Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid 19
Doa Qunut Nazilah Disaat Kita Dilanda Musibah Covid-19. Saat dan ketika ini, kita satu dunia sedang dilanda musibah virus yang membawa maut. Kebanyakan negara yang terkena virus ini melancarkan cara terbaik bagi mengekang wabak ini dari menular.
Dalam negara kita pula antara cara yang diusahakan adalah dengan menggesa semua surau, masjid dan orang perseorangan untuk membaca doa Qunut Nazilah iaitu doa khas jika negara sedang dilanda musibah. Ini antara saranan Menteri Agama Dato' Dr Zulkifli al Bakri. Cara nak laksanakan doa qunut Nazilah boleh di baca pada akhir entri ini.
Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid-19
Jom reramai kita doakan untuk Malaysia dan seluruh dunia amnya;
DOA QUNUT NAZILAH:
Maksudnya,
“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Cara laksanakan Doa Qunut Nazilah
1. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian
2. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah
3. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:
Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
**sumber - JAKIM - DOA QUNUT NAZILAH
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/03/doa-qunut-nazilah-disaat-negara-di.html