Atok Sakit Tapi Aqil Pergi Dulu Keluarga Hiba Ziarah Atok Bertukar Tragedi Cucu Kesayangan Mati Lemas Dalam Kolam Hotel


Ajal tak mengenal usia dan datangnya selalu tiba-tiba. Sebagai ahli keluarga, pemergian seseorang tanpa dijangka pastinya amat menyakitkan.
Seorang pengguna Facebook, Siti Azlina Lynn berkongsi kisah anak saudaranya, Aqil, 5 tahun, yang terkorban akibat lemas ketika menginap di sebuah hotel berhampiran hospital tempat datuknya dirawat baru-baru ini.
Perginya takkan kembali, perjalanan Aqil anak syurga Acik rindu aqil, aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir Aqil sayang. Ceritanya begini. Kami bukan pergi holiday atau suka suka sebenarnya.
Gambar: Siti Azlina Lynn Abah masuk wad, jadinya aku ambil keputusan untuk duduk hotel dekat dengan hospital abah. Mula-mula aku cuma nak ambil 1 bilik sahaja. Disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah, aku ambil 2 bilik untuk kami tinggal.
Malam tu sebelum check in hotel, kami semua tengok abah. Aqil pun ada tu, Aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan Aqil dengan atok malam last jumpa atok.
Aqil, mama, papa, Aleesya, cu dengan abang Qimie datang hotel yang aku check in. Mama dia bagitahu dia paling suka sangat nak ke hotel, mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil suka bila semua saudara sebaya dengan dia ada sekali.
Malam tu Aqil tidur dengan keluarga Aqil, sebelum ni memang jarang nak tengok semua keluarga Aqil kumpul semua. Abang selalu takda. Malam tu, semua sibuk nak tidur hotel. Tidur ramai-ramai.
Bila sampai je bilik, pertama sekali dah teruja tunjuk kolam renang yang pemandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok.
“Pagi bagun, sebelum turun bawah sarapan jumpa atok lagi pagi semalam. Tengok lagi kolam renang. Rupanya Aqil berakhir kat situ.” -Siti Azlina Lynn Pagi sebelum turun ke kolam renang, Aqil tengok atok kat hospital jalan kaki dengan mama. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tido hotel. Jaga atok malam tu.
Sebelum ni pun mama Aqil selalu cakap, Aqil tak makan dah banyak hari. Selalu Aqil paling suka makan. Kalau tengok Aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan Aqil jumpa atok. Atok cakap dengan Aqil,
“Aqil duduk sini dengan atok eh.” Aqil bawak opah sarapan. Pagi tu Aqil makan roti canai suku je. Mama tanya
“Aqil nak makan tak?”
“Taknak mama. Aqil nak minum ais kosong je.”
Selalu Aqil minum Milo ais, pagi tu minta ais kosong je.
Suka bertukar duka Semua dah teruja tunggu Aqil balik hotel lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama-sama. Aqil balik hotel, Rizqi, Rifai, Rafanda Aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma Aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi.
Lepastu Aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun join sama mandi. Aqil memang sentiasa dijaga oleh papa Aqil. Mana saja Aqil pergi papa dia akan ikut.
Lepas je kami semua main di kolam kanak-kanak yang ada taman permainan. Kami dah tak nampak Aqil dengan papa Aqil. Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami. Masa tu papa Aqil masih lagi ikut Aqil. Lebih kurang sejam kami mandi.
Dan masa tu tiba-tiba pulak kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang takda cuma Aqil dengan papa Aqil je. Aqil masih bermain dengan papa Aqil. Lebih kurang 20 minit tu, bibik aku datang dan terus bagitahu.
“Puan, Aqil lemas, ada disana.” Aku dalam keadaan tergesa gesa terus berlari ke arah yang bibik tunjuk. Sambil aku jerit panggil nama Aqil.
Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ke tempat Aqil, aku tengok ramai orang keliling Aqil sambil Aqil terbaring lembik tanpa sedar dan badan Aqil serta merta biru.
Orang semua sibuk beri bantuan pada aqil. Kebetulan masa tu ada sorang hamba Allah ni nampak Aqil terapung dan dia yang tolong tarik Aqil ke tepi untuk tolong Aqil sambil tanya “Anak siapa ni? Anak siapa ni?”
Lepastu kebetulan yang tolong buat CPR pada Aqil adalah dua orang doktor yang memang bercuti di hotel yang sama. Mereka lah yang bantu Aqil sebelum sampainya ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong Aqil.
Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat-ayat al quran di keliling Aqil. Semua orang bersungguh tolong Aqil sayang. Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada Aqil. Tengok pada gambar 11, itulah tempat kolam aqil lemas. Aqil lemas di kolam orang dewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya.
Aqil dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan kritikal, doktor cuba sedaya upaya untuk selamatkan Aqil. Doktor bagitahu keadaan Aqil masih tidak beri respon. Aqil masih bergantung pada mesin sebenarnya.
Tepat jam 12 malam doktor bagitahu mama dengan papa Aqil, kalau terjadi apa apa kena tabah dan redha. Mama dengan papa Aqil dah mula redha kalau terjadi apa-apa. Jam 12.30 pagi doktor dah bagitahu Aqil masih tak respon dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan Aqil.
Aqil disahkan tiada, kami redha dengan pemergian Aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka Aqil indah, senyum, wanginya ya Allah! Jam 3 pagi Aqil sampai rumah opah dengan atok. Sedihnya, atok sambut Aqil sayang. Kebetulan atok discaj semalam juga. Atok singgah tengok Aqil pulak kat hospital sebelum Atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk Aqil dirumah lepas atok sampai rumah atok dengan harapan Aqil sedar.
Allah maha menentukan segalanya rupanya.
Gambar: Siti Azlina Lynn Sebak tengok gambar ni, mama dengan papa Aqil tido dengan Aqil buat kali terakhir dari jam 3.30 pagi sehingga ke subuh. Kami semua tido dengan Aqil terakhir pagi tadi. Masih terngiang lagi suara Aqil ya Allah.
“Mama, Aqil nak pergi syurga tau.” Allah sayang Aqil, Aqil budak baik. Hari-hari sembahyang, mengaji. Semua sayang Aqil, kalau pergi rumah Aqil mesti tengok Aqil tengah mengaji dengan papa dia. Allahu. Patutlah Allah ambil Aqil, sebab Aqil budak baik. Aqil ada bagitahu mama sebelum ni,
“Mama, Aqil nak pergi syurga tau.”
Betul jadi kenyataan untuk Aqil. Perjalanan Aqil ke syurga semua orang cemburu Qil. Indahnya hidup Aqil sekarang. Kami semua rindu Aqil tau. Aqil tunggu acik dan semua datang sana ya. Takda dah nak dengar Aqil gaduh dengan Rifai, Rizqi Rafanda.
Semoga tenang disana anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat Aqil. Aqil pergi buat selamanya. Baru je kita gembira semalam. Atok yang sakit, tapi Aqil yang pergi. Aqil ganti atok ya sayang. Sentiasa rindukan Aqil tau.
Aqil yang montel, last semalam acik mandi dengan Aqil. Acik peluk Aqil, acik picit badan-badan Aqil sebab Aqil montel sangat. Dah tak dapat nak tepuk tepuk badan aqil lagi lepasni. Allah kuat kan mental Kami semua.
Terima kasih bagi pinjam Aqil 5 tahun. Minggu depan harijadi Aqil. Video hari jadi Aqil tu tahun lepas. Rindunya ya Allah.
Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga.
Al fatihah Aqil sayang.
Sumber: Siti Azlina Lynn


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/17/atok-sakit-tapi-aqil-pergi-dulu-keluarga-hiba-ziarah-bertukar-tragedi-budak-mati-lemas-dalam-kolam-hotel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Semalam Hari Terakhir Aqil Budak Lemas Di Kolam Hotel

Tak Sangka Semalam Hari Terakhir Aqil Budak Lemas Di Kolam Hotel

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 497 hits
Tak sangka semalam hari terakhir Aqil Budak lemas di kolam hotel Tak sangka semalam hari terakhir Aqil Budak lemas di kolam hotel
Emak Sakit Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab Last Last Pergi Hospital Sendiri

Emak Sakit Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab Last Last Pergi Hospital Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 482 hits
Sejak kecil kita dijaga dengan penuh kasih dan sayang oleh ibu bapa malah mereka akan pastikan tidak ada secalit kesan calar pun pada badan kita Namun bila kita dah besar mereka pula menginjak usia tua adakah kita curahkan bakti yang sama S...
Hati Tengah Broken Nak Bawa Diri Pergi Bercuti Tapi Tiada Wang Nah Cara Mudah Dapatkan Pakej Percutian Free

Hati Tengah Broken Nak Bawa Diri Pergi Bercuti Tapi Tiada Wang Nah Cara Mudah Dapatkan Pakej Percutian Free

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 418 hits
Bila in relationship ni tipulah kalau tiada konflik pergaduhan antara pasangan Sama ada hal besar mahupun kecil pasti pergaduhan itu akan berlaku The post appeared first on
Doktor Dedah Cerita Pemuda Aktif Tak Merokok Tapi Hidap Sakit Jantung Troponin Lagi Tinggi Dari Pesakit Di Icu

Doktor Dedah Cerita Pemuda Aktif Tak Merokok Tapi Hidap Sakit Jantung Troponin Lagi Tinggi Dari Pesakit Di Icu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 253 hits
Berdasarkan kajian pada 2014 yang dilaporkan oleh American Heart Association penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian secara global dengan lebih 17 6 juta kematian setahun pada 2016 dan dijangka akan meningkat melebihi 23 6 ju...
Sakit Kontraksi Memang Tak Boleh Kongsi Tapi Rajin Rajinlah Manjakan Isteri Mudahkan Dia Bersalin

Sakit Kontraksi Memang Tak Boleh Kongsi Tapi Rajin Rajinlah Manjakan Isteri Mudahkan Dia Bersalin

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 427 hits
Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal rata ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi seb...
Tragedi Pilu Bapa Lemas Lepas Selamatkan Anak

Tragedi Pilu Bapa Lemas Lepas Selamatkan Anak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 344 hits
Malang tidak berbau apabila seorang bapa menemui ajal setelah menyelamatkan anaknya yang lemas dalam kejadian yang berlaku di Air Terjun Chamang Bentong hari ini Mangsa seorang pengurus syarikat pemasaran Chong Aun Guan 48 dipercayai baharu...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense