Suami Penting Masa Bersalin Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati


Perjuangan melahirkan anak bagi seorang wanita ibarat hidup dan mati. Tak kira sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan. Kedua-dua sakit sama, hanya cara saja yang berbeza.
Tiada apa yang diperlukan bagi wanita selain sokongan suami atau ahli keluarga terdekat ketika saat nak bersalin.
Perkongsian dari seorang suami, Azlan Noor mengenai kenapa masa isteri nak melahirkan anak suami sangat diperlukan disisi ataupun ahli keluarga terdekat.
Kalau masa seronok boleh sama-sama, kenapa masa nak melahirkan, isteri kena tanggung seorang diri? Saya ada satu kisah.
Yang buatkan saya nekad untuk tak terlepas setiap kelahiran anak kami lagi.
Malam tu Surihati kejut,
“Papa, jom pergi hospital. Sakit makin kerap ni.”
Saya tenyeh-tenyeh mata dan tengok jam di henset. Pukul 1 pagi. Cepat-cepat saya bangkit dan bersiap ke hospital.
Sementara Surihati bersiap, saya angkat masuk kereta beg yang dia dah sediakan. Beg pakaian si ibu dan baby. Awal awal lagi dah standby sebab beberapa hari sebelum tu baby bagi false alarm. Haha.

Sampai di hospital, terus pergi ke tempat bersalin. Sementara Surihati duduk di kerusi sekejap, saya pergi daftar. Lepas beberapa minit, misi panggil masuk. Nak periksa bukaan. Tak lama lepas tu dia keluar. Perlahan langkahnya.
Masa duduk di kerusi tu, saya tengok mata dia pejam sambil muka berkerut. Tangan erat pegang kerusi. Saya tahu dia sedang tahan sakit. Tak lama lepas tu, misi datang dengan kerusi roda.
Angkut semua beg, misi tadi tolak sampai ke wad. Tukar baju hospital, letak beg, kemas barang semua. Masuk subuh tu pun Surihati belum masuk bilik bersalin sebab belum cukup bukaan lagi.
Pukul lapan pagi macam tu, baru dapat green light untuk ke bilik bersalin. Surihati terus ditolak masuk bilik. Saya diberi kad akses keluar masuk.
Di bilik, Surihati masih bertahan. Tenang wajahnya. Saya duduk disebelah kanan dia. Saya genggam erat tangan kanannya. Saya tahu dia dalam kesakitan. Saya ambil surah Yasin dan baca. Entah berapa kali ulang pun dah tak perasan.
Sesekali saya tengok muka dia. Jelas tanda keletihan. Masa tu contraction makin kerap. Ada ketika dia geliat menahan sakit. Dengan nafas turun naik yang makin laju, tiap kali sakit menyerang, dialihkan wajah ke sebelah sana.
Dahi dan atas bibirnya mula berpeluh. Saya gosok-gosok tangannya. Saya tahu itu tak beri apa-apa kesan, tapi saya percaya mental dia kuat bila saya ada bersama. Tiap kali sakit, tiap kali tulah dia ramas tangan saya. Dalam hati ni,
“Kalau itu boleh kurangkan sakitmu, buatlah apa sahaja sayang.”
Sesekali saya nampak ada air jernih mengalir dipipinya.
Tiba-tiba doktor datang. Dia periksa bukaan.
“Suami boleh tunggu di luar sekejap ye.”
Saya akur.
Beberapa minit lepas tu, doktor panggil.
Surihati dah sedia meneran. Saya pegang tangan dia untuk bagi semangat. Saya jadi saksi, betapa kuatnya dia usaha untuk lahirkan zuriat saya. Tudung dah senget benget. Muka pucat dengan peluh menitik di dahi.
Pembantu termasuk doktor juga bagi dorongan untuk meneran.
“Satu dua tiga, tarik nafas. Teran! Pandai! Sikit lagi.”
Lepas saya masuk tu, cukup tiga kali teran, Alhamdulillah anak ketiga kami selamat dilahirkan. Saya paling tak boleh lupa momen saya lihat anak itu diletakkan di dada Surihati. Allahu, air mata saya mengalir tanpa sedar.
Betapa saat hidup dan mati tu, Allah makbulkan doa untuk selamatkan isteri dan anak saya.

Tak henti-henti mulut saya ucap Alhamdulillah.
Masa tu teringat saat kelahiran anak pertama kami dulu sebab saya tak berpeluang untuk rasai pengalaman ni.
Dah dekat sangat dengan due bersalin, dapat arahan dari orang atasan. Kena outstation ke Jepun. Awal tu saya tolak. Tapi lepas bincang dengan bos, terpaksa pergi juga. Risau giler kot.
Hari kedua kat Jepun, dapat mesej dari Surihati katanya dah masuk hospital.
Allah.. Luluh hati saya.
Saya fikir satu je. Dah la anak pertama. Mana ada pengalaman bersalin. Dan dia terpaksa lalui seorang diri.
Terkulat-kulat saya dalam bilik hotel seorang diri. Sekejap duduk sekejap bangun. Serba tak kena. Mujurlah dia selamat lahirkan anak kami. Tak ada apa-apa masalah.
Cuma hingga sekarang, ralat masih ada dalam hati. Terfikir, kenapa tak tolak tawaran tu? Mungkin ada hikmah Allah nak bagi.
Lepas kejadian tu, saya nekad. Saya akan berada di sisi Surihati untuk kelahiran anak ke seterusnya. Biar saya sama-sama ada saat dia kesakitan.
Tak boleh saya bayangkan, jika Surihati kena lalui semua tu seorang diri lagi.
Saya tak sanggup.
Benar, bersalin tu adalah tugas yang Allah bagi khas buat wanita. Tapi sebagai suami, andalah yang patut temani isteri,
Sebagai tanggungjawab orang bawah tanggungan. Kalau kahwin boleh bersama, makan bersama, tidur bersama, berjalan bersama, kenapa masa melahirkan anak kita, kita tak nak bersama? Isteri akan rasa dihargai dan disayangi. Sama senang, sama susah. Akan timbul rasa sayang yang tebal kepada pasangan. Sokongan moral untuk hilangkan debar dan kurangkan kesakitan. Suami boleh pegang tangan untuk bagi semangat atau gosok belakang untuk kurangkan sakit. Juga boleh baca Selawat dan Zikir Nabi Yunus, atau Yasin. Boleh lembutkan hati suami yang keras bila lihat sendiri susah payah isteri melahirkan. Bila ingat momen tu, hati suami akan lembut. Suami akan lebih sayangkan isteri dan keluarganya.Percayalah, isteri tak perlukan orang lain waktu tu. Cukup suami tersayang ada disisi saat dia berjuang. Selepas sembilan bulan mengandung, inilah saat paling getir bagi seorang ibu. Masa ni lah nak buktikan kita pasangan sehidup semati. Kerana saat melahirkan zuriat itu, adalah saat antara hidup dan mati.
Sumber: Azlan Noor
 
The post Suami Penting Masa Bersalin. Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/suami-penting-masa-bersalin-tengok-isteri-melahirkan-anak-dah-boleh-lembutkan-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Sa Kit Sepanjang Hamil Bersalin Taruhkan Nyawa Masa Melahirkan Anak Bukan Hal Mudah Ustaz Ebit Lew

Isteri Sa Kit Sepanjang Hamil Bersalin Taruhkan Nyawa Masa Melahirkan Anak Bukan Hal Mudah Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 462 hits
Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang curang buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini Belajarlah ilmu rumahtan...
Sedih Bimbang Marah Sensitif Emosi Isteri Boleh Berubah Lepas Bersalin Perlu Sokongan Bantuan Suami

Sedih Bimbang Marah Sensitif Emosi Isteri Boleh Berubah Lepas Bersalin Perlu Sokongan Bantuan Suami

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 516 hits
Selepas bersalin emosi isteri boleh berubah selepas melalui pelbagai fasa kehamilan dan kelahiran Sokongan sifat memahami dan bantuan daripada suami amat diperlukan Selepas menempuhi proses kelahiran berjam jam lamanya melalui kesakitan unt...
Suami Doula Terbaik Temankan Isteri Masa Bersalin Dari Awal Hamil Dah Sama Sama Susah

Suami Doula Terbaik Temankan Isteri Masa Bersalin Dari Awal Hamil Dah Sama Sama Susah

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 410 hits
Doula atau suami Yang mana lebih baik Sebutlah apa pun tugas seorang Doula itu sebenarnya juga tugas seorang suami dan lebih lagi Berikut perkongsian dari suami yang juga suka menulis mengenai topik kekeluargaan hubungan suami isteri dan is...
Suami Isteri Larikan Anak Orang Berjaya Ditahan Di Ampang

Suami Isteri Larikan Anak Orang Berjaya Ditahan Di Ampang

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 260 hits
NORLIDA AKMAR IDROS 05 Mac 2019 11 01 PM LANGKAWI Pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak kanak perempuan berusia tiga t
Dulu Gaji Ngam Ngam Rezeki Anak Dapat Kerja Di Syarikat Ternama Yang Penting Jangan Lupa Isteri Anak Lepas Senang

Dulu Gaji Ngam Ngam Rezeki Anak Dapat Kerja Di Syarikat Ternama Yang Penting Jangan Lupa Isteri Anak Lepas Senang

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 390 hits
Anak merupakan anugerah dan pembawa rezeki dalam keluarga Setiap anak rezekinya berbeza beza Ramai yang takut untuk berkahwin malah ada yang sudah berkahwin tidak yakin untuk mempunyai anak kerana takut terbeban atau risau tidak mampu untuk...
Betty Rahmad Tahan Nafsu Nak Keluar Rumah Masa Pantang Suami Pula Dah Ada Plan Anak Kedua

Betty Rahmad Tahan Nafsu Nak Keluar Rumah Masa Pantang Suami Pula Dah Ada Plan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 521 hits
Betty yang kini berada di penghujung pantang selepas bersalinkan anak sulungnya Mengakui menahan rasa untuk keluar rumah ketika dalam tempoh bersalin Keluar dari rumah selepas tempoh tertentu menjadi satu amalan berpantang masyarakat Melayu...
Bahu Tersangkut Masa Bersalin Boleh Buat Bayi Cedera Otak Kurang Oksigen 7 Keadaaan Ini Berisiko

Bahu Tersangkut Masa Bersalin Boleh Buat Bayi Cedera Otak Kurang Oksigen 7 Keadaaan Ini Berisiko

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 399 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran Bayi patah tulang bahu cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya Menurut Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit P...
Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

Siapa Sangka Sebenarnya Isteri Dua Kali Ganda Stress Layan Suami Berbanding Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 595 hits
Mana tak stress anak baru 2 tapi isteri jaga macam anak dah 3 orang Bukan makan minum pakai dan tidur anak je kena fikir suami punya pun isteri kena fikir juga Dia la pembantu rumah jururawat guru pemandu tukang masak tukang main dengan ana...
Benda Simple Suami Patut Buat Pada Isteri Dari Hidup Berdua Hingga Dapat Anak

Benda Simple Suami Patut Buat Pada Isteri Dari Hidup Berdua Hingga Dapat Anak

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 435 hits
Tanyalah mana mana isteri perkataan pertama yang keluar dari mulut isteri bila ditanya apa yang diinginkan daripada seorang suami adalah memahami ringan tulang dan boleh membimbing Tiga ciri ini jika ada kira lengkap dan boleh mengembirakan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord