Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji


Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Kepada Bakal Haji
Musim haji setiap tahun membawa seribu satu emosi kepada umat Islam terutamanya apabila ada ahli keluarga, sahabat atau jiran tetangga yang dijemput menjadi tetamu Allah SWT. 
Memberi ucapan dan doa kepada bakal haji adalah salah satu bentuk sokongan dan penghormatan yang amat bermakna. 
Ucapan selamat menunaikan ibadah haji bukan sekadar kata-kata tetapi doa dan harapan yang tulus agar perjalanan mereka diberkati dan selamat hingga kembali ke tanah air. 
Jom baca beberapa contoh ucapan selamat menunaikan ibadah haji yang anda boleh ucapkan atau kirimkan kepada bakal haji. 
BACA JUGA: Hari Raya Haji 2026: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah
30 Contoh Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Kepada Bakal Haji 1. “Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur. Doakan kami juga di sana nanti.”
2. “Semoga perjalanan ke Tanah Suci berjalan lancar, dilimpahi keberkatan dan pulang dengan hati yang bersih serta penuh cahaya keimanan. Kami doakan yang terbaik untuk kalian.”
3. “Menjadi tetamu Allah SWT adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Semoga segala amal diterima, dan ibadah hajimu sempurna serta diberi kekuatan sepanjang berada di sana.”
4. “Titipkan doa buat kami di hadapan Kaabah. Selamat menunaikan ibadah haji dengan penuh sabar, ikhlas dan tawaduk. Haji mabrur inshaAllah!”
5. “Semoga perjalanan ke Tanah Suci dipermudahkan Allah, dilimpahi keberkatan dan kembali sebagai haji yang mabrur. Selamat menunaikan ibadah haji!”
6. “Selamat berangkat haji, semoga segala doa yang dipanjatkan di Tanah Suci dimakbulkan Allah dan menjadi titik perubahan hidup yang lebih baik.”
7. “Selamat menunaikan rukun Islam kelima, semoga perjalananmu diberkati dan menjadi inspirasi buat kami semua.”
8. “Selamat menunaikan haji, semoga sentiasa istiqamah, dilancarkan segala urusan, dan diberi kesihatan sepanjang di Tanah Suci.”
9. “Semoga Allah melindungi dan memberkati setiap langkahmu di Tanah Suci, serta pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga”
10. “Selamat menunaikan haji, semoga Allah mudahkan segala urusanmu dan perjalananmu penuh makna dan hikmah.”
11. “Selamat menunaikan ibadah haji, semoga seluruh keluargamu juga mendapat keberkatan dan sentiasa dalam lindungan Allah.”
12. “ Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga perjalananmu ke Tanah Suci dipermudahkan Allah, segala amalan diterima dan menjadi haji yang mabrur. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkahmu. Semoga pulang nanti membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah SWT, insyaAllah.”
13. “Selamat berangkat ke Makkah, semoga setiap langkahmu di sana sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga segala dosa diampunkan, doa dimakbulkan dan pulang dengan hati yang bersih serta iman yang lebih kukuh.”
14. “Selamat menunaikan haji. Semoga perjalanan ini diberkati, ibadah dipermudahkan dan setiap langkah kalian dirahmati Allah SWT. Doakan kami di Tanah Suci agar terus diberi hidayah. Semoga pulang dengan haji mabrur dan hati yang lebih dekat kepada Ilahi.”
15. “Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan semua rukun dan wajib haji. Doa kami sentiasa mengiringi dari jauh. Semoga kalian dikurniakan haji yang mabrur serta diberi peluang untuk kembali lagi ke Tanah Suci.”
16. “Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya sepanjang perjalananmu menunaikan ibadah haji. Semoga segala ujian dan cabaran di sana dapat dihadapi dengan sabar dan reda. Kami doakan agar dirimu kembali dengan selamat, membawa haji yang mabrur dan menjadi contoh kepada keluarga serta masyarakat.”
17. “Syukur kepada Allah kerana memilihmu menjadi tetamu-Nya tahun ini. Selamat menunaikan ibadah haji, semoga segala urusan dipermudahkan, kesihatan sentiasa terjaga dan segala amalan diterima. Jangan lupa doakan kesejahteraan kami di sini dan semoga kita semua dapat bertemu di syurga kelak.”
18. “Tahniah kerana terpilih menjadi tetamu Allah. Selamat menunaikan ibadah haji, semoga setiap amalan diterima dan menjadi bekalan di akhirat kelak.”
19. “Semoga Allah SWT memberkati perjalanan hajimu, memudahkan segala urusan, dan melindungi dari segala kesulitan. Selamat menunaikan ibadah haji, semoga segala amalan diterima dan menjadi asbab kebahagiaan dunia akhirat. Doakan kami di sini agar suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci juga.”
20. “Menjadi tetamu Allah SWT adalah satu anugerah yang amat besar. Semoga setiap detik di Tanah Suci memberi makna mendalam buat kalian. Selamat menunaikan ibadah haji dengan penuh keikhlasan, tawaduk dan sabar. Doakan kami turut dijemput ke sana suatu hari nanti.”
21. “Semoga segala persiapan dan urusan haji berjalan lancar. Di Tanah Suci, mohon doakan kesejahteraan kita semua. Selamat menunaikan ibadah haji!”
22. “Doa kami mengiringi perjalanan kalian menuju Tanah Suci. Semoga dipermudahkan untuk menunaikan setiap ibadah, dilapangkan dada dalam segala urusan, dan diberi ganjaran haji mabrur.”
23. “Selamat menjadi tetamu Allah SWT. Semoga setiap langkah penuh hikmah, setiap doa dimakbulkan, dan setiap amalan diterima. Pulanglah dengan hati yang bersih dan suci.”
24. “Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga dipayungi rahmat dan perlindungan Allah sepanjang masa. Kami tumpang gembira atas rezeki ini. Doakan agar kami juga menyusul sebagai tetamu-Nya suatu hari nanti. Jaga kesihatan!”
25. “Selamat menunaikan ibadah haji dengan sepenuh jiwa dan raga. Semoga pulang membawa sinar baru dalam kehidupan, serta menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah.”
26. “Ucapan setinggi-tinggi tahniah kerana terpilih menjadi dhuyufurrahman. Selamat menunaikan haji. Semoga dipermudahkan semua urusan dan diberikan kemudahan dalam melakukan ibadah”
27. “Alhamdulillah, Allah jemput kalian jadi tetamu-Nya. Selamat menunaikan haji, semoga segalanya dipermudah dari pergi sampai balik. Jangan lupa doakan kami juga di hadapan Kaabah ya.”
28. “Selamat menunaikan haji! Semoga setiap langkah diberkati, setiap rukun dipermudah dan setiap doa diperkenan.”
29. “Selamat menunaikan haji, semoga jadi haji yang mabrur. Jaga diri, jaga niat, dan jaga hubungan dengan Allah sepanjang berada di sana. Doakan kami juga agar sampai ke sana satu hari nanti.”
30. “Doa kami dari jauh agar segala urusan kalian dipermudahkan. Selamat menunaikan haji, semoga Allah kurniakan kesihatan, ketenangan dan kelapangan jiwa.”
BACA JUGA: Karnival Haji, Umrah & Pelancongan 2025 (KHUP3) – Tarikh / Jadual Acara
Adab Memberi Ucapan Kepada Jemaah Haji Sewaktu memberi ucapan, pastikan anda:
Menggunakan bahasa yang lembut dan penuh doa Mengelakkan ucapan yang boleh menimbulkan kebimbangan atau ketakutan Menyelitkan doa untuk kesihatan, kemudahan dan keselamatan mereka Menyebut harapan agar mendapat haji yang mabrur Mengajak mereka mendoakan kita juga ketika di Tanah Suci Setiap jemaah haji yang berangkat ke Tanah Suci membawa harapan besar, bukan sahaja untuk diri mereka tetapi untuk semua yang mereka tinggalkan. 
Maka, hulurkan kata-kata semangat dan iringan doa agar mereka merasa didampingi walau berjauhan. Mudah-mudahan, kita semua turut dijemput sebagai tetamu Allah suatu hari nanti. Amin, ya Rabb.
Anda boleh baca irsyad fatwa Mufti WP Edisi Haji & Korban di sini: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-haji-korban


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ucapan-selamat-menunaikan-ibadah-haji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ucapan-selamat-menunaikan-ibadah-haji

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Senarai Ucapan Hari Pekerja 2025

Koleksi Senarai Ucapan Hari Pekerja 2025

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 123 hits
Hari Pekerja 2025 bakal menjelang tiba Jadi bagi anda yang ingin berikan ucapan kepada rakan rakan khususnya yang bekerja anda boleh dapatkan contoh dan koleksi yang disediakan disini sebagai panduan Setiap tahun seluruh dunia akan menyambu...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Hari ini Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan selamat hari jadi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke 91 kepada semua anggota veteran dan mereka yang pernah berkhidmat Di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Ba...
Selamat Datang Ke Chat Haus Ruang Kerja Santai Untuk Chatbot Ai

Selamat Datang Ke Chat Haus Ruang Kerja Santai Untuk Chatbot Ai

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 92 hits
Di antara sebuah sekolah rendah dan perpustakaan awam di kawasan Greenpoint di Brooklyn terdapat ruang kerja mewah yang unik Dikenali sebagai Chat Haus ruang ini mirip dengan pejabat coworking biasa orang sedang menaip di komputer ada yang ...
Syukur Semua Selamat Asrama Smk Tinggi Setapak Terbakar Waktu Solat Berjemaah

Syukur Semua Selamat Asrama Smk Tinggi Setapak Terbakar Waktu Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 93 hits
Semalam suasana di SMK Tinggi Setapak jadi kecoh apabila asrama sekolah tu tiba tiba terbakar masa waktu solat berjemaah Syukur alhamdulillah semua pelajar dan warga sekolah berjaya diselamatkan tanpa ada sebarang kecederaan serius Solat Is...
Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Morning semua Salam 1 Mei lembaran bulan baru Selamat Hari Pekerja juga CCL ucapkan Hari ni ada yang kerja dan ada juga yang cuti Yang bercuti CCL ucapkan selamat bercuti sempena hari Pekerja Yang mana ke...
Selamat Tinggal Ds Rafizi Ramli Benarkah Pemilihan Parti Keadilan

Selamat Tinggal Ds Rafizi Ramli Benarkah Pemilihan Parti Keadilan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 101 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sedang bercuti kata seorang menteri kabinet susulan khabar angin yang mendakwa timbalan presiden PKR itu telah meletakkan jawatan dalam kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat kabinet hari i...
Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 172 hits
Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife 1hari1hadis hadis10saat IniStyleKita fyp blogger photography photoblog SJCAM Samsung DJI Fujifilm love followme beautiful blogoftheday fun like life colorful ...
Hiburan Hati Hati Sindiket Penipuan Kod Qr Tidak Semuanya Selamat Untuk Discan Kaspersky

Hiburan Hati Hati Sindiket Penipuan Kod Qr Tidak Semuanya Selamat Untuk Discan Kaspersky

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 86 hits
Penggunaan kod respons pantas kini telah menjadi amalan biasa dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada untuk urusan perbankan pertukaran maklumat peribadi mahupun pemesanan makanan Namun begitu seiring dengan peningkatan penggunaan teknologi...
Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 93 hits
Doa Haji Mabrur Tanda tanda Haji Mabrur Menunaikan ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima Ia merupakan impian semua umat Islam di dunia Tahniah diucapkan kepada dhuyuf al Rahman yang telah dapat dan diberi peluang untuk menjejakkan kaki...
The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Filem Gayong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi