Doktor Dedah Cerita Pemuda Aktif Tak Merokok Tapi Hidap Sakit Jantung Troponin Lagi Tinggi Dari Pesakit Di Icu


Berdasarkan kajian pada 2014 yang dilaporkan oleh American Heart Association, penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian secara global dengan lebih 17.6 juta kematian setahun pada 2016 dan dijangka akan meningkat melebihi 23.6 juta pada tahun 2030.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, purata umur pesakit jantung di Malaysia adalah 59 tahun, iaitu lima hingga enam tahun lebih muda berbanding pesakit di negara maju.
Katanya, kebanyakan faktor risiko penyakit ini berkait rapat dengan gaya hidup seseorang dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti dan merokok.
Gambar hiasan. (Kredit: Penn Medicine) Walaubagaimanapun, ada individu yang dilihat mempunyai risiko rendah mahupun mustahil untuk sakit jantung, namun masih terkena serangan jantung.
Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pakar An-Nur, Dato’ Dr Oteh Maskon baru-baru ini berkongsi pengalamannya merawat seorang pesakit berusia awal 40-an yang mengalami serangan jantung walaupun mempunyai risiko rendah untuk sakit jantung. Jom baca perkongsiannya.
Diam-diam koronari, rupanya dah tak berisi Tersentak aku.. Berpuluh tahun jadi doktor masih tak lekang dari mendapat kejutan di hujung minggu macam ni.
Pengunjung klinik seterusnya seorang lelaki muda baru melepasi umur 40 hadir untuk rawatan susulan. Sudah dua kali diperiksa sebelum ini – aku menulis dalam rekod – risiko rendah untuk sakit jantung.
Beliau pertama datang lebih sebulan lalu selepas beberapa hari mengadu sakit dada.
Semasa diperiksa sakit sudah tiada, ‘ECG‘ tidak menunjukkan petanda serangan jantung, ujian senaman ‘clear’. Beliau ada darah tinggi dan kolesterol, keduanya terkawal malah kolesterol rendah. Tiada sejarah keluarga, tak merokok. Keputusan ujian radang darah ‘hsCRP’ pun rendah. Patut lah aku tulis risiko rendah.
Ujian mengesan saluran koronari sempit “Saya nak buat ujian Calcium Score” anjur ku, yang telah memesan ujian khas ini untuk beberapa ramai pesakit kerana ‘magic’ ujian ini yang dapat mengesan saluran koronari sempit.
Mendakan kalsium di dalam salur darah. (Kredit: Diagnostic Imaging Service) Ujian ini lebih untuk mengesahkan keputusan stress test yang negatif. Kalau calcium 0, kemungkinan saluran koronari sempit adalah amat rendah.
Aku mulakan bicara “Tuan, kalau ikut ujian calcium ni tak berapa tinggi (kurang 100), tapi pada usia muda macam tuan ia dianggap agak tinggi..”
R mencelah “Doktor, semalam sakit dada tu datang balik, berpeluh saya.”
Aku pandang beliau, nampak ok saja. Datang pun sendiri dan tak nampak dalam kesakitan, malah setiap ayat diikuti senyuman.
Memang aku dah plan dalam kepala, congak-congak walaupun risiko rendah, kalau berlaku sakit dada lagi, dengan bacaan calcium yang lebih dari 0, memang patut buat angiogram atau menggunakan CT scan angiogram.
Tapi untuk hari ini, hmmm simptom berulang.
“Ada lagi ke sakit ni?” Tanyaku nak kepastian.
R menjawab sambil senyum,”Ada lagi doktor, masih terasa,” tak nampak langsung tanda-tanda sedang kesakitan. Mungkin sakit otot atau tulang dada biasa.
Ulang test kali kedua Ulang kembali – stress test negatif, faktor risiko tak ada atau dah terkawal, tiada sejarah keluarga, kalsium pun taklah terlalu tinggi.
“Kita buat ECG hari ini, tambah test darah ye,” cadangku. “Tapi kena tunggu keputusan keluar.” Berapa kali berlaku doktor tersilap, ‘miss’ diagnosis serangan jantung. Walaupun anak muda ni nampak tak mungkin ada heart attack, tapi ‘just to be on the safe side’ biarlah jelas. Ulang test yang penting, kalau negatif boleh pulang.
“Doktor, tak ada orang nak buat ECG ni, kita suruh pesakit balik dulu, datang kemudian ye,” saran pembantu klinik – beliau bertugas mengganti pembantu klinik tetap yang bercuti hari ini.
Aku geleng kepala.
“Mana boleh! Hantar pesakit ke Kecemasan sekarang untuk buat ECG. On the way tu, ambil darah dulu.”
“Baik doktor.” beliau akur, ish garang juga doktor ni, dengarnya baik tak pernah marah-marah – agaknya itu yang terngiang di benak beliau.
Lepas aku selesai makan tengahari, sedang sibuk mengurus pesakit lain di ICU, pembantu telefon beritahu ECG dah siap.
“Tolong check result darah sekali ye, dah siap saya datang.”
Selang beberapa minit beliau telefon lagi beritahu result siap. Aku habiskan kerja di wad.
Selesai di ICU aku berjalan menuju ke klinik, dalam hati fikir – tak lama ni, result keduanya negatif, boleh discaj pesakit, selesai tugas harini.
R duduk di sofa tenang menanti, aku ambil fail dari pembantu sambil berjalan menuju bilik konsultansi. Imbas pandang ECG nampak ok.
R ambil tempat semula dan duduk menunggu aku membuka mulut.
Tersentak aku bila pandang keputusan ‘troponin I’ – tak percaya! Tahap darah troponin beliau terlalu tinggi, malah lebih tinggi dari ketiga-tiga pesakit ku di ICU!!!
*Secara umum, troponin yang tinggi menunjukkan kerosakan pada jantung, berkemungkinan disebabkan saluran tersumbat atau tekanan terhadap organ tersebut. Namun, ada peningkatan troponin disebabkan kondisi lain selain masalah jantung.
“Ada heart attack,” jawabku mula memberi penerangan. ECG ok, tapi ujian darah confirm heart attack. Mungkin sikit saja atau saluran kecil, jelasku pada R. Kebiasaannya begitu bila tiada perubahan ketara pada ECG ‘NSTEMI’ seperti ini.
Tapi jangkaan ku meleset sama sekali. Dalam usia muda, faktor risiko terkawal, tiada kencing manis, tak merokok, tiada sejarah keluarga, stress test negatif.. Penemuan angiogram jantung amat mengejutkan:
Dua saluran sumbat (block), satu lagi sempit.
Rawatan ‘angioplasty’ dijalankan untuk saluran sumbat ‘culprit’ yang menyebabkan heart attack, sebiji ‘drug-eluting’ sten dimasukkan ke saluran circumflex/OM. Dua saluran lagi ditangguhkan, untuk dirawat kemudian nanti atau mungkin kena bypass.
Rawatan angioplasti merupakan kaedah untuk ‘membuka’ saluran yang tersumbat. (Kredit: John Hopkins Medicine) Hmmm tak sangka…diam-diam koronari, rupanya dah tak berisi…itulah pepatah pujangga hari ini.
Tuan-tuan, puan-puan, sakit jantung boleh mengenai sesiapa, malah pada usia muda. Kalau ada faktor risiko jantung, apatah lagi, jangan ambil ringan.
Jantung sihat, badan kuat, elok ibadat, dapat terus berbakti untuk umat.
Sumber: Oteh Maskon, American Heart Association, Bernama, My Heart


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/17/dada-kerap-sakit-doktor-dedah-cerita-pemuda-aktif-tak-merokok-hidap-sakit-jantung-lagi-teruk-dari-pesakit-di-icu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Guna Cabut Gigi Tapi Nyawa Melayang Doktor Kongsi Risiko Cabut Gigi Ketika Tekanan Darah Dan Paras Gula Tinggi

Apa Guna Cabut Gigi Tapi Nyawa Melayang Doktor Kongsi Risiko Cabut Gigi Ketika Tekanan Darah Dan Paras Gula Tinggi

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 296 hits
Pengetahuan kita sebagai orang awam terhad dalam aspek kesihatan Oleh itu kita harus mendengar nasihat pengamal perubatan agar kita tidak membahayakan diri sendiri tanpa sedar Tahukah anda mencabut gigi ketika anda mengalami tekanan dan kan...
Doktor Berpelajaran Tinggi Tapi Lagi Bodoh Dari Lembu

Doktor Berpelajaran Tinggi Tapi Lagi Bodoh Dari Lembu

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 841 hits
Memang senang jela dia terlepas Netizen Bengang Polis Bebaskan Lelaki Pukul Bekas Isteri MentuaBaru baru ni viral kisah seorang doktor serang dan pukul bekas isteri serta bapa mentua di tempat awam hingga menyebabkan kecederaan Difahamkan m...
Emak Sakit Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab Last Last Pergi Hospital Sendiri

Emak Sakit Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab Last Last Pergi Hospital Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 489 hits
Sejak kecil kita dijaga dengan penuh kasih dan sayang oleh ibu bapa malah mereka akan pastikan tidak ada secalit kesan calar pun pada badan kita Namun bila kita dah besar mereka pula menginjak usia tua adakah kita curahkan bakti yang sama S...
Sakit Hati Pemuda 20 Tahun Di Garut Bakar Nenek Di Gubuk

Sakit Hati Pemuda 20 Tahun Di Garut Bakar Nenek Di Gubuk

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 261 hits
Warga Kecamatan Banjarwangi Kabupaten Garut sempat kaget karena gubuk yang berada di area sawah tiba tiba terbakar Sabtu Namun setelah api padam warga menemukan jasad seorang nenek bernama Iyah
Atok Sakit Tapi Aqil Pergi Dulu Keluarga Hiba Ziarah Atok Bertukar Tragedi Cucu Kesayangan Mati Lemas Dalam Kolam Hotel

Atok Sakit Tapi Aqil Pergi Dulu Keluarga Hiba Ziarah Atok Bertukar Tragedi Cucu Kesayangan Mati Lemas Dalam Kolam Hotel

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 318 hits
Ajal tak mengenal usia dan datangnya selalu tiba tiba Sebagai ahli keluarga pemergian seseorang tanpa dijangka pastinya amat menyakitkan Seorang pengguna Facebook berkongsi kisah anak saudaranya Aqil 5 tahun yang terkorban akibat lemas keti...
Duit Tak Cukup Bapa Bawa Anak Sakit Jantung Naik Motor Dari Ijn Balik T Ganu

Duit Tak Cukup Bapa Bawa Anak Sakit Jantung Naik Motor Dari Ijn Balik T Ganu

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 302 hits
Dugaan dan cabaran hidup setiap orang adalah berbeza beza Kadang kala ada sesetengah individu diuji dengan begitu besar cabaran namun masih lagi mampu tersenyum serta berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan Hal ini ...
Usai Berhenti Merokok Berapa Lama Waktu Hingga Jantung Kembali Pulih

Usai Berhenti Merokok Berapa Lama Waktu Hingga Jantung Kembali Pulih

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 211 hits
Ketika kamu berhenti merokok kondisi jantungmu bakal kembali seperti sebelumnya Namun untuk membuatnya pulih sepenuhnya membutuhkan waktu setidaknya 15 tahun
Pemergian Arwah Menyedihkan Tapi Cara Allah Sambut Arwah Aku Dah Nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah Zahir

Pemergian Arwah Menyedihkan Tapi Cara Allah Sambut Arwah Aku Dah Nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah Zahir

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 2483 hits
Pemergian arwah menyedihkan Tapi cara Allah sambut arwah aku dah nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah ZahirPilunya apabila bayi 6 bulan tidak lagi merasa pelukan si ayah Malah empat adik beradik yang lain juga tidak akan lagi merasa k...
Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 510 hits
Masalah angin pasang yang sering terjadi kepada anak kecil kita selalu dipandang ringan oleh masyarakat Hakikatnya jika dibiarkan akan menjadi ketidakselesaan kepada kesihatan anak kecil kita Masyarakat kita umumnya menamakan penyakit Ingui...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua