Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur


Doa Haji Mabrur & Tanda-tanda Haji Mabrur
Menunaikan ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima. Ia merupakan impian semua umat Islam di dunia. 
Tahniah diucapkan kepada dhuyuf al-Rahman (tetamu-tetamu Al-Rahman) yang telah dapat dan diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Kota Mekah dan Madinah yang penuh berkat. 
BACA JUGA: Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Maksud Haji Haji adalah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syarat dan rukun-rukun yang telah ditetapkan dengan niat semata-mata kerana Allah SWT. 
Dari segi bahasa, haji berasal daripada perkataan Arab “hajj” (حج) yang bermaksud ziarah ke tempat tertentu dalam waktu yang ditetapkan untuk menunaikan kewajipan agama. 
Dalam konteks syarak, haji adalah salah satu daripada lima Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Apa Maksud Haji Mabrur? Dari segi bahasa mabrur berasal daripada kata dasar al-bir yang bermaksud ketaatan dan ketelusan. Kalimah ini juga bermakna penerimaan dan kebaikan yang banyak. 
Imam Fudhail bin Iyad berkata “Haji Mabrur ialah haji yang tidak ternoda dengan dosa sedikit pun ketika melaksanakannya.” Pendapat ini juga turut dinyatakan oleh Imam al-Nawawi.
Menurut Imam al-Qurtubi pula, “Haji Mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan sempurna dan bertepatan dengan setiap hukum dan ketentuan yang telah ditetapkan.”
Haji Mabrur juga adalah satu-satunya haji yang diterima oleh Allah SWT. Sesiapa yang memperolehinya, maka balasan syurga telah menanti untuknya di akhirat nanti. 
Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu anhu bahawa Nabi SAW telah bersabda:
اَلْعُمْرَةُ إِلَى اَلْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا, وَالْحَجُّ اَلْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا اَلْجَنَّةَ
Maksud: “Umrah ke satu umrah menghapuskan apa yang ada antara kedua-duanya, dan haji mabrur tidak ada balasan (yang layak) baginya melainkan syurga.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1773 dan Muslim, 1349)
Doa Haji Mabrur Berikut ialah antara doa yang anda boleh ucapkan untuk memohon agar dikurniakan haji yang mabrur:
DOA HAJI MABRUR – VERSI PANJANG
اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَتَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرًةً، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا، وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”
DOA HAJI MABRUR – VERSI PENDEK
اللهم اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَسَعْيًا مَشْكُورًا
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah ia (ibadah haji ini) sebagai haji yang mabrur, dosa yang diampuni dan usaha yang disyukuri.”
Persiapan Sebelum Menunaikan Haji – Mufti WP 1. Taubat: Sebelum melangkah kaki ke Mekah, mohonlah taubat kepada-Nya, istighfar, dan mohon maaf kepada semuanya. Biarlah hati kita datang ke Kota Mekah dengan sifar dosa dan jernih serta tulus hati.
2. Belajarlah Manasik Haji: Ini amat penting agar ibadat haji yang kita lakukan ‘عَلَى بَصِيرَة’ dengan penuh yakin dan ilmu. Banyak sekali ibadah dilakukan tetapi akhirnya sia-sia. Ini kerana dilakukan dalam keadaan jahil dan taqlid buta tanpa asas ilmu yang sebenar.
3. Bertanyalah Kepada Yang Tahu: Ini kerana banyak kali kita berasa kita tiada ilmu ketika berada dalam situasi tertentu. Alhamdulillah, Tabung Haji dan pakej haji telah menyediakan guru yang bertauliah. Justeru, inilah peluang untuk bertanya kepada mereka. Elakkan bertanya kepada ‘guru-guru sesama sendiri’ kerana dibimbangi bercanggah dengan jawapan yang sebenarnya. Ini mengakibatkan kesusahan kepada kita.
4. Bertolak Ansur Dan Saling Memaafkan: Sama ada sesama rakan taulan atau keluarga seperti suami isteri, ibu bapa, anak-anak, semuanya berpotensi dengan risiko pergaduhan. Inilah ujian terbesar dalam melaksanakan haji secara berjemaah atau keluarga.
5. Elakkan Banyak Berdebat Dan Bercakap: Ini kerana boleh melukakan perasaan, berlaku ghibah, kata nista dan sifat-sifat yang mazmumah. Sepatutnya kita isi dengan ibadat.
6. Benyakkan Baca Al-Quran, Zikir, Solat Dan Tawaf: Dalam erti kata yang lain, gunakan peluang dan masa ketika berada di Kota Mekah dan Madinah dengan acara ibadat. Inilah kekuatan sebenar haji.
7. Sentiasalah Berniat Yang Baik Dan Perbaiki Hati: Inilah peluang untuk menjadi seterbaik mungkin selepas selesai haji. Ini kerana latihan pembersihan hati atau ‘تَصْفِيَةُ القُلُوب’ akan menatijahkan ‘akhlak yang unggul’ selaras dengan kehendak Nabi SAW untuk menyempurnakan ‘مَكَارِمُ الأَخْلَاق’.
BACA JUGA: Hari Raya Haji 2026: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah
Tanda-tanda Haji Mabrur – Mufti WP Al-Imam al-Syaukani Rahimahullah (wafat 1255H) di dalam bukunya Nail al-Awtor menjelaskan bahawa:
Ibn Khalawaih salah seorang pakar bahasa Arab berasal dari Yaman (wafat 370H) berpendapat bahawa haji mabrur adalah haji yang maqbul (diterima oleh Allah SWT). Ulama’ lain berpendapat bahawa ia adalah haji yang (pelaksanaannya) tidak dinodai oleh dosa. Pendapat ini dipilih dan dikuatkan oleh al-Imam al-Nawawi seorang faqih bermazhab Syafi’e dan pakar hadith. Menurut al-Qurtubi, seorang pakar tafsir dan hukum (wafat 671H), pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para pakar tentang haji mabrur adalah haji yang sempurna hukum-hukumnya sehingga terlaksana secara sempurna sebagaimana yang dituntut. Al-Hasan al-Basri memberi jawapan maksud haji mabrur ialah apabila seseorang itu pulang ke tanah wafatnya dengan perasaan zuhud pada dunia dan inginkan akhirat. Haji mabrur akan tercapai insya Allah apabila pra-syarat haji dipenuhi, antaranya:
Ikhlas semata-mata kerana Allah. Mengikut segala adab, syarat, rukun dengan sempurna. Rezeki yang dibawa dan digunakan adalah hala semuanya tanpa ada unsure haram ataupun syubhah. Berdoa dan mohon kepada-Nya dengan sepenuh hati. Bermuamalah dengan semua pihak dengan akhlak yang tinggi dan terpuji. Mengelakkan daripada berlakunya fasiq, berdebat dan perkara yang dilarang. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Nabi saw bersabda:
مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
Maksudnya :” Sesiapa yang menunaikan haji dalam keadaan dia tidak bercakap perkataan yang buruk dan keji serta tidak melakukan perkara yang fasiq maka dia akan kembali seperti mana dia dilahirkan oleh ibunya (iaitu dalam keadaan suci bersih dari dosa).” – Riwayat al-Bukhari ( 1819)
Amalan Selepas Menunaikan Haji – Mufti WP Berikut ialah antara amalan yang perlu dilakukan dan diteruskan oleh para jemaah haji selepas pulang dari Tanah Suci ialah:
1. Memperbanyakkan zikrullah
Ini sangat bertepatan dengan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 200: 
فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَـٰسِكَكُمْ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّـهَ كَذِكْرِكُمْ ءَابَآءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ
Maksudnya :” Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi.” 
2. Memperbanyakkan doa
Berdasarkan firman Allah dalam Surah Ghafir ayat 60: 
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
\
Maksudnya :” Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
3. Sentiasa ke masjid dan berjemaah
Amalan ini telah dilakukan sebaik mungkin ketika berada di tanah suci melaksanakan ibadah haji. Maka jangan tinggalkan amalan ini setelah pulang dari haji. 
4. Menjadi agen perubah
Saban tahun, seramai 4 hingga 6 juta Jemaah haji datang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji dan berazam untuk memperbaiki serta mengislah diri. 
Di samping berusaha membina jambatan hubungan dengan Allah (حبل من الله) dan juga jambatan hubungan dengan manusia (حبل من الناس). Ini sudah pasti memberi impak dan kesan yang sangat besar setibanya mereka di tanah air.
Ke masjid: Jika Jemaah haji yang pulang komited untuk sentiasa memakmurkan masjid , alangkah indahnya. Bukan itu sahaja, bahkan lebih indah jika mereka mampu untuk mengajak orang lain untuk turut sama memakmurkan rumah Allah. Jika seorang haji boleh mengajak 5 orang untuk memenuhi masjid, sudah pasti setiap qaryah atau taman perumahan akan sentiasa dihiasi dengan orang yang sentiasa melazimi rumah Allah sepertimana suasana di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Infaq dan waqaf: Kalau setiap orang dari kalangan Jemaah haji yang pulang ke tanah air menginfaqkan 100 ringgit sebulan atau mewaqafkan sedikit dari hartanya ke komuniti muslim, maka sudah pasti nilainya akan mencapai jutaan ringit sebulan. Ini boleh menjadi satu sumber bagi menjana aktiviti keagamaan dan ekonomi umat islam. Membina keluarga bahagia: Konsep baiti jannati (rumahku syurgaku) jika dipasak pada setiap Jemaah haji yang pulang dari tanah suci sudah pasti kita akan melahirkan hampir 30 ribu keluarga muslim yang bahagian dan patuh kepada perintah Allah. Rujukan:
Pengertian Haji Mabrur – Jabatan Mufti Sarawak BAYAN LINNAS SIRI KE-65: PANGGILAN HAJI, KURNIAKAN HAJI MABRUR! – Mufti WP BAYAN LINNAS SIRI KE-146 : APA SELEPAS HAJI? – Mufti WP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-haji-mabrur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-haji-mabrur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gegata Punca Tanda Cara Hilangkannya

Gegata Punca Tanda Cara Hilangkannya

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 88 hits
Gegata atau nama saintifiknya urtikaria merupakan sejenis masalah kulit yang biasa berlaku dan selalunya tidak membahayakan nyawa anda Namun begitu gejala ini boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serius jika tidak dirawat dengan betul Dal...
13 Tanda Lelaki Itu Masih Suami Orang

13 Tanda Lelaki Itu Masih Suami Orang

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 132 hits
Pengalaman aku sendiri pernah ditipu oleh suami orang Dah kahwin mengaku bujang siap tipu umur plak tu Jika suami orang tapi mengaku suami orang dan dia kahwin lain sebab mampu boleh diterima lagi la kan Ni menipu dan mengaku bujang trang t...
Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 134 hits
Salam semua sebelum sis nak cerita pasal pengalaman sis buat operation buang cyst ovari tahun lepas baru nak cerita dekat blog Tapi sis nak cerita dulu tanda tanda cyst ovari yang perlu kaum wanita ambil tahu Masa sis sendiri mula alami sim...
Dah Sampai Masa Bersalin Ketahui Tanda Makin Hampir Proses Kelahiran

Dah Sampai Masa Bersalin Ketahui Tanda Makin Hampir Proses Kelahiran

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 99 hits
Dah sampai masa bersalin ke ni Pastinya persoalan ini sering bermain di fikiran bakal ibu yang sedang menanti untuk bersalin Keliru dan tidak pasti itulah yang sentiasa bermain dikepala Apa agaknya petanda awal ibu bakal bersalin Tanda bers...
Perut Buncit Senggugut Teruk Awas Mungkin Ini Tanda Cyst

Perut Buncit Senggugut Teruk Awas Mungkin Ini Tanda Cyst

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 74 hits
Tanda cyst sering kali tidak disedari kerana ia boleh muncul tanpa gejala yang jelas pada peringkat awal Namun begitu sesetengah individu mungkin mengalami perubahan fizikal seperti benjolan di bawah kulit senggugut luar biasa atau perut ya...
Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 166 hits
Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda SoalHari ni KakYa nak cakap sikit dari hati Bukan nak marah bukan nak sindir siapa siapa takdenya nak menyindir orang Takyah nak terasa sangat sebab tak sindir Saja nak meluah sebab KakYa dah penat sebenar...
Bukan Sekadar Hadiah Tapi Tanda Sokongan Kepada Produk Anak Bangsa Tv Ppim 22 04 2025

Bukan Sekadar Hadiah Tapi Tanda Sokongan Kepada Produk Anak Bangsa Tv Ppim 22 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 109 hits
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan telah menerima pelbagai kiriman hamper dan bingkisan penghargaan daripada masyarakat umum rakan strategik serta para pemimpin negara Me...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang