Domino Kejatuhan Perikatan Nasional Bermula











Oleh MOHD ARIF JUHANIDecember 6, 2020 Tiada apa yang lebih menggembirakan pihak yang kalah apabila melihat musuhnya bergaduh sesama sendiri. Begitulah agaknya perasaan Pakatan Harapan (PH) apabila melihat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang dijatuhkan melalui undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pada 4 Disember lalu.
Kalau mengikut kepada bacaan strategi pemikir ketenteraan terkenal China, Sun Tzu yang berkata, “kejayaan terbaik adalah kemenangan tanpa peperangan”, maka secara ceteknya, PH mungkin boleh dianggap meraih laba daripada perbalahan ini kerana tanpa perlu melakukan apa-apa, leher musuh sudah dikelar sesama mereka.
Apa yang menjadi persoalan lanjut adalah setakat mana bola tanggung ini dimanfaatkan oleh para pimpinan?
Gerakan untuk menjatuhkan dia bukan daripada musuh luar sebaliknya oleh gunting dalam lipatan iaitu Adun Pengkalan baru, Abdul Manaf Hashim dari Umno.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, gerakan untuk mengatur langkah tersebut telah dirancang sejak dua bulan lalu.
Puncanya mudah; kerana Faizal melantik Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Umno. Ayat mudahnya, Faizal mengabaikan Umno.
Begitulah Umno sejak dari awal penubuhannya. Tiada perkara lain yang difikirkan melainkan untuk mendapatkan jawatan, mengekalkan kuasa dan mengaut wang ringgit sebanyak-banyaknya.
Tidak usahlah bercakap soal perjuangan agama, bangsa dan negara. Contoh mudah kegagalan Umno sepanjang menjadi pemerintah dalam negara ini terdapat di mana-mana.
Paling tidak, ulanglah semula rakaman ucapan Abdul Hadi Awang yang begitu keras menghentam dan mengkritik Umno.
Oleh kerana begitulah sifat hakiki Umno, maka Faizal dijatuhkan dengan sokongan hanya 10 undi berbanding 38 yang menolaknya. Antara yang tegar menyokong Faizal adalah tiga Adun dari Pas. Hal seperti ini memang mudah diduga kerana kaedah bacaan kompas sokongan Pas adalah siapa berkuasa, itu yang akan didukung.
Begitu kerdil sekali kedudukan Faizal sebagai Menteri Besar Perak. Begitu hina sekali apabila beliau menjadi Menteri Besar Perak kali kedua di bawah nama Perikatan Nasional (PN). Begitu menipu sekali slogan mempertahankan Melayu dan Islam kerana akhirnya Melayu dijatuhkan oleh Melayu.
Rupa-rupanya ketakutan yang pernah Faizal suarakan kononnya kedudukan menteri besar akan dirampas benar-benar berlaku. Apa yang berbeza adalah dahulu dia fikirkan DAP yang akan jatuhkan dia.
Demikianlah kebodohan fikiran yang ada pada Timbalan Presiden Bersatu ini. Padanlah muka dan tanggunglah bencana hasil pengkhianatan sendiri. Walhal, semasa dia menjadi menteri besar di bawah PH, hak dan kuasanya dihormati tanpa diganggu-gugat.
Tetapi kerana sudah beranak dan membesar bersama Umno, akalnya sukar untuk menghakis kebimbangan palsu terhadap DAP.
Dimomokkan
Jika begini fikiran yang wujud dalam minda seorang pemimpin, bayangkanlah pula bagaimana bercelarunya minda ahli-ahli bawahan yang sering dimomokkan dengan propaganda yang menjadikan DAP dan PH sebagai gerakan politik yang akan memusnahkan kedaulatan Islam, Melayu dan institusi kesultanan dalam negara ini.
Sekarang selepas apa yang terjadi di Perak, maka kebimbangan Bersatu pasti kembali bergelora. Memang begitulah perasaan yang akan ditanggung oleh kumpulan pengkhianat.
Hidup mereka tidak pernah aman tenteram. Setiap hari, fikiran mereka dilanda ketakutan tentang ancaman dan serangan daripada musuh-musuh yang tidak dikenalpasti.
Parti pengkhianat ini sendiri percaya bahawa insiden dijatuhkan ini tidak akan berhenti setakat di Perak sahaja seperti disuarakan oleh Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen.
Beliau dilaporkan berkata, insiden yang sama boleh berlaku di Johor kalau Bersatu tarik balik sokongan terhadap Menteri Besar negeri itu dari Umno.
Kalau diukur kepada ungkapan ini, maknanya secara terselindung tetapi mudah dibaca: perbalahan Umno dan Bersatu kian melebar dengan ugut dan cabar-mencabar.
Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang juga Adun Kempas turut membayangkan perkara serupa dengan cara mengusulkan undi percaya kepada Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad sebagai tujuan membalas dendam.
Malah Suhaizan Kayat, Speaker DUN Johor juga terbuka untuk menerima usul tergempar yang membawa perkara serupa seperti di Perak walaupun mengakui tidak menerima usul seumpama itu untuk dibawa ke dalam sidang DUN.
Jika perbalahan ini tidak dileraikan, tentunya selain Johor, beberapa negeri lain juga akan ditimpa risiko yang sama seperti Melaka dan Sabah. Tetapi untuk meleraikan kekusutan ini sudah pasti tidak mudah. Kedua-duanya mempunyai ego dan keangkuhan yang tersendiri untuk dileburkan atau sekurang-kurangnya direndahkan.
Apatah lagi parti-parti yang berada pada kapasiti pemerintah ketika ini bergabung atas ikatan yang rapuh, samar-samar dan bersifat bom jangka. Hal ini akan semakin sukar untuk mereka tangani bila menjelang pilihan raya umum akan datang.
Mungkin hanya Pas sahaja yang kelihatan selamat setakat ini. Biasalah, dalam semua keadaan memang Pas lebih gemar ‘playsafe’.
Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat dahulu, perbalahan lebih mudah tercetus antara PKR dan DAP. Pas sering menggambarkan mereka sebagai pengikat antara kedua-dua parti itu.
Tetapi akhirnya yang menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat adalah parti itu manakala PKR dan DAP masih kekal bekerjasama sehingga kini.
Malah sebelum pengundian usul percaya dibuat, Razman Zakaria, Exco Negeri Perak yang juga Adun Gunung Semanggol dari Pas secara semberono menyifatkan perbuatan menukar kerajaan adalah penderhakaan dan pengkhianatan.
Pas memang sering menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa sahaja yang mengurniakan jawatan dan pangkat apatah lagi wang ringgit kepada mereka. Agak gelojoh lagi apabila Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan yang menegaskan parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan negeri yang baharu.
Dikatakan kenyataan itu gelojoh kerana tidak lama kemudian, Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak pula menyatakan pihaknya masih menunggu arahan Pas Pusat tentang pembentukan kerajaan negeri yang baharu.
Secara mudah fahamnya, jika Setiausaha Agung yang secara langsung atau tidak langsung mewakili lidah Presiden, maknanya Pas tidak perlu menyertai kerajaan baharu. Tetapi itu pun kalau Pas masih ada maruah dan mahu menjaga air muka.
Demikianlah simbiosis Pas dengan jawatan dan kuasa ketika di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang. Tiada lagi istilah ketulenan perjuangan seperti yang kerap dilaungkan oleh para penceramahnya satu ketika dahulu.
Dan kini, selain menyaksikan pertengkaran Bersatu dan Umno yang akan ada kesinambungan selepas ini. Menarik juga dilihat dilema Pas dalam menyatakan sokongan. Apa yang pasti, pihak mana yang boleh tawarkan jawatan dan kuasa yang lebih menarik kepada Pas, maka itulah yang akan diberikan sokongan.
Tidak mustahil itulah wajah yang akan Pas ulangi selepas ini jika tiba masanya. Cuma bergantung antara Umno dan Bersatu, parti mana yang sanggup berbelanja lebih demi memastikan taat setia Pas boleh dikekalkan supaya terus mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
 
*MOHD ARIF JUHANI merupakan bekas wartawan Harakah dan pernah berkhidmat dengan Suara Keadilan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/domino-kejatuhan-perikatan-nasional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebenarnya Siapa Yang Dah Bantu Perikatan Nasional Kekal Memerintah

Sebenarnya Siapa Yang Dah Bantu Perikatan Nasional Kekal Memerintah

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 596 hits
Walaupun dalam satu Sidang Media Khas di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur pada 23 September 2020 yang lalu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan bagi membentuk Kerajaan namun hingga...
Umno Tolak Logo Perikatan Nasional

Umno Tolak Logo Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 312 hits
Namun beliau berkata cadangan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan parti dilihat sukar dilaksanakan memandangkan PAS sudah bersama PERIKATAN NASIONAL Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti kat...
Rombakan Struktur Kepimpinan Gabungan Perikatan Nasional Perak

Rombakan Struktur Kepimpinan Gabungan Perikatan Nasional Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 223 hits
9 EXCO KEKAL1 LANTIKAN BARUA LATAR BELAKANG 1 Kerajaan Negeri Perak akan diterajui oleh seorang Menteri Besar serta dibantu oleh 10 EXCO 2 Disebabkan berlaku pertukaran Menteri Besar besar kemungkinan salah seorang dari EXCO dari BN akan di...
Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 317 hits
Parlimen hari ini semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional PAS UMNO PPBM In sya Allah demi Islam dan ummah kita genggam erat ikatan ukhuwwah ini tidak sesekali akan tikam belakang sahabat Perkukuhkan MN Pertahankan PN Penyatuan Ummah MR...
Perikatan Nasional Is Being Sabotaged From The Inside

Perikatan Nasional Is Being Sabotaged From The Inside

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 261 hits
Be careful of all these so called champions of Umno and PPBM who claim they are defending their party s interest Many are actually agent provocateurs who have been paid off or bribed to sabotage Perikatan Nasional by making Umno and PPBM fi...
Antara Perikatan Nasional Dan Muafakat Nasional

Antara Perikatan Nasional Dan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 276 hits
oleh ZAMIR GHAZALI Wacana ramai rakan politik saya selalu mengangkat persoalan ini iaitu antara Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional yang manakah lebih sukar untuk didepani Pakatan Harapan dalam PRU15 Terus terang saya lebih gembira jik...
Di Antara Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Pas Pilih Mana

Di Antara Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Pas Pilih Mana

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 295 hits
MANAKAH PILIHAN PASDANKEMANA HALU TUJU BN UMNO A DI ANTARA MUAFAKAT dan PAKATAN Definasi Muafakat Seia sekata SetujuDefinasi Perikatan Bergabung PersekutuanB MUAFAKAT NASIONAL Satu perhubungan di antara UMNO dan PAS hingga tercetusnya PERSE...
Kelulusan Belanjawan 2021 Memberi Petunjuk Keyakinan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional

Kelulusan Belanjawan 2021 Memberi Petunjuk Keyakinan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Islam Se Malaysia Kamaruzaman Mohamad menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kelulusan Rang Undang undang Perbekalan tanpa melalui undian belah bahagi Menurur beliau Belanjawan 2021 amat penting bagi...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik