Doa Selamat Haji Bacaan Doa Kepentingannya


Bagi anda yang bakal melakukan ibadah Haji atau mempunyai orang terdekat yang bakal melakukannya, berikut kami kongsikan dengan anda, doa selamat yang boleh dibaca bagi memohon kelancaran dan kemudahan sewaktu beribadah nanti.
Jika anda berminat untuk tahu lebih lagi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Haji? Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 
Ibadah ini perlu dilakukan dengan mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulanhaji bagi mengerjakan ibadah-ibadah tertentu, menurut syarat-syarat dan rukun-rukun yang telah ditetapkan dengan niat semata-mata kerana Allah SWT. 
Pada tahun 2025 ini, ibadah Haji dijadualkan berlangsung dari 4 Jun hingga 10 Jun 2025. Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diketahui oleh bakal jemaah haji:
4 Jun 2025 Ibadah Haji bermula di Mina 5 Jun 2025 Wukuf di Arafah. 6 Jun 2025 Hari Raya Aidiladha bagi semua umat Islam. 7-10 Jun 2025 Jemaah melontar ketiga-tiga Jamrah  dan menyelesaikan baki amalan haji. Apa itu Doa Selamat Haji? Doa selamat haji adalah doa yang dipanjatkan untuk memohon keselamatan, kemudahan, keberkatan, dan haji yang mabrur bagi para jemaah haji. Ia merupakan satu doa yang kebiasaannya dibaca sebelum atau sepanjang perjalanan haji.
Dengan membaca doa ini juga, kita memohon agar Allah S.W.T menerima ibadah haji yang dilakukan dan mengampuni segala dosa kita semua:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, dengan hati yang penuh khusyu’ dan tawadhu’, kami bersyukur kepada-Mu kerana dengan keizinan dan kurniaan-Mu maka dapatlah kami berhimpun sempena Pemergian (nama bakal haji) bersama keluarga, yang akan berangkat menunaikan ibadah haji pada hari yang mulia ini, diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan keberkatan daripada-Mu ya Allah.
اللَّهُمَّ يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ
Ya Allah, berikanlah keselamatan dan perlindungan kepada mereka semasa pergi dan kembali daripada menunaikan ibadah umrah/haji ini, juga keselamatan buat anak-anak serta harta benda yang ditinggalkan. Jauhkanlah mereka dari perasaan resah gelisah, gangguan kesihatan dan tidak selesa. Kukuhkanlah keimanan dan keyakinan serta peliharalah mereka dengan permudahkanlah segala urusan, keselamatan zahir dan batin, harta benda serta keamanan di sepanjang perjalanan untuk menuju ke rumah-Mu, Baitullahil Haram serta mengunjungi ziarah makam nabi kami, Muhammad S.A.W.
اللَّهُمَّ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا بَديعَ السَّمَـٰوَاتِ وَاْلأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami juga memohon, peliharalah mereka dari segala mara bahaya, penyakit dan perasaan duka. Kurniakanlah kepada mereka umrah/haji yang mabrur. Amalan-amalan yang diterima, ziarah yang aman, doa-doa yang dimakbulkan serta dosa-dosa yang diampunkan.
اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى أَهْلِنَا وَأَمْوَالِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا، اللَّهُمَّ احْفَظْهُمْ وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُنْيَا وَعَاهَتِهِ، سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّالَهُ مُقْرِنِينَ وَإنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْناَ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ، بِسْمِ اللهِ مَجْرِيهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ، وَمَا قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ، رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Aamiin.
Sumber: Jemaah Haji Malaysia 1445H/2024M 1446H/2025M
Kelebihan Membaca Doa Berikut merupakan beberapa kelebihan yang diperoleh apabila anda membaca doa selamat Haji sebelum melakukan ibadah tersebut:
Memperoleh perlindungan Allah dari segala bentuk musibah sepanjang perjalanan haji. Memperoleh kelancaran dalam segala urusan ibadah haji. Menyerahkan sepenuh pergantungan kepada Allah dalam urusan dunia dan akhirat. Menguatkan hubungan kekeluargaan dan ukhuwah sesama Muslim. Memberi ketenangan rohani dan emosi kepada jemaah haji dan keluarga mereka. Mendoakan agar ibadah haji diterima dan menjadi haji yang mabrur, yang membawa keampunan dan keberkatan. Tips Kekal Cergas Sewaktu Ibadah Haji Bagi anda yang bakal melaksanakan ibadah Haji ini, berikut kami kongsikan beberapa tips untuk kekal cergas sepanjang anda menjalankan ibadah ini
Pastikan kesihatan fizikal dalam keadaan baik sebelum berangkat melakukan ibadah. Amalkan pemakanan yang seimbang dan pastikan anda meminum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Pastikan anda memperoleh rehat yang secukupnya pada waktu yang ditetapkan agar anda dapat melakukan aktiviti lain. Jaga kebersihan diri untuk mengelakkan penyakit. Sentiasa berdoa dan memohon kekuatan dari Allah SWT. Ikuti arahan dan panduan dari pihak pengurusan haji untuk keselamatan dan keselesaan sepanjang ibadah. Sumber: fotoBERNAMA (2024) Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Haji 2025/1446H, sila layari laman web rasmi Tabung Haji atau ikut media sosial rasmi Tabung Haji. 
Twitter Tabung Haji Facebook Tabung Haji Instagram Tabung Haji Baca juga:
Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Kos Haji 2025 – Kadar Bayaran Untuk B40, M40, T20 & Rayuan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-selamat-haji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-selamat-haji

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 75 hits
Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Kepada Bakal Haji Musim haji setiap tahun membawa seribu satu emosi kepada umat Islam terutamanya apabila ada ahli keluarga sahabat atau jiran tetangga yang dijemput menjadi tetamu Allah SWT Mem...
Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 103 hits
Doa Haji Mabrur Tanda tanda Haji Mabrur Menunaikan ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima Ia merupakan impian semua umat Islam di dunia Tahniah diucapkan kepada dhuyuf al Rahman yang telah dapat dan diberi peluang untuk menjejakkan kaki...
Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 174 hits
Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife 1hari1hadis hadis10saat IniStyleKita fyp blogger photography photoblog SJCAM Samsung DJI Fujifilm love followme beautiful blogoftheday fun like life colorful ...
Selamat Tinggal Ds Rafizi Ramli Benarkah Pemilihan Parti Keadilan

Selamat Tinggal Ds Rafizi Ramli Benarkah Pemilihan Parti Keadilan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 105 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sedang bercuti kata seorang menteri kabinet susulan khabar angin yang mendakwa timbalan presiden PKR itu telah meletakkan jawatan dalam kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat kabinet hari i...
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Yang Dilaporkan Hilang Di Pekan Ditemukan Selamat Di Chukai

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Yang Dilaporkan Hilang Di Pekan Ditemukan Selamat Di Chukai

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 123 hits
KUANTAN Seorang pelajar lelaki dari Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak Pekan yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga di sini semalam ditemukan selamat di Chukai Terengganu pagi ini Ketua Polis Pahang Dat...
Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Morning semua Salam 1 Mei lembaran bulan baru Selamat Hari Pekerja juga CCL ucapkan Hari ni ada yang kerja dan ada juga yang cuti Yang bercuti CCL ucapkan selamat bercuti sempena hari Pekerja Yang mana ke...
Selamat Pagi

Selamat Pagi

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 108 hits
Assalamualaikum Selamat pagi Pagi ni nieyl breakfast berat sikit sbb malam tadi makan awal pukul6 petang malam tak makan hehehe lapar pula pagi ni Hari ni bos nieyl tak ada meeting lgsg ada je dalam bilik hari ni jadinya tak boleh merayau l...
Kad Debit I Visa Tabung Haji Permohonan Pengaktifan

Kad Debit I Visa Tabung Haji Permohonan Pengaktifan

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 127 hits
Untuk pengetahuan anda semua TH mempunyai kad debit mereka sendiri yang dikenali sebagai Kad Debit i Visa Tabung Haji Kad ini boleh dimiliki oleh semua pemilik akaun di bawah Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad Kad ini diperkenalkan ...
Bila Bacaan Menjadi Cabaran Fahami Disleksia Sebelum Menghakimi

Bila Bacaan Menjadi Cabaran Fahami Disleksia Sebelum Menghakimi

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 65 hits
Pendidikan merupakan kunci utama pembangunan negara Namun dalam dunia yang serba pantas ini masih ramai kanak kanak yang terpinggir dalam sistem pendidikan kerana kelainan cara mereka belajar Salah satu golongan yang sering terlepas pandang...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Kerabu Lemak Bakar

Cikbunga Menunaikan Umrah

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Belajar Mengaji Dengan Iqra Klasikal

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia