Doa Memohon Murah Rezeki Dan Jodoh
Rezeki setiap orang berbeza. Begitu juga dengan jalan cerita kehidupan masing-masing. Kalau kita merasakan kehidupan kita serba susah, kena ingat bahawa ada orang hidupnya lebih susah dari kita.
Sebaiknya kita berhenti mengeluh tentang rezeki kerana rezeki itu adalah rahsia Allah. Begitu juga dengan jodoh.
Apa yang perlu kita buat adalah berusaha, berdoa, bersedekah, amalkan kebaikan, solat dhuha dan banyak lagi amalan untuk dimurahkan rezeki. Janganlah sekali kali kita merasa putus asa. Walaupun dunia sekarang serba mencabar dugaannya dengan harga barang melambung lambung naiknya.
Ketahuilah Allah amat menyukai hambaNya yang berusaha. Jangan dilayan kemalasan dan meminta-minta. Apatah lagi tidak berusaha untuk mencari rezeki dengan cara yang baik dan tidak berkat.
Banyak amalan doa dimurahkan rezeki yang boleh kita amalkan, salah satunya saya tertarik dengan doa Nabi Musa memohon rezeki dan jodoh perkongsian UEL
Seorang pemuda mengadu kepada seorang ulama' Saudi, Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid bahawa dia belum berkahwin, tiada kerja bahkan tiada rumah. Lalu syeikh menganjurkan pemuda tersebut agar membaca doa Nabi Musa alaihissalam ini
Nabi Musa alaihissalam telah diuji Allah apabila terpaksa melarikan diri dari Mesir dalam keadaan tidak berkahwin, tiada pekerjaan dan tiada tempat tinggal. Ketika sampai di Madyan, baginda telah menolong dua orang perempuan memberi kambing minum lalu baginda duduk di bawah sepohon pokok seraya berdoa dengan doa ini
Akhirnya berkat doa tersebut Allah mengurniakan baginda isteri, kerja dan tempat tinggal.
Doa ini tercatat dalam al-Quran dalam surah Al-Qasas, ayat ke 24:
رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
(Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqiir)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
- (Surah al-Qasas: 24)
Syeikh Muhammad Soleh menganjurkan agar doa nabi Allah Musa ini diperbanyakkan sehingga ditakdirkan Allah Yang Maha Pemberi Rezeki menurunkan rezeki melimpah yang tak disangka-sangka, juga jodoh yang baik.
Allah maha baik. Dia akan memberikan apa yang kita perlukan daripada apa yang kita mahukan tepat pada masanya. Janganlah kita dengki dengan rezeki orang lain. Mungkin usaha kita tak sehebat usaha dia. Selain usaha, faktor dalaman juga perlu diambil kira untuk kita terus dilimpahi rezeki oleh Allah SWT
Amalan serta doa, zikir, selawat murah rezeki mustajabSelain berdoa, kita juga dituntut untuk melakukan amalan yang baik dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh sebagai salah satu usaha supaya kita berjaya, dimurahkan rezeki dan wajib yakin rezeki itu datangnya daripada Allah SWT
Tidak meninggalkan ibadah kepada AllahMemperbanyakkan istighfar dan zikirTidak melakukan dosa dan hindari daripada melakukannyaSentiasa bersyukur dengan segala nikmat pemberian AllahBerbuat baik dan sering mendoakan kebaikan ibu bapaAmalkan doa murah rezekiMemperbanyakkan sedekahSentiasa memberi pertolongan atau menolong mereka yang memerlukanMemudahkan urusan orang lainBerbuat baik sesama manusia dan menjaga silaturahimSentiasa memuliakan tetamu yang datang kerumahMenunaikan solat dhuha setiap hari tanpa hentiTidak berputus asa untuk berdoaBertawakal kepada Allah SWT
1. Doa Murah RezekiKita boleh amalkan doa murah rezeki seperti dalam gambar di bawah iaitu doa yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Anas bin Malik RA.
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: “Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya” - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Selawat Murah RezekiBacaan Sholawat Litawsi’il Arzaq
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُوَسِّعُ بِهَا عَلَيْنَا الْأَرْزَاقَ وَيُحْسِنُ بِهاَ لَناَ الْأَخْلَاقَ وَعَلَى آلِهِ وِصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Allahumma sholli ‘ala sayyidina muhammadin sholatan tuwassi’u biha ‘alainal arzaqa wa tuhassinu biha lanal akhlaqa wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallim
Maksudnya : “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad SAW, rahmat yang meluaskan rezeki bagi kami, yang menjadikan akhlak kami baik, dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada segenap keluarga dan sahabatnya.”
Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi SAW. Mudah-mudahan kerana selawat ke atas Nabi ini kita diluaskan dan dilapangkan rezeki dengan cepat tanpa disangka-sangka dengan keberkatan
3. Amalan Ayat Seribu DinarAyat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq dari ayat 2 & 3.
“Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
وَمَن یَتَّقِ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجࣰا
وَیَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَیۡثُ لَا یَحۡتَسِبُۚ وَمَن یَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَیۡءࣲ قَدۡرࣰا
- (Surah At-Talaq 2 - 3)
Maksudnya : “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar (dari masalah hidup). Dan memberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.
Cara amalkan Ayat 1000 DinarAyat 1000 dinar malkan setiap kali selepas solat Subuh. Lebih baik sekiranya dapat diamalkan setiap kali selepas solat fardu. Baca ayat ini sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib.”
Istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah
4. Amalan membaca Surah Al WaqiahSabda Rasulullah SAW : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. - (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” - (Hadis riwayat Ibnu Ady)
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya, dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
5. Banyakkan BeristighfarMemperbanyakkan beristighfar seperti di dalam surah Nuh ayat 10-12, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai.
Banyakkan BersedekahBersedekah adalah satu tips kunci rezeki. Sedekah adalah satu amalan yang ajaib (The power of sedekah). Ini kerana semakin banyak kita bersedekah semakin banyak Allah tambahkan lagi kekayaan untuk kita. Tetapi bersedekah itu mestilah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT bukannya kerana sebab tertentu atau inginkan balasan.
Allah melipat gandakan pahala kepada orang yang bersedekah
Allah SWT berfirman :
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”- (Surah al-Baqarah, 261)
Janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
6. Berbakti Kepada Ibu BapaBerbakti kepada ibu bapa antara amalan murah rezeki buat kita. Allah membuka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya jika kita berbuat baik, menjaga kebajikan, menjaga hati, tidak derhaka, sayang menyayangi dan juga mendoakan kepada ibu bapa kita
7. Berbuat baik sesama manusia dan menjaga silaturahim“Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya.” - (Riwayat Bukhari)
8. Bertawakal kepada Allah“Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung yang diberi rezeki, ia pergi pagi hari dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.” - (Riwayat Imam Ahmad, At-Tarmizi, Ibnu majah, dan yang lainnya)
Semoga kita semua dilimpahi rezeki halal dengan segala keberkatan serta hidup dengan tenang dan bahagia. Aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/09/doa-memohon-murah-rezeki-dan-jodoh.html