Dr Fadzillah Kamsah 7 Petua Anak Cemerlang Ibubapa Boleh Cuba



Dalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu.

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa. Jadi, beliau turut berkongsikan antara 7 kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bapa bagi menghasilkan anak-anak yang cemerlang dari setiap sudut.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.


1. KAEDAH PESANAN DAN ARAHAN
Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka.

Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.

Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

Mengenai solat di awal waktuAdab dengan orang tua-tuaAdab dengan guruAdab dengan kawan-kawanTugas harian di rumahMengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.Tatacara makan mengikut sunnah nabiCara belajar yang berkesanIngat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumahKeselamatan jalan rayaTanggungjawab melindungi adik-adik.

2. KAEDAH BERCERITA
Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya.

Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut.

Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. KAEDAH SOAL JAWAB
Bersoaljawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. KAEDAH MERUJUK KENANGAN LALU
Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan.

Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting.

Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. KAEDAH NASIHAT DAN TEGURAN
Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari.

6. KAEDAH BERMAIN DAN BERGURAU
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. KAEDAH LATIHAN YANG BERTERUSAN
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

JantinaIbu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.UsiaPengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.


NaziraMohamed

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogpetua.blogspot.com/2020/02/dr-fadzillah-kamsah-7-petua-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 513 hits
Mendidik anak anak berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendapat zuriat yang cemerlang Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza beza sifat dan perangainya Oleh yang demikian apa yang dipraktikkan unt...
Perkenalkan Udang Untuk Anak 4 Resipi Ibu Ni Boleh Cuba Sedap

Perkenalkan Udang Untuk Anak 4 Resipi Ibu Ni Boleh Cuba Sedap

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 417 hits
Menu berasaskan ikan dan ayam mungkin sudah terbiasa bagi anak kecil kita berbanding sumber lain seperti udang daging dan sebagainya Kesemua rangkaian makanan ini perlu dicuba secara berperingkat kepada anak kecil ini Ini bagi mengetahui sa...
Nak Anak Lupakan Gajet Boleh Cuba Aktiviti Asah Skil Motor Halus Si Kecil Seawal Umur 3 Tahun

Nak Anak Lupakan Gajet Boleh Cuba Aktiviti Asah Skil Motor Halus Si Kecil Seawal Umur 3 Tahun

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 665 hits
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza beza tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet Malah tak perlu tunggu anak usia enam tahu...
Cbb Dan Cfs Dah Sudah Boleh Cuba Mirepoix Ibu Ni Untuk Tambahkan Perasa Anak

Cbb Dan Cfs Dah Sudah Boleh Cuba Mirepoix Ibu Ni Untuk Tambahkan Perasa Anak

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 632 hits
Selain perasa CBB CFS serbuk ikan bilis dan serbuk ayam homemade Mirepoix juga tidak kurang hebatnya dalam memberi rasa kepada makanan bayi Bukan hanya rasa bahkan mirepoix juga dikatakan baik untuk menaikkan selera anak kecil kita Bagi ana...
Anak Tak Sihat Dan Batuk Berkahak Boleh Cuba Resipi Sup Singo Pear Ni Ringkas Je

Anak Tak Sihat Dan Batuk Berkahak Boleh Cuba Resipi Sup Singo Pear Ni Ringkas Je

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 561 hits
Ketika di landa musim panas anak anak mudah tidak sihat dan demam Keadaan semakin bertambah teruk bila mana anak mula alami selsema dan batuk berkahak pada tempoh yang lama Jangan biarkan sahaja sebaliknya cuba usahakan sesuatu agar batuk a...
Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung

Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1014 hits
Cara Buat Anak Senarai Perkara Yang Boleh Menyebabkan Mengandung Sebagai pasangan suami isteri yang baru saja berkahwin pastinya masih lagi kekok dengan pasangan masing masing Nak bertanya pada seseorang eh tentu rasa malu kan Tentu berat r...
Badut Maut Ditembak Perompak Ketika Cuba Melindungi Seorang Ibu Dan Anak

Badut Maut Ditembak Perompak Ketika Cuba Melindungi Seorang Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 376 hits
Seorang badut yang selalu membantu menceriakan kanak kanak dengan terapi ketawanya maut ditembak ketika cuba melindungi seorang ibu dan anak sewaktu mereka diserang oleh perompak di sebuah restoran Humberto Rojas Landa yang juga dikenali se...
Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

Terlalu Banyak Halang Anak Boleh Matikan Suis Kehebatan Mereka Sentiasalah Awasi Dan Bantu Mereka

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 294 hits
Anak kecil tidak pernah merasakan batasan untuk melakukan sesuatu Walaupun dia tidak tahu dia senantiasa merasakan dia boleh melakukan segala galanya Bagaimana cara untuk tidak mematikan suis kehebatan anak anak Ikuti perkongsian Ibu Rose I...
Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Usaha Selagi Boleh

Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Usaha Selagi Boleh

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 628 hits
Dikongsikan oleh Norsuhaila Mohd Zuki tentang kebaikkan pokok dukung anak ni Jom baca Saya baru balik berurut dengan seorang makcik dia beritahu anaknya dah 4 tahun kahwin tak dapat zuriat dan ada orang beritahu agar rebus daun dukung anak ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game