Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah



Mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendapat zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa-ibubapa lain. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahiran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup

Tujuh kaedah tersebut adalah seperti berikut :
Kaedah pesanan dan arahan
Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. 

Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
-Mengenai solat di awal waktu-Adab dengan orang tua-tua-Adab dengan guru-Adab dengan kawan-kawan-Tugas harian di rumah-Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar
-Tatacara makan mengikut sunnah nabi-Cara belajar yang berkesan-Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah-Keselamatan jalan raya-Tanggungjawab melindungi adik-adik

Kaedah bercerita
Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita

Kaedah soal jawab
Bersoal jawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang

Kaedah merujuk kenangan lalu
Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi

Kaedah nasihat dan teguran
Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari

Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka

Mengikut Kajian Psikologi, Apabila Anak Berasa Gembira Dan Disayangi, Mereka Akan Menjadi Anak Yang Berdisiplin Dan Berakhlak Yang Baik. Tetapi Jangan Pula Bergurau Melampau Batas Seperti Bermain Dan Bergurau Berlarutan Sehingga Meninggalkan Ibadah Wajib Dan Tugas Yang Lebih Penting

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram

Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya

Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah…
Sumber: noraziramohamed via https://www.majalahpama.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/02/dr-fadzilah-kamsah-bagi-7-tip-didik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gilir Gilir Solat Dan Pergi Masjid Tolak Ansur Suami Isteri Penting 20 Tip Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

Gilir Gilir Solat Dan Pergi Masjid Tolak Ansur Suami Isteri Penting 20 Tip Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 403 hits
Kini boleh dikatakan membawa anak mengerjakan umrah adalah hal yang biasa bagi semua ibu bapa Pun begitu ketika membuat keputusan untuk membawa anak kecil ini bukanlah satu hal yang mudah Banyak hal yang perlu difikirkan malah waktu melakuk...
Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

Rugi Ibu Ayah Tak Peluk Anak Setiap Pelukan Itu Ibarat Doa Dalam Diam

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 519 hits
Sejak anak lahir sampailah besar kuasa pelukan ibu bapa paling power untuk anak anak Mereka ini amanah nombor satu dari Allah untuk kita menjaganya sebaik mungkin Sebab itu kita kena selalu ingat apa saja yang elok untuk anak buatlah yang t...
Dr Fadzillah Kamsah 7 Petua Anak Cemerlang Ibubapa Boleh Cuba

Dr Fadzillah Kamsah 7 Petua Anak Cemerlang Ibubapa Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 366 hits
Dalam mendidik anak anak berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza beza sifat dan perangainya Oleh yang demikian apa yang diprakt...
Saham Akhirat Ibu Ayah Pastikan Anak Terus Berkasih Sayang Susah Senang Bersama

Saham Akhirat Ibu Ayah Pastikan Anak Terus Berkasih Sayang Susah Senang Bersama

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 468 hits
Ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang kena faham kasih sayang antara anak anak kena sama rata dan tak boleh berat sebelah Walaupun ada di antara kita yang mungkin mempunyai anak favourite Lagi satu tugas ibu bapa juga kena pastikan bond...
Setiap No Ibu Ayah Cakap Kena Ada Alternatif Baru Anak Dengar Kata

Setiap No Ibu Ayah Cakap Kena Ada Alternatif Baru Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 481 hits
Ibu bapa perasan tak setiap perkataan NO atau TAK BOLEH yang kita cakap pada anak kita tak bagi jawapan yang tepat pada mereka atau hanya tergantung begitu sahaja Akhirnya anak memang akan hentikan apa yang dia lakukan tapi selepas itu past...
Nak Anak Jadi Macam Apa Kita Mahu Bukan Sekadar Beri Arahan Tapi Ibu Ayah Tunjuklah Contoh Yang Baik

Nak Anak Jadi Macam Apa Kita Mahu Bukan Sekadar Beri Arahan Tapi Ibu Ayah Tunjuklah Contoh Yang Baik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 380 hits
Dalam mendidik anak anak memang ada cabarannya Dan yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk setiap anak Oleh yang demikian kita sering beritahu anak anak untuk menjadi orang yang Berjaya orang yang pandai orang yang baik dan se...
Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 387 hits
Kata orang sejuk perut ibu mengandung jika anak anak mempunyai keperibadian yang baik Seawal usia yang masih kecil ibu ayah perlu mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik Seperti yang dikongsikan ibu ini dia bersyukur kerana anaknya tid...
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 639 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Idea Hilangkan Rasa Pahit Dalam Bubur Anak Ibu Ni Kongsi Tip

Idea Hilangkan Rasa Pahit Dalam Bubur Anak Ibu Ni Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 522 hits
Apabila bayi sudah semakin pandai menerima makanan ibu bolehlah mempelbagaikan jenis bubur buat mereka Namun seperti biasa elakkan garam dan gula sebaliknya hanya gunakan perasa asli seperti dari buah dan sayuran sahaja untuk menambah rasa ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik