Doktor Jelaskan Ekzema Anak Boleh Di Kawal Dengan Rawat 3 Punca Ini Kering Radang Alahan


Dari jauh boleh nampak si anak yang berusia kira-kira 3 tahun itu tergaru-garu. Kulit di lengan dan kaki kering dan kasar serta kemerahan.
“Sila duduk puan, encik” saya mempersilakan ibu bapa pesakit duduk.
“Mungkin boleh pangku anak” saya mempelawa apabila melihat si anak malu-malu mahu duduk di kerusi pesakit.
“Jadi, klinik buat rujukan atas masalah kulit adik. Boleh mak ayah cerita sejak bila anak ada masalah kulit ni?” Saya memulakan pengambilan sejarah penyakit.
“Sejak dia baby lagi doktor. Dalam umur 3 bulan mula ada ruam, tergaru-garu. Pakai ubat sekejap hilang, kemudian dia mai balik”
“Ada apa-apa yang sebabkan gatal kulit itu makin teruk?”
“Kalau cuaca panas sangat, atau dia main berpeluh-peluh, dia akan jadi lagi teruk”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada masalah kulit yang sama?”

“Tak ada doktor”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada asthma, resdung, pagi-pagi bersin?”
“Saya doktor. Saya ada resdung, sekarang ada temujanji ENT” jawab si ayah.
“Apa punca penyakit ni doktor?”
“Ada makanan yang perlu kita elakkan?”
“Ada ubat yang boleh sembuhkan penyakit ini?”
Baik mak, ayah, mari saya terangkan.
Anak mak dan ayah menghidap eczema.
Ada pelbagai punca yang menyumbang ke arah pembentukan penyakit eczema.
Sejarah keluarga yang menghidap penyakit atopic (hypersensitive kepada faktor persekitaran seperti habuk, debu, panas, peluh). Penyakit-penyakit atopic termasuklah asthma dan resdung (allergic rhinitis)
Kulit pesakit eczema lebih kering berbanding kulit normal. Kulit mereka tidak ‘memegang’ lembapan dengan baik seperti kulit normal. Lembapan mudah tersejat dan menjadikan kulit tersebut kering dan gatal.
Kulit pesakit eczema juga mengalami radang/inflamasi. Radang tersebut dimanifestasi sebagai kemerahan dan kegatalan di permukaan kulit.
Kebanyakan pesakit bukan alah kepada makanan. Mereka sensitif kepada persekitaran seperti habuk, debu, perubahan cuaca dan sebagainya.
Tidak ada SATU saja punca khas yang boleh dielakkan untuk menyembuhkan penyakit eczema. Tidak ada SATU ubat yang boleh sembuhkan terus penyakit ini.
Kata kuncinya KAWAL. Dengan rawatan yang betul, kita boleh kawal penyakit ini daripada menjadi teruk.
Kita kena rawat tiga punca di atas. KERING. RADANG. ALAHAN.
KULIT KERING
Mak ayah, jangan pakaikan sabun antibakteria untuk anak. Sabun antibakteria boleh mengeringkan kulit, membuatkan kulit bertambah gatal.
Cukup guna sabun untuk bayi. Atau kalau mahu, gunakan sabun khas untuk kulit sensitif yang dijual di farmasi-farmasi.
Pelembap sangat penting. Sapukan pelembap pada kulit sekurang-kurangnya 3 kali sehari, lebih kalau kulit sangat kering.
Walaupun kulit tak merah dan gatal, pelembap wajib digunakan setiap hari untuk mengelakkan kulit kering kembali

RADANG
Ubat yang biasa kita guna untuk radang adalah ubat sapuan yang mengandungi steroid.
Mak ayah jangan risau bila dengar perkataan ‘steroid’, kita sesuaikan jenis steroid dengan jenis kulit dan keadaan penyakit.
Yang penting steroid digunakan dengan pemantauan daripada doktor.
Ubat steroid hanya digunakan ketika kulit gatal atau timbul ruam, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Jangan gunakan lebih daripada frekuensi yang diarahkan dan jangan gunakan di kawasan yang tidak dikhususkan.
Jika doktor kata krim ini hanya untuk bahagian muka, gunakan di muka sahaja. Jika hanya di badan, jangan sapu di muka. Kerana ketebalan kulit berlainan di bahagian tubuh yang berlainan. Penggunaan steroid secara melulu akan membawa kesan buruk kepada kulit
ALAHAN/ALERGI
Kulit pesakit eczema ini sensitif. Kulit pesakit eczema akan bertindakbalas kepada elemen-elemen yang tidak memberi kesan kepada kulit normal seperti habuk, debu, peluh, cuaca panas dan sebagainya.
Kurangkan pendedahan kepada elemen-elemen yang menyebabkan eczema mengganas.
Sekiranya terdedah kepada habuk dan peluh, cepat-cepat lap peluh dan cuci habuk tersebut.
Elakkan mainan/karpet yang berbulu-bulu serta minimakan sentuhan dengan binatang berbulu seperti kucing.
Boleh gunakan penghawa dingin untuk menyamankan suhu bilik tetapi jangan dipasang suhu yang terlalu sejuk kerana boleh menyebabkan kekeringan dan radang. Disyorkan suhu 23 darjah celcius ke atas.
Ini asas penjagaan kulit bagi pesakit eczema. Eczema mempunyai banyak ‘wajah’, setiap ‘wajah’ ada rawatan tertentu.
Yang penting mak ayah mesti ikut arahan rawatan untuk mengawal penyakit ini.
Ingat, tiada satu ubat ajaib untuk penyakit eczema!
Dr Huda Kamarudin
Pegawai Perubatan Dermatologi
Medical Mythbuster Malaysia
Sumber gambar: Mayo Clinic
The post Doktor Jelaskan Ekzema Anak Boleh Di Kawal Dengan Rawat 3 Punca Ini Kering, Radang, Alahan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/doktor-jelaskan-ekzema-anak-boleh-di-kawal-dengan-rawat-3-punca-ini-kering-radang-alahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Jika Anak Mengalami Alahan Makanan Jika Teruk Boleh Bawa Maut

Bahaya Jika Anak Mengalami Alahan Makanan Jika Teruk Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 380 hits
Alahan makanan bukanlah satu perkara yang perlu anda pandang ringan Ia boleh menyebabkan maut Ambil tahu 4 tanda anak mengalami alahan makanan ini Sesetengah simptom alahan makanan seakan akan sama dengan keracunan makanan Malah dek beberap...
Masalah Buried Penis Tak Boleh Sembarangan Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan

Masalah Buried Penis Tak Boleh Sembarangan Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 419 hits
Anak anak lelaki cenderung untuk mengalami masalah dengan penis mereka Tidak terkecuali adalah masalah Buried Penis atau hidden penis Dan anak yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti paling berisiko mengalami masalah ini M...
Suami Penting Masa Bersalin Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati

Suami Penting Masa Bersalin Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 524 hits
Perjuangan melahirkan anak bagi seorang wanita ibarat hidup dan mati Tak kira sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan Kedua dua sakit sama hanya cara saja yang berbeza Tiada apa yang diperlukan bagi wanita selain sokongan suami a...
Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan

Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 575 hits
Ada mama yang melahirkan kebimbangan sepanjang menyusukan anak selera makan menjadi jadi dan boleh di katakan agak luar biasa Ini menyebabkan berat badan semakin bertambah Adakah ini satu yang normal atau disebabkan oleh sebab lain Adakah i...
Lahirkan Anak Lelaki Lebih Mencabar Berbanding Anak Perempuan Benarkah Anak Lelaki Boleh Memendekkan Usia Ibu

Lahirkan Anak Lelaki Lebih Mencabar Berbanding Anak Perempuan Benarkah Anak Lelaki Boleh Memendekkan Usia Ibu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 930 hits
Melahirkan cahaya mata lelaki atau perempuan ada cabarannya tersendiri Namun perkongsian daripada perunding keibubapaan ini mendedahkan hasil dua kajian dari luar negara ini agak mengejutkan Kajian menunjukkan ibu melahirkan anak lelaki ber...
Mak Mak Tolong Sediakan Bekal Untuk Anak Boleh Tak Cikgu Ini Kongsi Apa Yang Terjadi Di Sekolah

Mak Mak Tolong Sediakan Bekal Untuk Anak Boleh Tak Cikgu Ini Kongsi Apa Yang Terjadi Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 736 hits
Mungkin ada anak anak terutama tahun satu yang masih lagi dalam sesi suai kenal dan pembelajaran untuk berdikari tambahan lagi ketika membeli makanan waktu rehat di kantin sekolah Beratur panjang itu kebiasaan lah sempat atau tak sempat mak...
Kecederaan Adib Disahkan Bukan Sebab Dipukol Ramai Tak Percaya Bila Pakar Forensik Ini Jelaskan Punca Sebenar

Kecederaan Adib Disahkan Bukan Sebab Dipukol Ramai Tak Percaya Bila Pakar Forensik Ini Jelaskan Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 332 hits
Seorang saksi pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat mengesahkan corak kecederaan pada badan arwah Muhammad Adib Mohd Kassim tidak bersepadanan akibat dipuk0l ditendang atau ditumb0k Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bertugas di Ja...
Anak 2 Tahun Patutnya Boleh Buat Ayat 2 Perkataan Dah Boleh Sebut 70 100 Perkataan

Anak 2 Tahun Patutnya Boleh Buat Ayat 2 Perkataan Dah Boleh Sebut 70 100 Perkataan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 265 hits
Bilangan perkataan yang boleh kanak kanak sebut akan bagi kesan berapa panjang ayat yang mereka boleh buat Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa kanak kanak 2 tahun patutnya sudah boleh buat ayat 2 perkataan Jadi bilangan perkataan yang merek...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye