Mak Mak Tolong Sediakan Bekal Untuk Anak Boleh Tak Cikgu Ini Kongsi Apa Yang Terjadi Di Sekolah


Mungkin ada anak-anak terutama tahun satu yang masih lagi dalam sesi suai kenal dan pembelajaran untuk berdikari tambahan lagi ketika membeli makanan waktu rehat di kantin sekolah. Beratur panjang itu kebiasaan lah, sempat atau tak sempat makan itu lagi haru.
Mak-mak mungkin boleh ambil inisiatif bagi memudahkan anak-anak kita tidak kelaparan semasa sesi pembelajaran. Mari kita hadam perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang sangat menyentuh hati dan mungkin boleh membuka mata mak ayah.
Perkara yang sering kita terlepas pandang. Tolong jangan biarkan anak-anak kelaparan lagi. :'(
Hari pertama persekolahan, ramai sangat murid tak sempat makan. Bukan murid tahun satu saja tau, anak-anak tahun dua dan tiga pun ramai tak sempat makan.
Lebih malang, ada ibu bapa tak tahu anak-anak mereka kelaparan di sekolah sebab lupa bertanya atau anak pulang dah tertidur kepenatan. Lagi sedih. Tolong tanya anak ya mereka makan atau tak di sekolah.
Punca utama murid tak sempat makan sebab kantin terlampau sesak dengan ibubapa. Nak beratur bukan main lama, last-last loceng tamat rehat berdering dan murid pulang ke kelas dengan kelaparan. Antara punca yang lain anak tak makan ialah makanan di kantin habis. Kena tapau dan makan oleh penjaga/ibu bapa yang datang menunggu anak-anak.
Pengusaha kantin buat makanan dah cukup untuk murid sebenarnya, namun bila di serbu oleh ibu bapa memang tak cukup makanan untuk murid. Hal ni kerap juga berlaku di awal-awal hari persekolahan. Mak-mak, tolong sediakan bekal untuk anak-anak boleh tak?
Buat la bekal apa pun, yang simple pun okey. Asalkan mengenyangkan dan berkhasiat. Dan kalau boleh, buat lebih sikit dan suruh anak kongsi dengan kawan-kawan dia.
Makan berkongsi ni selera dia lain macam. Seronok sungguh! Yang makan berselera, yang menyediakan pun rasa bahagia. Kan? Jika terlampau sibuk, bekalkan anak dengan buah dan roti gardenia pun okey dah. Air masak jangan di lupa pula. Ramai kawan-kawan aku mengadu anak tak makan hari ini. Kesiannya budak kecil terpaksa menahan lapar akibat kerakusan orang lain.  Aku kalau tahu ada murid aku tak makan, meski pun waktu rehat dah tamat aku akan suruh murid makan dahulu. Aku bagi kebenaran khas untuk mereka makan diluar waktu rehat.
Orang yang pernah merasa peritnya menahan kelaparan takkan cuba biarkan orang lain merasa pengalaman itu. Sungguh! Jadi mak-mak sekalian, walau hari dah malam dan tak sempat nak buat bekal apa dah, pergi kedai jap beli roti ke buah ke, muffin ke. Bekalkan anak, minta juga mereka kongsi dengan kawan-kawan. Dah, tak payah main Fb lagi, pergi buat bekal cepat.
Ibu Ini Kongsikan Tips Bagaimana Mengurus Dapur Sehingga Dapat Buat Bekal Untuk Anak Setiap HariSetiap ibu pastinya sibuk melakukan kerja-kerja yang kadang-kadang tidak sempat membuat segalanya dengan sempurna. Dan kaum ibu juga ada pelbagai cara bagi melebngkapkan segala keperluan rumahtangga baik untuk suami dan juga anak-anak. Kali ini mari kita lihat perkongsian seorang ibu yang bernama Maslinda Mahat ini tentang bagaimana dia menguruskan rumahtangganya seharian. Satu perkongsian yang baik dari beliau. Mari kita baca.
Disebabkan akak banyak terima soalan, bagaimana akak uruskan dapur akak sampai akak boleh bekalkan anak-anak akak setiap hari, akak rasa ada bagusnya kalau akak kongsi tips dengan adik-adik semua. Manalah tahu perkongsian ini dapat jadi motivasi kepada adik-adik kan!
.
Setiap hari akak memang bangun 4.30am dan ada satu jam sahaja masa untuk siapkan bekal sarapan, lunch dan dinner kami sekeluarga. Tepat 5.30am memang dah kena berhenti memasak sebab akak keluar ke pejabat jam 6.15am. Jadi masa 1 jam tu memang perlu digunakan sebaiknya. Bila dinner nanti panaskan je lauk yang masak pagi tu, tapi sayur memang masak yang baru la.
1. Sabtu atau ahad adalah masa untuk beli barang dapur.
Kalau ayam daging udang ikan, akak memang beli cukup untuk seminggu. Bila dah balik dari pasar, pastikan bahan yang dibeli tu siap dibersihkan, baru simpan dalam peti ais. Ikan perlu disiang, udang perlu dibuang kulit, daging perlu direbus, ayam perlu dipotong kecil. Lepas tu simpan ikut portion memasak sekeluarga. Penggunaan Tupperware Freezermate memang sangat membantu sebab semua bahan masakan tu kekal segar walaupun ada yang terbabas disimpan lebih 2 minggu. Freezermate tu ada macam-macam saiz, adik pilih je nak yang macamana. Saiz 650mL tu so far paling akak suka.
2. Kalau ada beli ayam, bahagian dada tu boleh kisarkan untuk jadi bahan penambah perasa bila memasak.
Kalau ada daging lembu pun sama. Kisarlah guna Tupperware Fusion Master ke atau apa juga jenama Food Processor yang adik-adik ada. Bila rebus daging guna pressure cooker, air rebusan tu pun simpan dalam bekas & bekukan. Masakan adik-adik memang akan jadi sangat sedap bila campur dengan bahan-bahan macam ni. Air rebusan simpan dalam Freezermate yang besar pun takpe sebab bila freeze-thaw ulang-ulang kali pun tak menjejaskan rasa dia.
3. Sayur-sayuran selalunya akak beli cukup untuk 3 hari je.
Sayur yang wajib ada dalam peti ais akak adalah salad, tomato, capsicum, cauliower, carrot dan kobis. Ni semua sayur versatile yang tak cepat layu dan adik-adik boleh sediakan dengan cepat. Makan mentah boleh, rendam air panas pun boleh.
4. Penggunaan cili boh untuk memasak sangat penting.
Jadi akak akan buat stok cili boh tahan sampai 2 minggu. Caranya: Blender cili kering (yang direbus dahulu) sekali dengan bawang, halia, belacan dan guna minyak sebagai cecair pelincir. Kalau kisar guna air, cili boh takkan tahan lama. Blender halus lepas tu simpan dalam Tupperware Freezermate saiz 650mL x 2 bekas atau Tupperware Snowakes 800mL, dan letak dalam peti ais bahagian dingin, bukan beku. Selalunya akak simpan 3 minggu pun masih tak berkulat. Kalau ada air sikit-sikit tu buang je bila nampak.
5. Ada sesetengah orang suka kisar bawang dan halia siap-siap.
Tapi akak tak buat macam tu. Akak memang kupas masa pagi nak memasak. Kenapa? Takde sebab apa pun, masingmasing punya cara. Jadi jangan tanya akak tau bawang kisar atau bawang siap kupas boleh simpan berapa lama. Akak memang tiada jawapan!
6. Dari segi agihan masa memasak, selalunya akak akan masak air panas dulu.
Satu sebab nak minum air panas melegakan dahaga masa memasak. Satu sebab kadang-kadang nak cepat siapkan bahan berkuah. Lepas tu, akak akan tanak nasi dan lepas tu kupas bawang. Masa kupas tu terus kupas untuk jumlah yang diguna pagi tu. Jangan buat kerja ulang-ulang!
7. Bila memasak, gunakan semua dapur yang ada.
Kalau adik-adik ada 4 tungku dapur, maka gunalah semua. Tapi guna api perlahan lah kalau tak biasa nak coordinate 4 tungku serentak. Kalau ada 2 gunalah jelah 2 tu. Guna konsep multi-tasking. Sambil memasak sambil potong sayur atau bahan lain. Sambil masak lauk lunch sambil masak breakfast. Jangan adik-adik dok tenung je satu masakan tu sampai masak!
8. Gunakan semua gadget yang boleh membantu adik-adik tangkas memasak.
Kalau ada Periuk Noxxa ke Tupperware Black Series ke Tefal Non-Stick Pan ke, Turbo Chopper ke, Pie Maker ke, apa sahajalah. Semua gadget-gadget ni perlu digunakan sepenuhnya, jangan simpan jadi tukun tiruan!
9. Ada sesetengah orang akan sediakan bahan masakan malam sebelum tidur untuk jimat masa pagi tu.
Akak tak buat macam tu. Malam-malam sebelum tidur akak cuma rancang esok pagi nak buat bekal apa dan thaw bahan-bahan yang sepatutnya. Tapi ini pilihan masing-masing, so terpulang pada adik-adik ya.
10. Satu bahan yang paling versatile untuk buat bekal sarapan adalah telur.
Akak memang beli terus sepapan untuk dua minggu. Lagi satu, roti. Kombinasi dua ni sebagai bekal memang paling senang dan boleh dipelbagaikan.
11. Akak juga bagi peluang anak-anak dan suami akak untuk order bekal mereka.
Tapi bukan order serentak sebab akak tetapkan, semua orang akan makan bekal yang sama. Jadi mereka akan berpeluang makan bekal favourite mereka ikut giliran. Dengan adanya idea dari diorang, sekurang-kurangnya akak dah tak payah pening kir nak masak apa!  Apa yang paling penting, untuk konsisten memasak setiap pagi tu memang perlukan motivasi yang sangat tinggi.
Jangan bandingkan akak yang boleh memasak bfast lunch dinner sekaligus dengan adik-adik yang baru mula nak buat bekal anak-anak. Start slow but consistent. Akak ni, mak akak dah latih akak memasak untuk mak ayah adik-adik akak sejak akak sekolah menengah. Jadi kalau adik-adik baru nak jadikan ini rutin, jangan bandingkan diri adik dengan akak. Simpan rasa kagum sekadar untuk jadikan motivasi, bukan untuk bebankan diri.
Macam akak, masa akak mula-mula kawin dulu, akak buatkan suami bekal sebab tu permintaan suami akak. Tapi bila Amirah lahir, suami dah drop permintaan tu, tapi akak pula yang akan rasa menyesal bila tak memasak. Rasa menyesal sebab bila tengahari akak nak kena ke kantin untuk makan, lauk di kantin selalu mengecewakan. Ada masanya akak malas nak ke kantin dan makan maggie atau quaker oat dengan rasa loser habis. Nak sangat tido sedap pagi tadi kan, haa menghadap maggie/quaker oat la akak! Akak paling malas nak keluar Kos untuk lunch, penat!
Jangan lupa, akak juga manusia biasa yang kadang-kadang akan ada rasa malas yang teramat sangat. Ada sesetengah pagi tu akak boleh pulak melopong atas katil cari kekuatan nak memasak, ada sesetengah pagi yang akan akan matikan Loceng jam dan set semula untuk tido sampai cukup-cukup masa mandi pergi kerja je. Itu sangat normal ye adik-adik.
Jadi jangan rasa stress bila ada mood macam ni. Adik-adik standby je roti krim atau roti manis sekali dengan susu kotak, sebagai ganti bekal untuk mereka. Balik kerja petang nanti, memasaklah kita lepas penat redah jem. Kot malas jugak, beli jelah lauk kedai. Haha!
Lagi satu yang menjadi motivasi akak adalah apabila balik kerja petang-petang, anak-anak akak akan puji bekal akak tu. Kalau suami pun puji sama, lagi nak melompat rasanya. Terus rasa penat memasak tu akan hilang. Tapi ada masamasanya mereka juga akan kritik hidangan akak. Tapi akak akan berlapang dada, sebab akak cakap dalam diri, sekurangkurangnya akak dah tunaikan tanggungjawab akak sediakan makanan yang bersih dan sihat dari rumah.
So itu jelah perkongsian akak. Semoga mendapat manfaat. Kalau nak share, silakan

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/mak-mak-tolong-sediakan-bekal-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Tak Beri Aku Tak Nak Kawan Anak Mengadu Sering Diugut Kawan Sekolah Cikgu Ajar Ibu Bapa Cara Mengatasinya

Kau Tak Beri Aku Tak Nak Kawan Anak Mengadu Sering Diugut Kawan Sekolah Cikgu Ajar Ibu Bapa Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 743 hits
Kau tak beri aku tak nak kawan Anak mengadu sering diugut kawan sekolah cikgu ajar ibu bapa cara mengatasinyaKejadian barang atau wang belanja anak selalu diambil oleh rakan sekelas kerap berlaku terutamanya pada murid tahap satu di mana me...
Tak Perlu Fikir Bekal Beratur Waktu Rehat Inisiatif Kantin Sekolah Ini Boleh Ditiru

Tak Perlu Fikir Bekal Beratur Waktu Rehat Inisiatif Kantin Sekolah Ini Boleh Ditiru

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 435 hits
Pemakanan anak perlu dititikberatkan Minda yang cerdas memerlukan pemakanan seimbang dan nutrien penting Apa yang dilakukan ini membantu kanak kanak mendapat sajian yang berkhasiat di sekolah Bagi murid sekolah cara penyediaan makanan ini p...
Betul Ke Orang Cakap Anak Boy Ni Terlebih Manja Dengan Mak Nya Niena Kongsi Gambarnya Anak Curi Perhatian

Betul Ke Orang Cakap Anak Boy Ni Terlebih Manja Dengan Mak Nya Niena Kongsi Gambarnya Anak Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 373 hits
Pelakon Datin Niena Baharun berkongsi beberapa keping foto bayinya di akaun Instagram setelah hampir 5 bulan melahirkan Menerusi entri di IG Niena berkongsi wajah terbaru anaknya Insta ni Macam dah berhabuk je kita belanja gambar anak bujan...
Irt Di Pelalawan Dibunuh Perampok Saat Antar Sekolah Anak Pulang Mengadu Ke Ayah

Irt Di Pelalawan Dibunuh Perampok Saat Antar Sekolah Anak Pulang Mengadu Ke Ayah

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 245 hits
Kapolres Pelalawan AKBP Kaswandi Irwan mengatakan pelaku perampokan tersebut berjumlah dua orang Yakni inisial BS dan MP warga Kelurahan Bandar Sei Kijang
Murid Sekolah Boleh Saman Kilang Cemar Sisa Toksik

Murid Sekolah Boleh Saman Kilang Cemar Sisa Toksik

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 449 hits
Imej via Jumpa Kat MahkamahPenduduk Pasir Gudang boleh fail saman ke atas kilang yang melepaskan bahan sisa toksik sehingga menyebabkan ramai yang dimasukkan ke dalam hospital akibat insiden itu Malah pelajar juga boleh menyaman kilang terb...
Sayangkan Anak Bukan Tak Boleh Marah Atau Larang Cuma Ada Caranya Nak Marah

Sayangkan Anak Bukan Tak Boleh Marah Atau Larang Cuma Ada Caranya Nak Marah

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 291 hits
Sayangkan anak bukan bermaksud kita tak boleh marah atau larang Cuma kita perlu belajar cara marah dan melarang yang boleh membantu anak anak kita jadi lebih berupaya dan sayang diri dia dan kita Caranya mudah sahaja seperti yang dikongsika...
Botol Susu Anak Mesti Bebas Bpa Keruh Tercalar Tanda Rosak Tak Boleh Diguna Lagi

Botol Susu Anak Mesti Bebas Bpa Keruh Tercalar Tanda Rosak Tak Boleh Diguna Lagi

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 632 hits
Memilih botol susu untuk si manja yang bersesuaian dengan selera anak pasti agak sukar Tapi pastikan botol yang dipilih selamat tepat dan praktikal untuk si kecil Mama papa perlu ambil langkah berhati hati dalam memilih botol susu untuk ana...
Semua Anak Pandai Dan Ada Potensi Besar Anda Boleh Guna 6 Strategi Hebat Ini Untuk Galak Semangat Mereka Terus Belajar

Semua Anak Pandai Dan Ada Potensi Besar Anda Boleh Guna 6 Strategi Hebat Ini Untuk Galak Semangat Mereka Terus Belajar

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 349 hits
Anak anak yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak dilahirkan terus bijak Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri serta keinginan anak untuk belajar Perhatikan potensi dan tahap kemampuan anak anda dan beri sokongan ke...
Pelajar Sekolah Di Serang Gara Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Di Serang Gara Gara Tolak Sertai Kongsi Gelap

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 340 hits
SHAH ALAM Akibat menolak menyertai kumpulan kongsi gelap menjadi punca seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Setia Alam di sini yang diserang empat lelaki Isnin lalu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib...
Pakaian Pengantin Traditional Minang

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 30 Januari 2025 Hingga 5 Februari 2025

Jom Cari Kerja How To Find Jobs In Malaysia With Google