Don S Warong Sarapan Pagi Dengan Menu Johor Dan Peraduan Mewarna Untuk Anak Anak


Assalamualaikum and hello guys , masih lagi bersama qasehdalia dot com dalam jalan-jalan cari makan. Acewah agak-agak boleh tak jadi pengacara tak , haha

First of all tq Bella kerana suggest Don's Warong untuk food review kali ni , katanya kat sini menu-menu asli dari Johor. Jadi kalau korang rasa rindu masakan Johor tu tapi jauh dan sibuk , apa kata korang datang dulu cuba kat sini , rasa sendiri dia punya sambal nasi lemak tu , fuhhh aku rasa mesti korang akan repeat sebab sedap betul sarapan nasi lemak kat sini , tak tipu

Oh ye , Don's Warong ni terletak di Plaza Mas, Sri Hartamas , seriously aku tak biasa sangat dengan tempat ni dan sejujurnya ini pertama kali aku datang di Plaza Mas , jadi faham-faham lah bila tersesat tu haha.

Di sebabkan nak jugak sarapan di Don's Warong , aku gigih cari sampai jumpa , halah waze kan ada uols so thanks to waze lah.


Sebelum aku share menu-menu yang sedap untuk korang sarapan di Don's Warong ni , aku nak highlight satu benda yang akan di anjurkan oleh Don's Warong tak lama lagi , terutama sekali buat anak-anak . Apakah ? Jeng-jeng jeng , its colouring contest gais !

Contest Mewarna di Don's Warong


Okay untuk contest mewarna ni akan berlangsung tak lama lagi iaitu pada 24 November 2018 - 31 Disember 2018 . Contest ni akan ada 3 kategori untuk umur anak-anak yang mana :
Kategori 2 - 6 tahun Kategori 7 - 12 tahun Kategori 12 - 17 tahun 
Setiap kategori akan ada satu pemenang , jadi akan ada 3 pemenang ke semuanya . Hadiahnya adalah voucher Don's Warong sehingga RM100 , weh terus mata nampak makanan free haha , so mummy please bring your children here okay , lagi-lagi yang suka mewarna tu haaaa . Pemenang akan di di umumkan selepas 31 Disember nanti

Stay tune gais ~ dah boleh kot slow-slow asah skill mewarna anak-anak tu :p 
Nanti staff akan bagi kertas dan pensel warna , korang tak payah susah - susah bawak dari rumah okay , brand Swan lagi haaa and then bila dah siap , ikut je arahan yang tertulis di kertas tu . Warna cantik-cantik tauuu

Rayyan memang mimpi la nak menang sebab lebih ke arah conteng je haha tapi aku suka contest macam ni , diorang boleh enjoy sambil makan , sebab Rayyan ni selalu mengamuk kalau masuk kedai makan , erghhhh

Tinggalkan sekejap contest , sekarang aku nak share tahap keselesaan dan konsep Don's Warong ni . Bab makanan , memang ianya masakan asli dari Johor , dan konsep / style restoren Don's Warong ni sebenarnya ala-ala cafe dan terbuka . Tak panas pun , sebab ada kipas yang boleh sejukkan dan makanan pun dah buat hati sejuk wakkk cia cia cia

Tempat Yang Santai dan Selesa 
Aku suka Don's Warong punya style , ke arah yang lebih santai , if korang nak lepak dengan kawan-kawan , meeting or dating memang sesuai lah kat sini , suasana pun tak bising dan takde gangguan . If nak apa-apa dari staff tekan loceng je yang ada di setiap meja . Tak perlu nak tunggu staff tengok kita then angkat tangan untuk mintak bantuan gituh ! 


Sebenarnya nak duduk sini tapi takpela jap lagi habis blackout Rayyan pergi tutup suis yang ada situ haha jangan cari pasal

Cantikkan aku , eh cantikkan dekorasi Don's Warong ni , yang penting lighting on point gaisMenu Sarapan Pagi di Don's Warong 

Okay jom kita tengok menu sarapan pagi di sini , banyak sebenarnya tapi ini antara menu yang aku dah cuba sendiri , okay la kalau korang jenis tak makan menu berat di pagi hari , korang boleh cuba menu ringan untuk sarapan kat sini  , banyak je pilihan kat sini tapi yang paling HOT adalah Nasi Lemak Soft Shell Crab.

Nasi Lemak Soft Shell Crab 
Kenapa aku kata sedap sambal nasi lemak di Don's Warong ni ? Sebab rasa sambal tu tak sepenuhnya rasa manis , dia ada rasa manis tu tau tapi sekali dengan rasa masin dan masam haaa , sebab aku tak suka masakan yang hanya ada rasa manis je , haha aku ni memang complicated sikit bab makanan .

Bab pedas pulak , sederhana pedas je ~ still boleh di terima tekak , dan ketam dia memang lembut gila , dah tak terkial-kial dah makan ketam weh , dengan kaki , tangan , sepit ketam semua boleh ngap dan telan terus.

Bila cerita pasal nasi lemak ni , kalau sambal dia sedap memang boleh masuk tapi kalau sambal dia tak ONZ haaa yang tu jadi tak best tu. Selain dari soft shell crab , ada pilihan ayam , ayam berempah , ayam masak merah , paru goreng , udang , sotong dan banyak lagi yang korang boleh cuba .


Lempeng Kelapa dan Lempeng Pisang 
Antara menu ringan yang korang boleh cuba , ni anak-anak pun suka jugak . Yang kat atas ni adalah Lempeng Pisang , di hidangkan bersama madu , isi kelapa dan juga gula melaka. Lempeng kelapa pula di hidangkan bersama sambal nasi lemak dan gula melaka .

Not bad , lempeng pun lembut je. Sedap cicah dengan sambal tu haaa , untuk di hidangkan bersama tu korang boleh pilih nak apa , if nak sambal je pun boleh , terpulang pada korang :)

 Kacang Pool Johor
Lepas makan nasi lemak , kita makan kacang pol pulak . Mesti orang Johor risau betul ke sini memang makanan Johor asli , hehe bila aku cuba Kacang Pool ni memang percaya menu - menu semua memang masakan Johor , sebab kacang Pool kat sini sama macam yang aku pernah makan di Johor cuma kuah sini lagi pekat.

Ubi Rebus 

Nak bernostalgia dan tenggelam dalam memori zaman kecik-kecik , zaman mak ayah cerita masa zaman Jepun dulu , haa korang boleh cuba Ubi Rebus kat sini , biasanya dulu time kecik -kecik aku makan dengan kelapa parut , makan pulak waktu hujan fuh mengimbau memori betul

Ada set yang korang boleh pilih , mengikut citarasa sendiri.


Oh ye , air aku cuba Kopi Muar , husband cuba Kopi O Muar dan Rayyan Ais Lemon Tea . 
Masa untuk sarapan di Don's Warong adalah dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari , lepas tu dah waktu lunch tiba dan restoren Don's Warong beroperasi dari jam 7.30 pagi  - 12.30 malam. Mesti best kan lepak malam-malam kat sini , dan terliur pulak nak makan mee rebus Johor, aiyok ! Nanti kena datang lagi nih  sebab banyak lagi pilihan lain yang ada ~ phewwww




 Tq staff Don's Warong , peramah dan always senyum je bila tanya apa-apa hehe
Jangan Lupa 24 November !


Lastly , jangan lupa ajak anak-anak , anak buah dan anak jiran sekalipun datang di sini dan sertai peraduan mewarna di Don's Warong tau ! Start 24 Nov nanti ~ sambil makan sambil mewarna , yihaaaa nanti menang dapat makan lagi !


Cantik tak Rayyan warna ? Padahal Umi yang over hahaha :p
More Info :Instagram : http://www.instagram.com/DonsWarongFacebook : http://www.facebook.com/DonsWarongTwitter : htpp://www.twitter.com/Donswarong










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.qasehdalia.com/2018/11/sarapan-pagi-dengan-menu-johor-di-dons-warong-plaza-mas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Sarapan Pagi Sangat Penting Terutamanya Untuk Anak Yang Bersekolah

Kenapa Sarapan Pagi Sangat Penting Terutamanya Untuk Anak Yang Bersekolah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 343 hits
Sarapan pagi bukan sahaja penting dan mustahak sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu kerana kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama ...
Sarapan Pagi Idea Jepun Pegawai Khas Maszlee Kena Kecam Netizen

Sarapan Pagi Idea Jepun Pegawai Khas Maszlee Kena Kecam Netizen

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 563 hits
Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dikecam hebat oleh netizen gara gara kenyataannya di Facebook berhubung program Rancangan Makanan Tambahan untuk murid sekolah Zul Fikri Zamir Mohamad Munir terdahulu menulis status di...
Emosi Anak Terganggu Kalau Tak Ambil Sarapan Mama Take Note Ya

Emosi Anak Terganggu Kalau Tak Ambil Sarapan Mama Take Note Ya

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 373 hits
Jangan katakan anak kita pun boleh moody dan emosi terganggu jika tak ambil sarapan di pagi hari Itu hakikatnya yang semua orang patut tahu Rasa resah gelisah dan langsung tidak fokus antara simptom lain yang menguasai kita sepanjang hari J...
Pisang Raja Goreng Rangup Buat Sarapan Pagi

Pisang Raja Goreng Rangup Buat Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1030 hits
Teringat masa zaman sekolah di kampung dulu Kalau petang mesti pergi cari pisang goreng Sangat sedap pisang goreng tersebut rasanya sehingga kini itulah pisang goreng yang paling sedap Zaman dulu mana ada makanan lain seperti karipap donut ...
Dutch Lady Pure Farm Milk Pelengkap Sarapan Pagi

Dutch Lady Pure Farm Milk Pelengkap Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 636 hits
Dutch Lady Pure Farm Milk pelengkap Sarapan Pagi Kadang tu kan menu sarapan pagi penuh satu meja Tapi bila lihat balik menu tu adakah ianya dah lengkapkan Nutrisi kita untuk teruskan hari dengan sihat dan cergas Ada yang tak kisah tentang p...
Sarapan Pagi Dengan Omelette Mudah

Sarapan Pagi Dengan Omelette Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 358 hits
Bukan main laa omelette bagai telur dadar je pun sebenarnya Tapi dalam bahasa masakan Inggeris depa panggil omelette la kan Bagi yang dah kekeringan idea nak sarapan apa pepagi untuk alas perut sebelum anak anak ke sekolah atau ke tempat ke...
5 Pilihan Hidangan Sarapan Pagi Yang Sesuai Bersama Dengan Susu

5 Pilihan Hidangan Sarapan Pagi Yang Sesuai Bersama Dengan Susu

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1613 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hari ni siapa yang mulakan hari dengan sarapan pagi korang memang awesome lah Maha sendiri pun kadang kadang skip sarapan pagi ni almaklumlah hidup...
Lengkapkan Sarapan Pagi Anda Dengan Dutch Lady Purefarm

Lengkapkan Sarapan Pagi Anda Dengan Dutch Lady Purefarm

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 708 hits
Hari yang hebat bermula dengan Dutch Lady PureFarm Jadi nikmatilah susu no 1 untuk sarapan Ducth Lady PureFarm yang padat dengan kalsium bersama hidangan sarapan kegemaran anda untuk hari yang lebih ceria dan bersemangat Ingat untuk penjaga...
Mesti Singgah Ke Don S Warong Plaza Damas

Mesti Singgah Ke Don S Warong Plaza Damas

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 442 hits
Apa plan cuti sekolah ni Jika anda merancang membawa anak anak ke Pusat Sains Negara anda boleh singgah lunch ke Don s Warong yang terletak di Plaza Damas tidak jauh dari situ Ada pelbagai menu melayu western Don s Warong tau Paling menarik...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa