Pisang Raja Goreng Rangup Buat Sarapan Pagi



Teringat masa zaman sekolah di kampung dulu. Kalau petang mesti pergi cari pisang goreng. Sangat sedap pisang goreng tersebut, rasanya sehingga kini, itulah pisang goreng yang paling sedap. Zaman dulu, mana ada makanan lain seperti karipap, donut dll. Tak kenal langsung pun. Itu sebab sehingga sekarang, saya tidak lah berapa gemar makan karipap. 

Kalau karipap sardin, memang makan lah kerana dari zaman sekolah, selalu kumpul duit belanja untuk beli satu tin sardin untuk dibuat sandwich. Bawa ke sekolah untuk hari parti iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti panjang. Bawa sebotol air oren, kira dah hebat sangat lah masa tu.

Berbalik pada pisang goreng yang saya tulis kat atas itu, ianya dijual oleh kakak sepupu saya yang dipanggil Kak Rghodah di Kampung Tangok. Walaupun masa tu, saya masih di bangku sekolah menengah rendah, tapi dah pandai merisik resepi. Masih ingat apa yang diajar ialah adunan tepung pisang goreng dibancuh tepung beras bersama serbuk kunyit, garam dan yang paling istimewa penggunaan kelapa parut dan telur. 

Sebetulnya walaupun saya menyimpan resepi bahan bahan yang digunakan tetapi saya tidak pernah mencubanya kerana setiap kali mahu menyediakan pisang goreng, kelapa parut pula tak ada di rumah. Akhirnya guna resepi biasa seperti yang saya gunakan hari ini.  

Pisang goreng saya hari ini, sangat laku. Bila saya nak mengulang makan, tengok pinggan dah licin. Sekejap jer habis sesikat pisang. Saya memang suka pisang raja goreng. Nama pun pisang raja. Ala ala ekslusif dan memang tak jumpa orang berjual pisang goreng menggunakan pisang raja. Kalau nak makan, memang kena goreng sendiri. Klik di SINI untuk entri pisang raja goreng saya sebelum ini.

Saya makan pisang raja goreng ketika berkunjung ke Johor Bahru. Setiap kali ke sana, kami memang akan singgah makan pisang goreng Mawar yang berdekatan dengan Thistle Hotel. Tapi kalau untuk pisang raja, kita kena membuat order terlebih dahulu. Tidak ada yang ready made. 

Yang ready made hanya pisang nipah dan pisang abu. Selain pisang raja, pisang nipah pun antara pisang kegemaran saya untuk pisang goreng. Pisang raja yang masak menjadikan pisang goreng bertambah sedap dan manis.

Hahaha nampak ada kesan hitam hitam pada pisang goreng saya. Ianya bukan kesan hangit tapi pisang raja akan mengeluarkan cairan gula yang manis terutama pisang yang dah masak ranum. Maka, jadilah kesan hitam bila gula kena dengan minyak panas. Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..
Pisang Raja Goreng RangupOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 sikat pisang rajaTepung berasSedikit serbuk kunyitSedikit garam halus1 sudu besar air kapur sireh
Cara cara:Satukan semua bahan untuk adunan tepung dan tuangkan air secukupnya. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Air kapur sireh, ambil bahagian air di permukaan atas. Lihat gambar di bawah.


Pisang dibuang kulit dan masukkan ke dalam mangkuk adunan tepung. Golek golek rata.

Panaskan minyak di dalam kuali sehingga benar benar panas. Masukkan pisang yang telah dicelup tepung tadi ke dalam kuali. 

Goreng sehingga garing sebelum diterbalikkan ke sebelah lagi. Goreng sehingga kedua dua permukaan masak dan garing serta berwarna kekuningan emas.

Angkat dan lapik atas tisu dapur untuk menyerap minyak. Sedia untuk dihidangkan panas panas.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/pisang-raja-goreng-rangup-buat-sarapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Sarapan Pagi Sangat Penting Terutamanya Untuk Anak Yang Bersekolah

Kenapa Sarapan Pagi Sangat Penting Terutamanya Untuk Anak Yang Bersekolah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 343 hits
Sarapan pagi bukan sahaja penting dan mustahak sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu kerana kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama ...
Don S Warong Sarapan Pagi Dengan Menu Johor Dan Peraduan Mewarna Untuk Anak Anak

Don S Warong Sarapan Pagi Dengan Menu Johor Dan Peraduan Mewarna Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 600 hits
Assalamualaikum and hello guys masih lagi bersama qasehdalia dot com dalam jalan jalan cari makan Acewah agak agak boleh tak jadi pengacara tak haha First of all tq Bella kerana suggest Don s Warong untuk food review kali ni katanya kat sin...
Sarapan Pagi Dengan Omelette Mudah

Sarapan Pagi Dengan Omelette Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 357 hits
Bukan main laa omelette bagai telur dadar je pun sebenarnya Tapi dalam bahasa masakan Inggeris depa panggil omelette la kan Bagi yang dah kekeringan idea nak sarapan apa pepagi untuk alas perut sebelum anak anak ke sekolah atau ke tempat ke...
Sarapan Pagi Idea Jepun Pegawai Khas Maszlee Kena Kecam Netizen

Sarapan Pagi Idea Jepun Pegawai Khas Maszlee Kena Kecam Netizen

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 563 hits
Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dikecam hebat oleh netizen gara gara kenyataannya di Facebook berhubung program Rancangan Makanan Tambahan untuk murid sekolah Zul Fikri Zamir Mohamad Munir terdahulu menulis status di...
5 Pilihan Hidangan Sarapan Pagi Yang Sesuai Bersama Dengan Susu

5 Pilihan Hidangan Sarapan Pagi Yang Sesuai Bersama Dengan Susu

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1612 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hari ni siapa yang mulakan hari dengan sarapan pagi korang memang awesome lah Maha sendiri pun kadang kadang skip sarapan pagi ni almaklumlah hidup...
Dutch Lady Pure Farm Milk Pelengkap Sarapan Pagi

Dutch Lady Pure Farm Milk Pelengkap Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 636 hits
Dutch Lady Pure Farm Milk pelengkap Sarapan Pagi Kadang tu kan menu sarapan pagi penuh satu meja Tapi bila lihat balik menu tu adakah ianya dah lengkapkan Nutrisi kita untuk teruskan hari dengan sihat dan cergas Ada yang tak kisah tentang p...
Cara Nak Bagi Kacang Goreng Rangup Cantik Tak Hangus Dan Lemau

Cara Nak Bagi Kacang Goreng Rangup Cantik Tak Hangus Dan Lemau

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 783 hits
Nampak macam mudah je bila menggoreng kacang tapi bila makan dengan nasi lemak kacang rasa lemau tak rangup dan hangus boleh buat mood makan pun terbantut Tip ini sangat membantu untuk kamu yang suka makan kacang atau goreng untuk makan den...
Ini Rahsia Buat Kentang Goreng Rangup Sedap Macam Kat Restoran Makanan Segera

Ini Rahsia Buat Kentang Goreng Rangup Sedap Macam Kat Restoran Makanan Segera

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 557 hits
Kalau anda kerap hadapi masalah goreng kentang tapi lepas digoreng kentang tidak ranggup tak sedap dan berminyak Jangan risau kali ini RASA kongsikan tip mudah macam mana nak jadikan kentang goreng rangup dan sedap Macam kentang goreng kat ...
My Kuali Peria Goreng Udang

My Kuali Peria Goreng Udang

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1437 hits
sayur simple yet sangat sedap kegemaran en asben kak rose pun suka jugak tapinya cuma tak selalu rajin nak memasaknya hihi maklumlah tukang makannya pun jarang2 nak makan kat rumah bila balik kerja dah lewat malam memang kami makan yang lig...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip