Doktor Saya Betul Betul Minta Maaf Sebab Susahkan Doktor Pesakit Cuba Bunuh Diri Doktor Kongsi Tanda Depresi


Penyakit psikologi masih dipandang enteng dalam kalangan masyarakat kita. Ramai yang memandang golongan mengalami tekanan mental sebagai sengaja cuba mencari tumpuan orang ramai dengan mencederakan diri sendiri.
Hakikatnya, ramai antara mereka yang betul-betul memerlukan pertolongan. Tiada sesiapa yang ingin mati mahupun cederakan diri sendiri. Namun bagi mereka yang mengalami depresi teruk, mereka akan merasakan diri sendiri tidak berguna, tiada harapan untuk hidup, menyusahkan orang lain hingga membuatkan mereka berfikir lebih baik mereka mati berbanding menyusahkan orang sekeliling.
Oleh itu, ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Seorang doktor, Nur Atikah Razali berkongsi pengalamannya merawat seorang pesakit yang cuba menamatkan riwayat sendiri. Berikut adalah perkongsiannya.
“Doktor, Saya Betul-Betul Minta Maaf. Maaf Sebab Susahkan Doktor..” Seorang pesakit dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad psikiatri kerana percubaan membunuh diri disebabkan kemurungan dan tekanan yang teruk.
Hari itu, ditakdirkan oncall saya agak sibuk, hanya sejam dapat melelapkan mata, itu pun terjaga berkali-kali kerana menjawab panggilan telefon untuk kes-kes rujukan.
Pagi itu, saya berkejaran pula bertemu pesakit tersebut untuk mengetahui sejarah dan cerita yang berlaku.
Mungkin dirinya perasan mata merah doktor di hadapannya menahan ngantuk.
“Oh, tak perlu minta maaf. Kami di sini untuk membantu awak.”
Ayat spontan yang keluar menterjemah empati.
Tanpa stigma dan perjudis pastinya.
Bunuh diri punca kematian kedua tertinggi di serata dunia -WHO Gambar hiasan. (Kredit: Biblical Counseling Center) Antara tanda-tanda kemurungan selain perasaan sedih, putus asa dengan kehidupan, gangguan tidur dan selera makan, tidak boleh fokus serta merasa bersalah; fikiran atau cubaan untuk membunuh diri adalah keadaan yang memerlukan seseorang itu dapatkan pertolongan segara!
Menurut World Health Organization (WHO), kini bunuh diri adalah penyebab kematian kedua tertinggi di serata dunia selepas kemalangan jalanraya, bagi kalangan golongan muda berumur 15 hingga 29 tahun. “Kematian akibat bunuh diri boleh dielakkan”
Dapatkan bantuan segera dengan pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut, pertolongan serta rawatan.
Hapuskan stigma.
Cakna keadaan diri serta orang sekeliling.
Dan, dapatkan bantuan segera.
Bagi anda yang mengalami depresi, tidak mengapa jika anda sedih, marah atau mahu menyendiri buat sementara waktu. Jangan hukum diri sendiri. Kesakitan dan emosi anda wujud, anda berhak ‘merawatnya’.
Hidup ini sememangnya perit. Bertahan. Mati itu pasti dan kesakitan pasti terakhiri.
Sikit sahaja lagi. Usah tertanya-tanya bila kita akan mati kerana boleh jadi esok atau lusa, kita sudah dijemput Ilahi. Yang penting fokus pada persediaan supaya kita pergi tanpa ada yang perlu kita kesali.
Bagi orang sekeliling, seperti mana kita kasihan melihat mereka yang terlantar kerana sakit fizikal, begitu jugalah empati yang patut kita beri kepada mereka yang mengalami tekanan mental. Sebagaimana pesakit fizikal tidak mampu berfungsi secara normal, begitu juga mereka yang menahan kesakitan psikologikal.
Jika kita tak mampu bantu, diam adalah lebih baik.
Sebagaimana imuniti seseorang terhadap penyakit berbeza, begitu juga daya ketahanan mental seseorang. Jika anda boleh hadapi sesuatu situasi dengan mudah, tak bermakna ia mudah untuk orang lain kerana setiap orang dibesarkan dalam lingkungan dan pengalaman hidup yang berbeza. Setiap orang ujiannya berbeza.
Sumber: Nur Atikah Razali


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/09/doktor-saya-betul-betul-minta-maaf-sebab-susahkan-doktor-pesakit-cuba-bunuh-diri-doktor-kongsi-tanda-depresi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Dengan Penyakit Hati Tanda Syirik Kecil Dalam Diri Anda

Hati Hati Dengan Penyakit Hati Tanda Syirik Kecil Dalam Diri Anda

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 757 hits
Eh aku nak uploadlah gambar ini Nampak cantikkan aku Mesti dapat banyak like nanti Aku dapat 4 flat ni sebab aku sanggup bersekengkang mata tak tidur malam Bukan macam kau asyik main game sahaja Aku lagi cerdik daripada Nurul Dia siapa nak ...
Ditegur Lantaran Sering Main Pubg Mobile Remaja 17 Tahun Ini Bunuh Diri

Ditegur Lantaran Sering Main Pubg Mobile Remaja 17 Tahun Ini Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 343 hits
Haryana seorang remaja 17 tahun di Jind India bunuh diri setelah dilarang main PUBG Mobile oleh ibunya Sang ibu diduga mengambil paksa smartphone yang dipakai untuk main PUBG Mobile
Keputusan Kes Bunuh Zulfarhan Osman Tertuduh Perlu Bela Diri Atau Sebaliknya

Keputusan Kes Bunuh Zulfarhan Osman Tertuduh Perlu Bela Diri Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1970 hits
Masih ingatkah anda semua dengan kisah arwah Zulfarhan Osman yang di bunuh oleh rakan sekadet dengan tekapan seterika wap di badan serta dibelasah dua tahun dulu Kini keputusan sama ada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pe...
2 Gol Bunuh Diri Dari Psm Makassar Bawa Madura United Menangi Laga

2 Gol Bunuh Diri Dari Psm Makassar Bawa Madura United Menangi Laga

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 349 hits
Madura berhasil memetik poin sempurna pada laga pekan keenam Shopee Liga 1 2019 Kemenangan Madura United menghadapi PSM Makassar di Stadion Gelora Madura Pamekasan Kamis ini penuh keberuntungan karena dua gol yang mereka dapat dihasilkan da...
Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1405 hits
Kisah seram hostel ini bermula masa Sha mula mula masuk semester 1 Sha dapat bilik di blok Damai 3 aras 2 bilik 33 hostel pelajar perempuan Bilik yang Sha dapat ni bukan la berhantu Tapi bilik Sha berhadapan dengan bilik yang tak diketahui ...
Usai Tikam Istri Hingga Tewas Pria Di Indragiri Hulu Mencoba Bunuh Diri

Usai Tikam Istri Hingga Tewas Pria Di Indragiri Hulu Mencoba Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 326 hits
Dari hasil pemeriksaan saksi dan olah TKP penyebab kejadian adalah pertengkaran dalam keluarga
Tak Dibuatkan Obat Suami Tega Tusuk Istri Hingga Tewas Lalu Coba Bunuh Diri Usai Lakukan Aksinya

Tak Dibuatkan Obat Suami Tega Tusuk Istri Hingga Tewas Lalu Coba Bunuh Diri Usai Lakukan Aksinya

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 384 hits
Seorang pria tega membunuh sang istri karena sakit hati tidak dibuatkan obat kemudian mencoba bunuh diri Hal tersebut disampaikan oleh akun Facebook Kabar Berita Batang Cenakupada Sabtu Insiden tersebut terjadi di Desa Bandar Padang Kecamat...
Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 445 hits
Pastinya sudah sedia maklum bahawa Tabung Haji sentiasa menjadi instrumen pelaburan yang mengamalkan konsep Islam Jika dahulu ia hanya digunakan sebagai platform untuk orang ramai mengumpul wang untuk melaksanakan Rukun Islam kelima dan mem...
Takut Ditangkap Polisi Lantaran Ketahuan Mencuri Pemuda Ini Bunuh Diri

Takut Ditangkap Polisi Lantaran Ketahuan Mencuri Pemuda Ini Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 243 hits
Takut Ditangkap Polisi Lantaran Ketahuan Mencuri Pemuda Ini Bunuh Diri Tubuh Arif ditemukan pada Selasa sekitar pukul 08 00 Wib Di lehernya melingkar ikat pinggang yang ujungnya diikatkan ke plafon
Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

Kapasiti Terminal Sara Ditingkatkan 60 Peratus

Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

5 Polis Ditahan Sprm Disyaki Minta Suapan Rm9 000

Masak Ikan Kerapu Stim Hong Kong Daging Masak Halia

Pengawal Keselamatan Maut Motosikalnya Langgar Lori Tangki

Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Putrajaya Urged To Abolish Mp S Fixed Allowances To Avoid Similar Fall Out To Indonesia

Polis Siasat Skuter Elektrik Diguna Di Jalan Raya

Over 1 1 Million Sara Transactions Recorded On Sept 2 Rm75 3mil Spent Mof

Jangan Tiru Flexing Qarun Dampak Pamer Harta Di Media Sosial

Best Dinner Recipe Using Ground Turkey

Kejohanan Badminton Dunia Paris 2025