Dr Amalina Che Bakri Antara 10 Pakar Pelatih Surgikal Terbaik Di Uk


Kebijaksanaan Dr Amalina Che Bakri bukan sesuatu yang perlu dihebahkan, lebih-lebih lagi setelah kejayaannya mencipta sejarah sebagai pelajar pintar yang mencapai keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Dr Amalina.
Bertitik tolak daripada kejayaan itu, namanya tidak pernah lekang daripada bibir rakyat Malaysia yang berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang beliau kecapi.

Dr Amalina sekali lagi menjadi bualan rakyat negara ini selepas memulakan ikhtiar untuk membawa bayi berusia 10 bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidapi ‘Germ Cell Tumour’ untuk dirawat di London, United Kingdom.

Hasil usaha anak Malaysia ini juga dapat mengumpulkan barisan pakar perubatan dari dalam dan luar negara untuk sama-sama terlibat bagi menjayakan misi menyelamatkan Ainul.

Kegigihan ini sekali lagi mendapat pujian masyarakat Malaysia hinggakan ramai yang ingin mengenali figura ini dengan lebih dekat.

Siapa sebenarnya doktor wanita berusia 32 tahun yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia ini?

Mari kita sama-sama teliti profil Dr Amalina.

1. Anak tunggal pasangan pengetua sekolah, Sabariah Hassan dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Che Bakri Che Mod ini dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.

2. Memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM pada 2004.

3. Tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik United Kingdom (UK).

4. Bercita-cita untuk menjadi pakar bedah kanser payudara dan onkoplastik.

5. Pemegang biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di UK.

6. Bergelar doktor setelah menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

7. Kerap berkongsi dan mendidik masyarakat tentang kesedaran kesihatan menerusi beberapa platform media sosial miliknya.

8. Memiliki 511,000 pengikut di Instagram

@dramalinabakri, 322,000 pengikut di Twitter @dramalinabakri dan 16,000 subscriber pula di saluran YouTube Dr. Amalina.

9. Jangan ada yang patah hati ye! Hati Dr Amalina sendiri sudah dimiliki oleh seorang jejaka Inggeris yang dirahsiakan namanya. Tapi anda boleh mengintai akaun Instagram buah hati doktor tersebut yang menggunakan identiti pengguna @_a__87_ .

10. Boleh bertutur dalam slanga British selepas berhijrah selama 14 tahun ke negara itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

11. Selain hebat dalam bidang akademik, Dr Amalina merupakan seorang yang pandai berfesyen dan seorang peminat filem adiwira Avengers terbitan Marvel Studios.

12. Gemar mengisi masa lapang dengan melancong ke seluruh pelosok dunia dan sehingga kini telah menggembara ke lebih 60 destinasi.

13. Meminati fesyen terkini dan gemar menggayakan pelbagai busana mengikut citarasa terkini, Dr Amalina pernah diberi jolokan Dr Bling Bling. Jadi tidak hairan jika dia sering meluangkan masa di gim bagi menjaga penampilan dirinya.

Pendidikan

2005 - 2007: A-Level di The Cheitenham Ladies' College, England.

2007 - 2013: Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland.

2009 - 2010: Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi di Universiti Edinburgh, Scotland.

2009 - 2010: Program Amgen European Scholars untuk kajian dalam bidang farmakologi di Institut Karolinska, Sweden.

2012 - 2013: Doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat.

2013 - 2015: Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge.

2017 - kini: Dr Amalina sedang mengikuti pengajian doktor falsafah (PhD) dan berkhidmat sebagai seorang pendaftar pembedahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
'Hippocratic Oath' Sumpah Seorang DoktorTahukah Anda Siapa Pencipta Alat 'Mendengar' Stetoskop?
sumber: mstar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/dr-amalina-10-pakar-surgikal-terbaik-uk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Nur Amalina Che Bakri Beauty With Brain

Dr Nur Amalina Che Bakri Beauty With Brain

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 3683 hits
Thank you Dr Amalina Beauty with brain and have a beautiful heart Dr Nur Amalina popular di media sosial Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini popular di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainu...
Biodata Dr Nur Amalina Che Bakri

Biodata Dr Nur Amalina Che Bakri

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 1042 hits
Masih ingatkah anda tentang kisah yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu nbsp Pada tahun 2004 Malaysia dikejutkan apabila seorang nbsp pelajar SPM berjaya mendapat 17A1 nbsp di dalam SPMnya Pencapaian itu dianggap luar biasa apabila ...
Lima Jam Penuh Debaran Dr Amalina Sebak Imbau Saat Buang 200gm Ktumbuhan Ainul Mardhiah Yg Dihadiri Ramai Pakar

Lima Jam Penuh Debaran Dr Amalina Sebak Imbau Saat Buang 200gm Ktumbuhan Ainul Mardhiah Yg Dihadiri Ramai Pakar

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 676 hits
Dr Amalina begitu sebak apabila berkongsi kejayaan pembdahan Ainul Mardhiah dalam laman instagram miliknya Lima jam penuh debaran Dr Amalina sebak imbau saat buang 200gm ktumbuhan Ainul Mardhiah yg dihadiri ramai pakar
Timbul Dakwaan Doktor Malaysia Tdk Membantu Utk Meny3mbuhkan Ainul Ini Reaksi Padu Dr Amalina Bakri

Timbul Dakwaan Doktor Malaysia Tdk Membantu Utk Meny3mbuhkan Ainul Ini Reaksi Padu Dr Amalina Bakri

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 497 hits
Nama pelatih pakar bedah Malaysia yang berada di London Dr Amalina Bakri meniti di bibir rakyat Malaysia apabila usahanya untuk menyelamatkan ny awa Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bayi sembilan bulan yang menghidap tvumor pada bahagian mulu...
6 Spot Menangis Dan Mengenang Mantan Terbaik Ala Didi Kempot Dijamin Baper Gaes

6 Spot Menangis Dan Mengenang Mantan Terbaik Ala Didi Kempot Dijamin Baper Gaes

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 238 hits
Buat jomblo yang tengah patah hati segera datang ke 6 tempat ini sambil nyetel playlist Didi Kempot Rasanya maknyess di dada
Penghargaan Maskapai Terbaik Dunia Skytrax 2019 Ada Di Peringkat Berapa Garuda Indonesia

Penghargaan Maskapai Terbaik Dunia Skytrax 2019 Ada Di Peringkat Berapa Garuda Indonesia

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 250 hits
Maskapai kebanggaan Indonesia ini tidak mampu mempertahankan prestasi di tahun sebelumnya Semoga tahun depan bisa lebih baik ya
Senarai Universiti Terbaik Dunia

Senarai Universiti Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 901 hits
QS World University Rankings adalah suatu penerbitan tahunan ranking universiti oleh Quacquarelli Symonds Sebelum ini dikenali sebagai Times Higher Education QS World University Rankings dengan penerbit telah bekerjasama majalah Times Highe...
Qatar Airways Jadi Maskapai Terbaik Dunia Garuda Indonesia Tak Masuk 10 Besar

Qatar Airways Jadi Maskapai Terbaik Dunia Garuda Indonesia Tak Masuk 10 Besar

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 157 hits
Qatar Airways menyabet hampir semua gelar terbaik di semua kategori termasuk di dalamnya Kelas Bisnis Terbaik Dunia Kursi Kelas Bisnis Terbaik Dunia dan Maskapai Terbaik di Timur Tengah
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree