

Setelah hampir 3 tahun saya berjuang menuntut keadilan, akhirnya melalui Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Johor Bharu, maka keputusan kes saman fitnah saya diumumkan.Ini kes yang kedua saya menang selepas kes saman fitnah yang pertama dimenangi di Shah Alam.Boleh baca disini untuk Kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam : https://bit.ly/31IEkivAllahuakbarPertamanya, saya ucapkan setinggi terima kasih dan syukur ( rasa nak peluk
), mak ayah yang sentiasa doakan saya. Teringat ayah kata, ayah solat hajat hari-hari. Ayah pesan Solat Tasbih jangan tinggal
Mak Abah mertua yang sangat baik hati dan sentiasa doakan saya dan suami
Paling utama Suami saya Muhammad Zaki Omaryang paling kuat membantu saya dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi hebatnya kecaman netizen.Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada peguam-peguam saya yang sangat professional dan berkerja keras bagi membantu saya, Cik Irna & Puan Izzaida.Setinggi-tinggi ucapkan Jazakkallahukhairan Kathira pada sahabat-sahabat terutamanya kalangan Pro Choice yang sentiasa di belakang saya terutama pada saat-saat getir saya difitnah sehingga saya mengalami tekanan jiwa di saat menunggu kelahiran anakanda Safwan
Kalian terlalu ramai. Maaf saya tak dapat sebut nama satu-satu sebab takut ada yang tertinggal. Terlalu ramai yang menyokong saya dan mereka ini Allah hadirkan tanpa saya sangka-sangka di saat saya kehilangan ramai kawan-kawan lama sejak dari zaman sekolah dan Universiti kerana mereka mempercayai fitnah.Setiap kali jika teringat kisah 4 Febuari 2018 sakitnya masih ada. Student yang masuk kelas sahaja nampak air mata saya susah nak disapu jika berkongsi cerita ini. Bagaimana saya dituduh sengaja menghasut ibu yang mempunyai kehamilan songsang untuk bersalin di rumah. Bagaimana saya dituduh membuat servis doula pada ibu yang bersalin itu.Bagaimana kejadian itu diandaikan seolah-olah kejadian sengaja mahu bersalin rumah sehingga menyebabkan kematian bayi.
Teringat - ringat lagi bagaimana saya terpaksa bersumpah dengan nama Allah, tapi mereka menghina-hina saya dengan kata-kata yang sangat menyesak jiwa.Allahumustaan..Allah Jualah sebaik-baik pemberi pertolongan
Akhirnya, saya berpuas hati dapat diadili di mahkamah yang mulia. Dengan diwakili peguam, saya dapat lampirkan semua bukti dan saksi-saksi bagi pihak saya iaitu ibu dan ayah yang kematian bayi itu sendiri. Defendan ( Sakinah Sulong) juga telah berpeluang membentang pelbagai bukti yang beliau katakan di media sosial selama ini.Bukti medical record ibu, bukti rakaman CCTV, saksi-saksi dari staff hospital yang ada semasa hari kejadian, dan juga doktor yang merawat Ibu bayi berkenaan. Semuanya sudah dijelaskan selama berjam-jam perbicaraanKedua- dua pihak sama ada saya ( Plaintif) atau Sakinah ( Defendan) sudah diberi ruang selebar-lebarnya oleh Yang Arif Hari ini mahkamah sudah menetapkan keputusan bayaran ganti rugi berjumlah sebanyak Rm 200,000 dan Kos sebanyak Rm 30,000 dari Defendan kepada sayaberserta permohonan maaf terbuka dan perintah injuksi tidak mengaitkan saya lagi dalam kes 4 Febuari 2018Semoga keputusan Yang Mulia Hakim ini dapat menutup semua kata- kata nista dan fitnah kepada saya selama ini.- DOULAMAS-|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |