Doa Haji Dan Umrah Infografik Muat Turun Pdf


Musim haji adalah antara musim yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Bagi yang mendapat panggilan haji untuk tahun ini, alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Selamat menjadi tetamu Allah. 
Bagi yang belum mendapat panggilan, teruskan berdoa dan berusaha untuk membuat rayuan bersama pihak TH. Mudah-mudahan tahun berikutnya adalah rezeki anda untuk menjadi duyufurrahman. InsyaAllah. 
Untuk memudahkan para jemaah haji, berikut dikongsikan kumpulan doa haji dan umrah yang boleh dijadikan panduan ketika melaksanakan setiap rukun dan amalan sepanjang berada di Tanah Suci.
Dengan adanya panduan doa yang mudah diakses, perjalanan ibadah anda akan lebih bermakna, tenang, dan insyaAllah menuju haji mabrur yang diidamkan.
Doa Haji Dan Umrah – Infografik  Rujuk infografik doa haji dan umrah yang dikongsikan dalam Facebook Maktabah Al-Bakri seperti di bawah:



















Muat Turun Doa Haji dan Umrah PDF Anda boleh memuat turun kompilasi doa haji dan umrah di atas dalam bentuk PDF di bawah:
DOA HAJI DAN UMRAH – MAKTABAH AL BAKRIMUAT TURUN doa-doa-haji-dan-umrohMUAT TURUN Doa Saie Saie adalah salah satu rukun umrah dan haji yang memerlukan jemaah berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah. Sepanjang saie, terdapat tatacara dan doa khusus yang boleh diamalkan.
Mulakan niat untuk bersaie di Safa. Sebelum memulakan perjalanan, lambai kedua tangan ke arah kaabah sambil mengucapkan ayat berikut: الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd
Makna: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah
Kemudian, anda boleh membaca doa berikut:
لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وهُوَ عَلى كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lah, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadiir. Laa ilaaha illallah wahdahu, anjaza wa’dahu, wa nashara ‘abdahu, wa hazamal-ahzaaba wahdahu.
Makna: Tiada tuhan selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada tuhan selain Allah yang Esa, Dia melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendiri-Nya.
2. Mulakan perjalanan. Anda boleh berzikir dengan zikir pilihan, membaca Al Quran dan berdoa mengikut kemahuan di setiap pusingan. Perjalanan dari Safa ke Marwah dikira satu kali, dan Marwah ke Safa dikira satu kali.
Ulangi perjalanan ini sebanyak tujuh kali, berakhir di Bukit Marwah.
3. Doa di Kawasan Lampu Hijau (Setiap Pusingan)
Apabila sampai di kawasan lampu hijau pada setiap pusingan saie yang dilakukan, adalah disunatkan untuk membaca doa berikut:
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الاَعَزُّ الاَكْرَمُ
Robbigfir warham wa’fu wata kar-ram watajawaz ‘amma ta’lamu maa laa na’lamu innaka antallahul a-‘azzul akram.

Makna: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Doa Haji Mabrur Berikut dikongsikan doa haji mabrur yang boleh diamalkan oleh para jemaah bagi memohon agar ibadah haji mereka diterima Allah SWT sebagai haji yang mabrur, iaitu haji yang suci, diterima, dan menjadi sebab keampunan dosa serta ganjaran syurga.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ. يَا عَزِيْزُ يَا غَفُوْرُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah hajiku ini haji yang mabrur, sa’i yang diterima, dosa yang diampuni dan amal shaleh yang dikabulkan dan perdagangan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.wahai Tuhan yang maha pengampun, Tuhan sekalian alam.”

Atau, versi yang lebih pendek, anda boleh membaca:
اللهم اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَسَعْيًا مَشْكُورًا
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah ia (ibadah haji ini) sebagai haji yang mabrur, dosa yang diampuni dan usaha yang disyukuri.”
Muat turun PDF cara mengerjakan haji berikut untuk panduan yang lebih terperinci semasa menunaikan haji: (sumber – https://www.shahidahtravel.com/ebooks/)
Cara Mengerjakan HajiMUAT TURUN Akhir kalam, semoga semua para jemaah haji tahun ini diberikan keselamatan dan keberkatan serta kemudahan dalam menunaikan ibadah haji.
Semoga mereka dikurniakan haji yang mabrur, usaha yang diberkati, serta pengampunan dari Allah SWT.
Amin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-haji-dan-umrah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-haji-dan-umrah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 175 hits
Doa Haji Mabrur Tanda tanda Haji Mabrur Menunaikan ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima Ia merupakan impian semua umat Islam di dunia Tahniah diucapkan kepada dhuyuf al Rahman yang telah dapat dan diberi peluang untuk menjejakkan kaki...
Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 211 hits
Tema Hari Guru 2025 telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa TerimaKasihCikgu Peringkat Kebangsaan Tema tahun ini ialah Guru Pemacu Reformasi Pendidikan yang menekankan p...
17 Contoh Ucapan Doa Untuk Orang Berangkat Haji Semoga Mabrur

17 Contoh Ucapan Doa Untuk Orang Berangkat Haji Semoga Mabrur

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 195 hits
Jangan lupa berikan ucapan doa untuk teman saudara keluarga sahabat hingga kolega yang akan berangkat haji ya Doa dari kamu sangat berarti buat mereka lho
Doa Selamat Haji Bacaan Doa Kepentingannya

Doa Selamat Haji Bacaan Doa Kepentingannya

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 148 hits
Bagi anda yang bakal melakukan ibadah Haji atau mempunyai orang terdekat yang bakal melakukannya berikut kami kongsikan dengan anda doa selamat yang boleh dibaca bagi memohon kelancaran dan kemudahan sewaktu beribadah nanti Jika anda bermin...
10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 297 hits
10 Amalan Berpahala Haji dan Umrah Oleh Dr Abdul Sami al Anis The post first appeared on The post appeared first on
Simpan 5 Dinar Untuk Dana Umrah

Simpan 5 Dinar Untuk Dana Umrah

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 124 hits
Pernah tak terfikir nak kumpul duit untuk umrah tapi tak tahu nak mula dari mana Sebenarnya saya pun pernah rasa benda yang sama Tapi sejak saya kenal dengan emas dinar ni terus saya nampak satu cara yang simple praktikal dan paling penting...
Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 213 hits
Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Kepada Bakal Haji Musim haji setiap tahun membawa seribu satu emosi kepada umat Islam terutamanya apabila ada ahli keluarga sahabat atau jiran tetangga yang dijemput menjadi tetamu Allah SWT Mem...
Nasi Ayam Haji Ali Taman Sri Aman Pontian

Nasi Ayam Haji Ali Taman Sri Aman Pontian

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 242 hits
Walaupun aku dah lama stay Pontian sebenarnya tak semua restoran aku pernah cuba Lagipun aku dan suami jarang makan luar lebih suka makan masakan rumah Tapi ada masa bila sendiri kat rumah rasa teringin juga nak makan luar Sekali sekala tu ...
Kad Debit I Visa Tabung Haji Permohonan Pengaktifan

Kad Debit I Visa Tabung Haji Permohonan Pengaktifan

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 232 hits
Untuk pengetahuan anda semua TH mempunyai kad debit mereka sendiri yang dikenali sebagai Kad Debit i Visa Tabung Haji Kad ini boleh dimiliki oleh semua pemilik akaun di bawah Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad Kad ini diperkenalkan ...
Break The Chain Of Corruption

Manfaat Lengkuas Bagi Kesihatan Badan Dan Oral

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Senarai Negara Dengan Umur Pencen Tertua Hingga Termuda

Chukwu Perkuat Cabaran Perak Fa Di Liga A1

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore

Wang Tidak Dituntut Harta Kita Yang Kita Tak Sedar Kita Ada


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ajal Pelajar Dalam Perjalanan Ke Masjid

Yong Tau Foo Dqalisha Steamboat Grill Sedap Dan Berbaloi

Minor Heart Attack Loceng Amaran Dari Dalam Diri

No Holds Barred A Bareknuckle Harley Shovelhead From South Africa

Laungan Allahuakbar Bergema Jasad Zara Qairina Didakwa Masih Utuh Selepas Digali Semula

Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini