Doa Dikurniakan Anak


Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan ada anak yang baik dan mampu memberi manfaat kepada kehidupan sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.  
Doa anak yang soleh akan menjadi salah satu saham yang akan mengalir di akhirat kelak selain daripada sedekah jariah serta ilmu yang bermanfaat.
Memiliki anak sebagai pewaris, sebagai penyeri dan penambah kebahagiaan rumah tangga. Akan tetapi anak bukanlah penanda aras sesebuah rumah tangga bahagia. Pasangan yang belum dikurniakan anak, rezeki dia lain pula. 
Dapat pasangan yang membahagiakan, dapat mentua yang baik dan ada keluarga yang memahami itu dah dikira rezeki yang membawa kebahagiaan.
Tipulah kalau pasangan yang tak mempunyai anak ni tak sedih. Mestilah ada rasa sedih tu. Allah maha baik dan kita kena bersangka baik dengan Allah SWT. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan berikan apa yang kita perlukan tepat pada masanya.

Doa yang sering diamalkan serta dianjurkan sebagai ikhtiar bagi mendapatkan zuriat adalah doa nabi Zakaria untuk dapatkan zuriat yang baik.

Doa Nabi Zakaria untuk dapatkan zuriat yang baikAsalnya doa ini adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik. Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.

Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita

Islam menuntut umatnya untuk mendidik anak dan zuriat dengan didikan yang baik dan diajar dalam Islam. Selain daripada berusaha memberi didikan yang baik kepada anak-anak, berdoa kepada Allah agar dikuniakan zuriat yang soleh dan solehah

Doa seorang ibu dan bapa itu merupakan doa yang makbul dan sangat diimpikan oleh anak-anak. Keberkatan, keredaan dan kejayaan anak-anak juga adalah dari doa ibu bapanya.



Doa dikurniakan anak
رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’
Maksud: “Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha pendengar doa”- (Surah Al-Imran, 3:38)

Selitkan doa ini setiap kali selepas solat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Semoga zuriat yang dilahirkan mampu memberikan kebaikan bukan sahaja kepada kita, malah kepada agama Islam dan muka bumi ini juga.

Wallahu a’alam...

Amalan-amalan untuk memperolehi anakSebenarnya dalam berusaha untuk mempunyai anak ni tak boleh tertekan. Bila emosi terganggu dan tak stabil akan menyukarkan lagi untuk mendapatkan anak. Kena banyak bersabar dan tenang tenang je. Cuma itulah, kadang bila orang tanya jadi triggered pulak. Adeh! Bergenang air mata kadang

Sabar sabar sabar sampailah ke tahap redha. Ada rezeki adalah nanti. Sabar ye. Yakin bahawa Allah berkuasa untuk memakbulkan doa kita

Tertarik dengan perkongsian dari kelabmama, untuk yang berusaha mendapatkan anak bolehlah cuba amalan-amalan dibawah

Amalan pertamaSelepas Fajar ataupun Solat Subuh :
Baca Bismillah 1 kali.Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat).Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Petua ini baik bagi suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa

Amalan keduaSuami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum bersama dengan isteri.Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/surah Maryam setiap hari.
Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT agar mendapat zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya

Tips/Cara cepat hamilSelain itu, berikut adalah tips dan petua cara cepat hamil yang boleh diamalkan bagi pasangan suami isteri :
Sentiasa berdoa pada Allah SWTPemeriksaan kesihatan pasanganAmalkan cara hidup sihat (pemakanan)Banyakkan bersenam dan melakukan aktiviti riadahKetahui masa subur andaMengambil vitamin dan makanan tambahanJumpa doktor pakarElakkan tekananJauhi rokok
Amalan dan petua ketika mengandungSetelah berjaya hamil, setiap dari pasangan perlulah meneruskan berdoa dan mengamalkan amalan yang baik untuk zuriat.

Persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
Taubat dan IstighfarMemperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah SWT sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan

Puasa SunatBerpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah).

Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan

Manfaat masaTidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah

DoaBanyak berdoa. Sentiasa berdoa supaya Allah SWT kurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap kali lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung

Membaca Al-QuranBanyakkan membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Dalam mengharapkan kehadiran zuriat dan cahaya mata yang menjadi pelengkap keluarga, setiap dari kita perlu memahami dan menerima ketentuan yang telah Allah tentukan.

Doa adalah kunci utama selepas usaha untuk mengecapi sesuatu impian, setelah ikhtiar lain yang dicuba. Di dalam Al Quran dan hadis, terdapat banyak doa agar mudah dikurniakan zuriat.

Setiap pasangan suami isteri haruslah mengamalkan doa-doa yang dianjurkan dengan mengikut adab-adab berdoa. Ianya diharuskan membacanya ketika waktu-waktu mustajab berdoa.

Setiap dari pasangan harus yakin dan percaya kepada ketentuanNya yang telah tertulis, dan rezeki dikurniakan zuriat merupakan anugerah yang tidak ternilai perlu dihargai oleh setiap pasangan.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui. - (Al-Baqarah: ayat 216)
sumber : kelabmama
Semoga kami juga berpeluang memperolehi rezeki anak. Aamiinn...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/04/doa-dikurniakan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doakan Anak Sulung Saya Umum Hamil 31 Minggu Elisya Sandha Mohon Doa Semua

Doakan Anak Sulung Saya Umum Hamil 31 Minggu Elisya Sandha Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 294 hits
Setelah sekian lama berteka teki akhirnya adik kepada Fasha Sandha Elisya Sandha tampil mengesahkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia 31 minggu Menerusi Instagramnya Elisya memuat naik video penuh makna dan beberapa kejutan yang dibu...
Sanah Helwah Anak Ibu Genap Setahun Afwa Tok Ti Mohon Doa Yang Baik Baik

Sanah Helwah Anak Ibu Genap Setahun Afwa Tok Ti Mohon Doa Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 170 hits
Sekejap masa berlalu genap setahun usia anak kedua penyanyi nombor 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Muhammad Afwa Rasa macam baru je Datuk Siti atau mesra disapa Tok Ti melahirkan heronya Sempena ulang tahun pertama Afwa Tok Ti berkongsi ...
Boleh Kirim Doa Pilih 10 Terakhir Bulan Ramadan Puteri Sarah Anak Anak Ke Mekah

Boleh Kirim Doa Pilih 10 Terakhir Bulan Ramadan Puteri Sarah Anak Anak Ke Mekah

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 240 hits
Selebriti terkenal Puteri Sarah Liyana Megat berangkat hari ini untuk mengerjakan Umrah bersama anak anak Memilih 10 terakhir bulan Ramadan sebagai tarikh untuk mengerjakan ibadah Umrah Puteri Sarah atau mesra dipanggil Sarah memaklumkan be...
Datin Rebecca Nur Islam Guna Ayat Sedih Kalau Mummy Takde Untuk Disiplinkan Anak Anaknya Bersolat

Datin Rebecca Nur Islam Guna Ayat Sedih Kalau Mummy Takde Untuk Disiplinkan Anak Anaknya Bersolat

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 184 hits
Didik anak cinta solat merupakan satu cabaran besar kepada semua ibu bapa tak terkecuali selebriti Datin Rebecca Nur Islam atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Becca Ibu kepada tujuh orang anak ini mengakui anak anak akan mengikut apa ya...
Bagi Anak Rebut Sticker Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Superb

Bagi Anak Rebut Sticker Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Superb

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 168 hits
Bila diajak untuk sama sama mengaji anak mulalah buat alasan Penat mengantuk dan sebagainya sudah menjadi alasan biasa dari mulut anak anak kecil kita Jangan putus asa sebaliknya kuatkan hati untuk terus membimbing anak kita Idea ibu ini ya...
Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 308 hits
Di media sosial baru baru ini tular satu luahan seorang ibu yang berasa terkilan terhadap sebuah tadika apabila anaknya yang baru saja bermula sekolah selama dua hari di reject akibat terkencing di dalam seluar Berhubung dengan luahan terba...
Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak Anak Berpuasa

Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak Anak Berpuasa

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 254 hits
Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak Anak Berpuasa MENDIDIK anak berpuasa adalah suatu perkara yang sangat baik kerana ia menunjukkan bahawa ibu bapa tersebut prihatin dalam memastikan anak anak m...
Kami Dah Tak Boleh Kerja Besar Ujian Suami Isteri Ini Anak 9 Orang 4 Oku

Kami Dah Tak Boleh Kerja Besar Ujian Suami Isteri Ini Anak 9 Orang 4 Oku

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 181 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Itu yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila diuji dengan ujian 4 orang anaknya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya Menerusi perkongsian saudara Baharudin Abdul Latip kehidupan su...
Maya Estianty Jalani Operasi Batu Empedu Didampingi Suami Dan Anak Anaknya

Maya Estianty Jalani Operasi Batu Empedu Didampingi Suami Dan Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 128 hits
Awalnya mengira gejala GERD tapi tak kunjung sembuh Maia kemudian melakukan pemeriksaan dan diketahui menderita batu empedu
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah