan dgn masalah banjir yg teruk..

-Thn 2015,kjaan dah bg notis kpd penduduk2 yg membina rmh di tanah rezab kjaan itu supaya pindah,maknanya notis itu diberi sejak hampir 5 thn yg lalu dan terlalu byk masa utk penduduk itu berpindah..Dlm masa 5 thn tiada tindakan yg diambil oleh kjaan,sebaliknya tetap tinggal di situ.. 



Rumah dirobohkan mengikut prosedur, kata ADUN Paya Jaras
-Sebaliknya penduduk bkn setakat tdk berpindah,malah menambah besar lg rmh mereka hingga ada yg menambah hingga 2 tingkat.. Tambahan ramai yg mendiami kawasan tersebut ialah pendatang dan pemilik ic merah..

-Kjaan tlhpun menawarkan rumah ganti melalui projek Rumah Selangorku di Aman Putri..Ada yg terima dan ada yg menolak krana inginkan dibayar pampasan..

-Bila kjaan nak robohkan rmh pd 16hb sept lalu,mulalah menangis teresak2..minta tangguhkan sekali lg..bila nk robohkan lain kali..nangis pula dan minta tangguhkan sekali lg..smpai bila nk selesai?
Jgn kata tak mampu sbb mereka2 yg tinggal di situ mmg mampu,rmh pun sentiasa dibesarkan dan ditambah..hiasan pula cantik2 dan mewah2,kereta ada,astro ada,bisnes ada..Habis tu nak salahkan kjaan?

Sdh brp byk kerugian yg terpaksa ditanggung oleh org lain akibat banjir teruk yg berlaku krana projek pelebaran Sg Kedondong itu tak blh dilakukan?Adakah penduduk2 yg degil dan dihasut oleh pembangkang yg bangang itu nk tanggung segala kerugian yg ditanggung oleh org lain?

Inilah masalahnya otak pembangkang..Bila kjaan ingin lakukan sesuatu perkara yg berfaedah dan memberi kebaikan kpd semua org,maka melentinglah puak2 pembangkang yg bangang..
Ada pula yg bodoh dan bengong krana bandingkan dgn isu kuil di USJ..Puak2 bodoh mungkin tak reti yg tanah kuil di USJ itu milik swasta dan pampasan dibyr oleh pihak swasta,bkn dibyr oleh kjaan..tak sama dgn isu di Paya Jaras ini,pembangkang bongok oiiiii.. 

Nampak tak pihak pembangkang ketepikan fakta sebenar disebalik roboh rumah haram paya jaras. - f/bk


10 fakta kes skandal 1MDB yang Najib dan macai2 maya cuba sembunyikan...
1. Isteri Najib, Rosmah Mansor sangat rapat dengan Jho Low 

2. Jho Low ialah penasihat penting buat Najib 

3. Setiap keputusan yang Jho Low buat mendapat restu dari Najib 

4. Jho Low arahkan Amhari dan almarhum Azlin membuka akaun bank luar negara sebagai langkah persediaan 

5. Amhari mempunyai USD800 ribu dalam akaun Bank BSI Switzerland tapi terpaksa ditutup


6. Jho Low sebenarnya yang mengawal akaun bank yang dibuka oleh Amhari dan almarhum Azlin

7. Jho Low arahkan pembantu Najib supaya hapuskan semua dokumen dan padam perbualan termasuk mesej di telefon Blackberry

8. Jho Low buat soalan yang bakal ditanya sekiranya pihak berkuasa mahu menyiasat kegiatan jahatnya

9. Jho Low hendak jual semua aset dan tanggungan (liabiliti) dalam 1MDB untuk tampung hutang dan kerugian syarikat itu

10. Rupanya tiga projek mega iaitu:

a) Projek Rel Pantai Timur (ECRL)
b) Projek Saluran Paip Pelbagai Bentuk (MPP), dan
c) Saluran Gas Paip Rentas Sabah (TSGP)

dicipta sebenarnya untuk bailout hutang 1MDB! - f/bk


A rooster trying to cross the road...
Anwar Ibrahim claims that he will become the country's next prime minister in 2020, probably around the month of May. He told Bloomberg TV's Haslinda Amin that it was a Pakatan Harapan consensus. Moreover, “There’s no sign of any party introducing or promoting or lobbying for other names.” Which means, there will not be another person to be the next PM besides him.
After watching the interview, I felt that Ms Haslinda's questions were not straight to the point enough, and Anwar's answers only told half the truth. If I were Haslinda, I could have asked, “Will Mahathir retire in 2020? Will he accept you as the next prime minister?”
What I'm trying to say is that consensus is not the main thing here. It also doesn't matter whether another name has been proposed. Everything is in the hands of Tun Mahathir! As the main thing is not the PH consensus, who would bother about the so-called PH consensus?
Mahathir, in particular, has not been known for his conformity to any realistic consensus. Just look at the PH election manifesto and you should have some idea. Mahathir is a staunch follower of Machiavellianism. Niccolò Machiavelli wrote in The Prince: “A prince never lacks legitimate reasons to break his promise.”
Machiavelli was not a tyrant. He was only an Italian political theorist 500 years ago, sharing a more or less same role as China's Confucius. To him, a prince (leader) must have superior power tactics if he were to enjoy superior status.

As for “no other names”, that was purely Anwar's own perception. Mahathir never considered an heir when he sacked Musa Hitam; nor did he have a succession plan for Abdullah Badawi and Najib Razak when he took them down.
Moreover, has Anwar ever become Mahathir's favored heir in the first place? His sacking of Anwar in 1998 was way more drastic than what he did to Musa, Ku Li, Abdullah and Najib.
If Mahathir has really changed, then his recent “cabinet adjustments” should have set aside a place for Anwar in the cabinet, not just to show his sincerity but also for smoother power transition in future, which is a good thing for the stability of both PH and the nation.
Unfortunately all the signals from the prime minister have pointed to the denial of an opportunity for Anwar in the cabinet. Is the 2020 date for Anwar's ascension really that optimistic? Or he was just trying to appease his supporters and get people on his side, or he was just trying to send a signal to the PM?
However, it is not easy to get a stone-hearted Mahathir to bend. Any attempt to exert the slightest pressure on him will most positively backfire.
Anwar's predicament now is like a rooster trying to cross the road. The rooster wants to cross the road, believing that is the right direction for it, and a goal it should not give up.
But to cross the road, it could very likely be crushed by the passing vehicles. The rooster keeps looking around desperately, afraid of missing the opportunity but having no guts to charge forward. Or will it pick up its courage, flap its wings, and make the decisive flight across?
May 2020. Only eights from now! - mysinchew
Date of Anwar taking over to be announced, says Dr M
ECRL project to continue despite alleged links to 1MDB


Tetapi pemimpin2 UMNO terima rasuah...


cheers.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://alditta.blogspot.com/2019/09/dr-m-akan-umum-tarikh-serah-jawatan-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malangnya Ramai Orang Tak Sukakan Saya Tony Fernandes Umum Letak Semua Jawatan Lembaga Pengarah Kecuali Airasia

Malangnya Ramai Orang Tak Sukakan Saya Tony Fernandes Umum Letak Semua Jawatan Lembaga Pengarah Kecuali Airasia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 251 hits
Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd dalam satu ciapannya di laman twitter telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah dalam semua syarikat kecuali di Air...
Kadir 2020 2030 2050 Tiada Tarikh Khusus Dr M Lepas Jawatan

Kadir 2020 2030 2050 Tiada Tarikh Khusus Dr M Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 302 hits
Tiada tarikh khusus mengenai peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai penggantinya menurut A Kadir Jasin Kadir yang juga penasihat media dan komunikasi perdana men...
Petronas Umum Pelan Penggantian Susulan Peletakan Jawatan Anuar Taib

Petronas Umum Pelan Penggantian Susulan Peletakan Jawatan Anuar Taib

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 239 hits
MALAYSIAKINI Petroliam Nasional Bhd akan mengumumkan pelan penggantian tidak lama lagi berikutan peletakan jawatan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Datuk Mohd Anuar Taib Pengerusi Datuk Ahmad Nizam Salle...
Jawatan Kosong Yayasan Kebajikan Ssl Haemodialysis Berdaftar

Jawatan Kosong Yayasan Kebajikan Ssl Haemodialysis Berdaftar

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 542 hits
Jawatan Kosong Yayasan Kebajikan SSL Haemodialysis Berdaftar Portal jawatan kosong terkini ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Yayasan Kebajikan SSL Haemodialysis Berdaftar dan kepada Warganegara Malaysia yang ber...
Tony Buat Keputusan Mengejut Letak Semua Jawatan

Tony Buat Keputusan Mengejut Letak Semua Jawatan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 230 hits
Wah takde angin takde ribut dan secara tiba tiba Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes dikatakan akan meletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah dalam semua syarikat AirAsia pun letak jawatan ke Ohh jawatan de...
Jawatan Kosong Dhl Ecommerce

Jawatan Kosong Dhl Ecommerce

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 1528 hits
Jawatan Kosong DHL eCommerce Portal kerja kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di DHL eCommerce dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini sep...
Terkini Jawatan Kosong Sprm

Terkini Jawatan Kosong Sprm

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 393 hits
Jawatan Kosong Terkini di SPRM kini dibuka kepada mereka yang berminat dan mempunyai kelayakkan Hanya untuk warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih 41 tahun Jawatan Kosong SPRM yang Dibuka Jawatan Yg Dita...
Anwar Sedang Bersiap Untuk Rebut Jawatan Pm

Anwar Sedang Bersiap Untuk Rebut Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 297 hits
Anwar sedang bersiap untuk rebut jawatan PM kata penganalisis Seorang penganalisis politik menyuarakan keyakinan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan diri untuk merebut jawatan perdana menteri bukannya menunggu Dr Mahathir...
Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia Pelbaga Jawatan

Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia Pelbaga Jawatan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 748 hits
Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Amanah Ikhtiar Malaysia dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk men...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda