Dr Adham Pelawak Yang Tidak Diperlukan Dalam Kerajaan Pn



Tidak sampai sebulan kerajaan Perikatan Nasional atau PN ini wujud melalui pintu belakang, sudah muncul seorang menterinya yang layak digelar pelawak.
Beliau tidak lain ialah Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan yang baru dilantik yang berasal dari Johor.
Sejak semalam, kenyataan penuh yakinnya ketika muncul secara langsung di kaca tv bahawa air suam mampu membunuh virus Covid-19 telah menjadi lawak jenaka yang berjaya membuatkan seluruh negara ketawa dibuatnya.
Menurut beliau, dengan meminum air suam, jangkitan virus Covid-19 dalam badan akan dapat dihalang.
“Virus ini tak suka panas…Virus ini akan dinyahkan, disingkir di perut.
“Kalau masuk perut ada asid, dia kalah.
“Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah,” kata Dr. Adham dalam siaran tv itu.
Entah di mana beliau memperolehi petua tersebut tidaklah diketahui, tetapi semua pakar-pakar perubatan, doktor dan malah Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sendiri kemudiannya menolak kebenaran apa yang disebutnya itu.
Semuanya mengatakan tiada bukti bahawa meminum air suam boleh membunuh virus dalam badan.
Dakwaan Dr. Adham itu juga turut disangkal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.
Di media sosial pula, Dr, Adham sarat ditimpa kecaman dengan pelbagai sindiran sama ada dalam bentuk kata-kata atau video.
Ramai yang berkata, kalau minum air suam saja boleh membunuh virus Covid-19 yang telah membunuh 8 mangsa setakat ini, tidak perlulah dunia menunggu vaksinnya yang masih lagi dalam kajian ketika ini.
Minum sajalah air suam banyak-banyak, malah mungkin lebih cepat membunuh virus itu jika air yang diminum itu sedang panas menggelegak.
Yang nyata, petua beliau itu dilihat lawak jenaka baru dalam kerajaan PN sehingga berikutan itu, sepanjang hari ini tidak ternampak langsung kelibatnya muncul memberi sebarang kenyataan berkataan Covid-19.
Ramai juga berkata, dengan munculnya pelawak bernama Dr. Adham ini, bellau telah berjaya mengambil alih tempat Ahmad Maslan yang sebelum ini dikenali dengan lawak jenaka berkaitan GST.
Apa pun, dengan dakwaan Dr. Adham berkaitan air suam itu yang disanggah oleh Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan sendiri, nampak sangat beliau tidak layak duduk sebagai Menteri Kesihatan.
Bukan saja kata-kata, malah gaya dan penampilannya juga langsung tidak meyakinkan orangramai.
Dengan itu, sebelum lebih banyak kata-kata atau petuanya yang lain menjadi bahan ketawa, adalah lebih baik Dr. Adham segera meletakkan jawatan dan berhenti sebagai Menteri Kesihatan, walaupun beliau mungkin sayang untuk berbuat demikian.
Sekali beliau dilabel pelawak, akan selamanya gelaran itu melekat pada dirinya.Sebelum lebih banyak lagi lawak jenaka tidak kelakar ditampilkannya atas jawatan kabinet itu dan akhirnya PN serta Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri turut terpalit sama diketawakan rakyat jelata, berundur adalah pilihan terbaik bagi Dr. Adham.
Apa guna jadi menteri kalau hari-hari dijadikan bahan ketawa ramai kerana jawatan menteri bukan untuk membuat lawak jenaka.
Lainlah kalau jadi pelawak jenaka sebenar yang memang kerjanya membuat orang ketawa. 
(ShahbudinHusin 21/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/dr-adham-pelawak-yang-tidak-diperlukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haru Biru Betul Bawah Kerajaan Pelawak Nasional Ni Sekejap Suruh Pakai Lepas Tu Tak Payah Pula

Haru Biru Betul Bawah Kerajaan Pelawak Nasional Ni Sekejap Suruh Pakai Lepas Tu Tak Payah Pula

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 399 hits
Noor Hisham Tak perlu pakai penutup mulut jika tiada simptom Geraldine Tong Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut kecuali mempunyai simptom Covid 19 sep...
Benarkah Hospital Kerajaan Bersedia Harungi Coronavirus Adham Baba

Benarkah Hospital Kerajaan Bersedia Harungi Coronavirus Adham Baba

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 531 hits
BARU sehari dua jadi Menteri Kesihatan kenyataan Adham Baba mengenai kesediaan hospital kerajaan merawat pesakit coronavirus agak meragukan Kalau Adham rajin sedikit turunlah ke hospital hospital kerajaan dan lihat sendiri bersedia atau tid...
Kerajaan Melayu Arahkan Begini Anda Dapat Bayangkan Jika Ini Di Era Ph

Kerajaan Melayu Arahkan Begini Anda Dapat Bayangkan Jika Ini Di Era Ph

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 295 hits
Nizam AkaBab ini memang aku tentang walaupun keputusan itu dibuat melibatkan Menteri Agama dan Dr Maza Inikah ini cara cara geng Kerajaan Baru Pintu Belakang berfikir Isunya apa perlu masjid ditutup 10 hari Adakah data menunjukkan masjid da...
Khalid Samad Mahfuz Geng Ph Lain Boleh Hadam Titah Sultan Selangor Kerajaan Pn Pintu Belakang

Khalid Samad Mahfuz Geng Ph Lain Boleh Hadam Titah Sultan Selangor Kerajaan Pn Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 226 hits
Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi meng...
5 Perkara Penting Perintah Kawalan Pergerakan Dan Senarai Jabatan Kerajaan Yang Bercuti

5 Perkara Penting Perintah Kawalan Pergerakan Dan Senarai Jabatan Kerajaan Yang Bercuti

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 644 hits
Seperti yang telah kita sedia ketahui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting bagi menangani penularan wabak Covid 19 Arahan penutupan premis ini adalah berdasarka...
Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 260 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Abd Samad menjelaskan istilah pembentukan Kerajaan Persekutuan melalui pintu belakang bukanlah gelaran yang menolak Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang sah Sebaliknya beliau berkata penggunaan...
Gesaan Najib 5 Tindakan Kerajaan Pn Patut Buat Mengelakkan Penularan Covid 19

Gesaan Najib 5 Tindakan Kerajaan Pn Patut Buat Mengelakkan Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 308 hits
Pada pendapat saya kerajaan PN patut 1 Mengeluarkan perintah kuarantin mandatori untuk14 hari kepada semua peserta acara ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling itu termasuk ahli keluarga di rumah mereka Mereka yang telah disaring dan didap...
Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 300 hits
Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi meng...
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Gesa Kerajaan Tutup Sekolah Sebulan

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Gesa Kerajaan Tutup Sekolah Sebulan

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 465 hits
Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye menggesa kerajaan supaya memberi tumpuan kepada mengurangkan keseriusan kesan Covid 19 berbanding usaha mengesan kontak rapat pesakit yang disahkan Dalam hantaran di Facebook semalam beliau ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya