Hati Hati Dengan Penyakit Hati Tanda Syirik Kecil Dalam Diri Anda



“Eh, aku nak uploadlah gambar ini. Nampak cantikkan aku? Mesti dapat banyak like nanti.”
“Aku dapat 4 flat ni sebab aku sanggup bersekengkang mata, tak tidur malam. Bukan macam kau, asyik main game sahaja.”
“Aku lagi cerdik daripada Nurul. Dia siapa nak dibandingkan dengan aku?”
Mungkin dialog-dialog di atas pernah bermain di cuping-cuping telinga anda, bahkan banyak lagi yang sering kita dengar dan lihat, kebanyakannya adalah di media sosial. Atau mungkin diri sendiri pernah mengungkapkan kata-kata ini? Nauzubillahi minzalik. Semoga Allah jauhkan kita daripada penyakit hati ini.
Hati-hati dengan dialog-dialog sebegini, kerana ia mungkin membuktikan bahawa angkuh dan sombongnya kita terhadap Allah dengan sekelumit kelebihan yang dianugerahkan daripadaNya.
Riak, ujub dan takbur merupakan antara penyakit hati dan ia merupakan syirik kecil. Apa itu maksud ketiga-tiga penyakit hati ini dan bagaimana pula dengan syirik kecil? Ayuh kita dalami satu-persatu.
#1 – Riak
Menurut Imam Al-Ghazali, riak berada jauh di sudut hati manusia sendiri yang cuba untuk menunjuk-menunjuk hal kebaikan yang dilakukan. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa, kebaikan yang dipamerkan adalah untuk tujuan mendapat pujian dan dilihat baik oleh orang sekeliling.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka, bandingan orang itu adalah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Surah Al-Baqara, 2:264)
Para ulama’ juga ada yang membahaskan bahawa jika timbul walau sikit perasaan bangga diri dalam hati dan ia ditunjukkan dengan tujuan untuk mendapat pujian, maka ia adalah tergolong dalam kalangan riak.
#2 – Ujub
Ujub membawa maksud perasaan membangga diri dengan sesuatu kelebihan yang ada dan dirasakan tiada pada orang lain. Sebagai contoh, seseorang itu merasakan kecantikan dan kecerdikannya tidak dapat dilawan oleh sesiapa pun kerana hanya dia seorang sahaja yang mempunyai personaliti tersebut.
Menurut pandangan Imam Al-Ghazali, ia membawa maksud mengagungkan diri sendiri dengan perbuatan atau amal yang dilakukannya. Sebagai contoh, “aku ialah orang yang akan khatam Quran sebulan sekali, tiada siapa yang boleh melawan kehebatan aku mengaji”
Manakala, menurut Abdullah Ibn Mubarak dan Bisy bin Al-Hafi, ujub ialah merasa kelebihan yang ada pada dirinya tiada pada orang lain.
Melalui Kitab Tahzib Al-Akhlaq, segala jenis perkara yang boleh menjadikan diri sendiri bangga dan takbur, maka itulah yang dimaksudkan dengan ujub.
فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَ
Mafhum: “Maka, janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.” (Surah An-Najm, 53:32)

#3 – Takbur
Takbur atau sombong ialah sikap meninggi diri dengan sesuatu yang ada. Menurut Imam Al-Gahazali pula, gaya mereka yang takbur ini ialah dengan merasa dirinya sentiasa betul, susah untuk menerima teguran dan pandangan oran lain, namun apabila gilirannya untuk menegur, dia akan menegur dengan cara yang kurang baik.
Penyakit takbur ini kita boleh lihat sejak dari zaman Nabi Adam, iaitu Iblis dan kaumnya yang enggan sujud dan ingkar dengan arahan Allah dengan alasan mereka yang diciptakan daripada api adalah lebih berkuasa dan tinggi daripada manusia yang hanya diciptakan daripada tanah. Oleh disebabkan itulah, mereka telah dikeluarkan daripada syurga.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Mafhum: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan masuk nerakan jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40:60)
Apa Itu Syirik Kecil
Lalu, apa kaitannya penyakit hati ini dengan perbuatan syirik? Umum mengetahui bahawa syirik ialah menduakan Allah dengan melakukan pemujaan dan penyembahan berhala atau percaya kepada kuasa lain selain Allah. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan syirik kecil?
Syirik kecil atau syirik ashghar ialah suatu perbuatan yang berkait dengan hati kita sehingga dosa ini tidak dapat dilihat secara langsung.
Jika beribadah, kita mengharapkan pandangan dunia, bukan Allah. Jika berjaya, dirasakan kejayaannya datang seratus-peratus daripada usahanya, bukan dari Allah atau restu kedua ibu bapa. Jika mempunyai kecantikan, dirasakan hanya dia sahaja yang paling cantik dan tiada orang yang boleh melebihinya.
Para ulama’ juga membahaskan bahawa, ia boleh berlaku dengan hanya lintasan hati sahaja. Jika ada lintasan-lintasan seperti ini, maka perlulah bersegera kembali kepada Allah dengan istighfar dan memohon keampunanNya.
Walau bagaimanapun, jika kita beribadah kepada Allah tetapi dalam masa yang sama, kita juga meletakkan pengharapan untuk mendapatkan sesuatu, maka ia adalah tidak mengapa. Sebagai contoh, kita bangun solat hajat pada waktu malam untuk memohon agar dipermudahkan menjawab ujian, maka itu adalah tidak mengapa kerana ia adalah sama dengan konsep berdoa dan pergantungan kepada Allah.
Ia digelar sebagai syirik kerana secara tidak langsung ia boleh memesongkan akidah sendiri dan hati kita telah percaya selain daripada kuasa Allah.
Walau bagaimananapun, dari segi taubat dan keampunannya, para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum ini.
Ada sebahagian ulama’ yang berpendapat bahawa dosa syirik besar dan syirik kecil adalah dosa yang sama, dan cara untuk bertaubat adalah dengan melaksanakan taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh. Manakala, sebahagian jumhur ulama’ berpendapat bahawa dosa keduanya adalah tidak sama. Jika berlaku syirik kecil, cukuplah dengan bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Menurut pendapat yang pertama, ia diambil daripada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah iaitu:
وقد يقال الشرك لا يغفر منه شيء لا أكبر ولا أصغر على مقتضى عموم القرآن وإن كان صاحب الشرك الأصغر يموت مسلما لكن شركه لا يغفر له بل يعاقب عليه وإن دخل بعد ذلك الجنة
Maksud: “Ada yang mengatakan dosa syirik tidak ada yang diampuni, baik syirik besar mahupun syirik kecil berdasarkan keumuman dalil dari al-Quran. Meskipun pelaku syirik kecil mati dalam kondisi muslim, namun perbuatan syiriknya tidak akan diampuni. Akan tetapi dia akan dihukum meskipun setelah itu dia masuk syurga. (Ar-Rad ala al-Bakri, 1/301)
Manakala, untuk pendapat yang kedua, ia dilihat berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Ibnul Qayyim, iaitu:
فأما نجاسة الشرك فهي نوعان : نجاسة مغلظة ونجاسة مخففة فالمغلظة: الشرك الأكبر الذي لا يغفره الله عز وجل فإن الله لا يغفر أن يشرك به. والمخففة: الشرك الأصغر كيسير الرياء والتصنع للمخلوق والحلف به وخوفه ورجائه
Maksud: “Najis syirik ada dua: najis berat dan najis ringan. Najis berat ialah syirik besar yang tidak akan diampuni oleh Allah kerana Allah tidak akan mengampuni jika ia disekutukan. Sedangkan najis kecil ialah syirik kecil, seperti riya’, berpura-pura baik di hadapan makhluk atau bersumpah dengan nama makhluk atau takut serta berharap pada makhluk.” (Ightsatul Lahafan, 59)
Oleh itu, jumhur ulama’ berpendapat bahawa, istighfar dan solat taubat dengan bersungguh-sungguh agar dosa syirik itu diampunkan itu, adalah lebih afdal. Wallahu a’lam.
Kesimpulan
Jika dirasakan terdapat lintasan tersebut di hati kita, maka kita perlu bersegera kembali kepada Allah dan berusaha untuk mengelakkannya dengan istighfar. Hal ini kerana, istighfar merupakan sebaik-baik cara untuk menghapuskan titik hitam di hati dengan paling mudah.
Sumber: Mufti Wilayah
The post Hati-Hati Dengan Penyakit Hati – Tanda Syirik Kecil Dalam Diri Anda appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/hati-hati-dengan-penyakit-hati-tanda-syirik-kecil-dalam-diri-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Aktivis Ditemukan Tewas Bunuh Diri Waspada 5 Tanda Depresi Yang Jarang Disadari Ini

Lagi Aktivis Ditemukan Tewas Bunuh Diri Waspada 5 Tanda Depresi Yang Jarang Disadari Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 227 hits
Aktivis anti bunuh diri aja bisa depresi dan mengakhiri hidupnya jangan sampai kamu juga mengalami hal sama
Tidak Puas Hati Layanan Kasar Polis Selepas Enggan Tanda Tangan Saman

Tidak Puas Hati Layanan Kasar Polis Selepas Enggan Tanda Tangan Saman

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 274 hits
Seorang lelaki berasa kesal dan tidak puas hati dengan layanan polis yang didakwanya kasar semasa dia ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya di Jalan Batu Sinar berhampiran Jalan Universiti di Kampar baru baru ini Lelaki yang dikenal...
Suka Tengok Muka Kenal Bau Suara Tanda Si Kecil Mula Sayangkan Mama Papa

Suka Tengok Muka Kenal Bau Suara Tanda Si Kecil Mula Sayangkan Mama Papa

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 276 hits
Berbunga hati mama papa bila bayi mula tunjukkan yang dia sukakan anda Perhatikan 8 tanda ini Dia memang sedang obses tentang apa sahaja berkaitan anda Bayi ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa sayang dan sukanya kepada kita Bertuahlah ...
Kenangan Terkena Penyakit Hfmd Tanda Simptom Dan Apa Yang Perlu Dibuat Jika Terkena Hfmd

Kenangan Terkena Penyakit Hfmd Tanda Simptom Dan Apa Yang Perlu Dibuat Jika Terkena Hfmd

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 1742 hits
Apa itu HFMD Bermaksud hand foot mouth desease aka penyakit kaki tangan dan mulut Biasa terkena pada kanak kanak tapi tak ketinggalan juga kena pada orang dewasa termasuk la saya pada tahun 2015 Saya buat entri ni sebab keluar memori kat fb...
Diy Rak Troli Serbaguna Letak Kelengkapan Bayi Modal Kecil Hasilnya Puas Hati

Diy Rak Troli Serbaguna Letak Kelengkapan Bayi Modal Kecil Hasilnya Puas Hati

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 1248 hits
Rak serbaguna dengan modal yang kecil tapi hasilnya cukup puas hati Tak perlu nak beli yang mahal jika anda boleh buat sendiri Bukan sahaja boleh letak barangan kelengkapan atau pakaian bayi tapi rak beroda ini juga boleh diletakkan di ruan...
Anak Sapa Ni Lagi Video Budak Kecil Merayau Seorang Diri

Anak Sapa Ni Lagi Video Budak Kecil Merayau Seorang Diri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 464 hits
Anak Sapa Ni Lagi Video Budak Kecil Merayau Seorang Diri Semakin hari semakin banyak kes kelalaian ibu bapa meninggalkan anak kecil sendirian Ada yang tertinggal anak dalam kereta sorong bayi terlepas pandang anak keluar rumah berjalan seor...
4 Punca Terjadinya Renjatan Eletrik Kecil Pada Pc Atau Laptop

4 Punca Terjadinya Renjatan Eletrik Kecil Pada Pc Atau Laptop

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 442 hits
Renjatan Elektrik kecil pada laptop atau komputerSudah tentu ada yang pernah mengalami situasi ini dimana anda pernah menerima kejutan kecil ibarat gigitan semut apabila menyentuh laptop atau pc anda Hal ini berlaku kerana terdapatnya arus ...
10 Cabaran Perit Yang Dilalui Peniaga Kecil Untuk Berjaya Sanggup Atau Tidak Anda Tentukan

10 Cabaran Perit Yang Dilalui Peniaga Kecil Untuk Berjaya Sanggup Atau Tidak Anda Tentukan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 389 hits
Zaman ini golongan usahawan mudah yang sudah berjaya semakin ramai dan bisnes mereka ada di merata rata Seolah olah menjadi trend di mana golongan muda mula berniaga sejak di zaman universiti lagi Tapi pernahkah tak anda fikir tentang cabar...
Pensijilan Minyak Sawit Lestari Kerajaan Negeri Perlu Mudahkan Pekebun Kecil

Pensijilan Minyak Sawit Lestari Kerajaan Negeri Perlu Mudahkan Pekebun Kecil

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 386 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti