Datin Rebecca Nur Islam Guna Ayat Sedih Kalau Mummy Takde Untuk Disiplinkan Anak Anaknya Bersolat


Didik anak cinta solat merupakan satu cabaran besar kepada semua ibu bapa tak terkecuali selebriti Datin Rebecca Nur Islam atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Becca.
Ibu kepada tujuh orang anak ini mengakui anak-anak akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena tunjukkan perbuatan yang baik di depan anak-anak.
Bagaimanapun lumrah anak-anak, masing-masing ada perangai yang berbeza-beza. Sudah tentu ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak terutama bila melibatkan bab bersolat.
Bagi Mummy Becca sendiri, dia bukan seorang ibu yang garang atau menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya walaupun pada anak-anak yang kadangkala tak nak dengar kata.
“Biasalah dalam ramai-ramai anak akan ada yang kadang tak nak dengar cakap kita terutama bila dia tengah asyik main game kita suruh berhenti dan solat. Biasanya saya akan ambil tindakan membebel je.
Macam anak saya Adam tu, kalau dia tengah main game kita suruh berhenti mandi dan solat tapi dia buat tak tau je, saya akan cakap kalau satu hari Mummy takde tiba-tiba, so macam mana. Dia akan terus bangun dan segera buat apa yang saya suruh,” kongsi Mummy Becca tentang pendekatan yang digunakan untuk menyuruh anak bersolat dalam sesi live Pa&Ma E-Workshop Kem Solat Anak Mudah, Seronok & Berkesan.

Gemar Berbual Dengan Anak Menurut Rebecca cara tersebut didapati berkesan untuk membuatkan anaknya mudah mendengar kata selepas satu hari mereka sekeluarga membuat sesi berbual tentang kehidupan di meja makan.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam “Masa kat meja makan tu saya berbual dengan anak-anak tentang pelbagai dugaan yang kita lalui dalam dunia sekarang ni, tentang kedatangan hari kiamat, tentang bagaimana kehidupan bila saya dan daddy mereka tiada nanti. Jika mereka selalu nak buat nakal dan tak nak dengar kata, asyik nak main games je. Tiba-tiba anak-anak saya menangis sebab takut kehilangan kami,” ceritanya.
Selain daripada itu Rebecca mendapati caranya yang sukar mengingatkan anak-anak tentang pentingnya bersolat untuk kekuatan mereka sendiri berkesan untuk membuatkan anak-anaknya mudah bersolat.
“Saya suka bercakap dengan anak-anak dr segi ingatkan dia masa akan datang. Walaupun nakal dan kadang-kadang tak nak dengar cakap mummy tapi kita kena solat sebab solat ni macam dinding kepada rumah.
Saya suka buat mereka berfikir. So kalau rumah tak de dinding apa jadi dengan rumah kita? Nanti mereka akan terfikirlah dan cakap tak cantiklah rumah kalau tak ada dinding.
Jadi macam tu lah dengan solat, kalau tak solat kita jadi lagi nakal dan tak nak dengar cakap mummy.
Selain dari itu saya juga bagitau mereka bila solat mereka boleh mintak doa pada Allah apa sahaja yang diinginkan. InsyaAllah akan dimakbulkan. Syukur kerana anak-anak saya memang anak yang mendengar kata.”
Pengalaman Bawa Anak Umrah Rebecca yang baru empat hari pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan kesemua anaknya bersyukur kerana mereka semua mendapat peluang bersolat depan kaabah.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam Menurutnya peluang tersebut turut membuka mata anak-anaknya tentang amalan solat yang sentiasa diingatkan.
“Bila dapat peluang solat depan kaabah, mereka tanya kenapa macam-macam jenis manusia pelbagai jenis warna kulit bersolat depan kaabah. Saya beritahu mereka semua yang hadir di sini bersolat kerana Allah, sama macam yang mummy selalu pesan kat anak-anak. Semua mereka ada keinginan yang mereka nak dari Allah. Jadi mereka bersungguh-sungguh bersolat.
Secara tak langsung terutama anak-anak yang lebih kecil lebih memahami maksud solat yang selama ini mummy selalu ingatkan.
Katanya InsyaAllah apa yang kita didik dari kecil itu yang anak-anak akan amalkan sampai besar. Jadi peranan ibu bapa itu sangat penting dalam bab mendisiplinkan anak bersolat.
“Biasanya anak-anak yang masih kecil dalam usia 3 tahun ke bawah akan rapat dengan mummy dan daddy. The fact is anak akan tengok dan contohi apa yang kita selalu buat.
Contohnya kalau kita selalu baca al-Quran dan solat, mereka akan ikut perbuatan kita. Masa anak-anak kecil mereka selalu akan bentang sejadah bila saya nak solat. Lepas tu mereka buat aksi meniru perbuatan solat.
Adakalanya memang gelagat mereka tu lucu dan boleh membatalkan solat kita sebab tak tahan gelak. Tapi kita raikan sahaja gelagat anak-anak kecil sebab saya beranggapan masa kecil mereka hanya sekali, so apa yang mereka buat masa kecil semuanya jadi memori,” ujarnya yang tidak menggunakan pendekatan marah atau pukul anak.
Ambil Ustaz & Ustazah Ajar Anak Bersolat Selain sentiasa mengingtkan anak-anak tentang solat, Rebecca turut mengambil ustaz dan ustazah untuk mengajar anak-anaknya bersolat di rumah.
“Walaupun kita memang ajar anak-anak solat di rumah tapi adakalanya terlepas benda-benda detail dalam mendidik anak-anak tentang solat. Anak-anak saya dah sedia maklum kelas solat mereka setiap hari apa dalam seminggu. Ustaz akan ajar anak-anak lelaki dan ustazah pula ajar anak-anak perempuan.”
Justeru Rebecca turut menyarankan agar ibu bapa lain yang mungkin tidak sempat untuk konsisten mengajar anak solat, boleh usahakan mencari ustaz atau ustazah yang boleh datang ke rumah mengajar anak-anak solat atau hantar mereka ke kelas-kelas atau kursus-kursus belajar solat sejak usia kecil.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam “Tetapi bagi yang ada masa macam suri rumah, memang beruntunglah boleh ajar anak bersolat. Yang penting kita kena konsisten ajar setiap hari. Ajar dalam 10 minit secara konsisten langkah demi langkah untuk bersolat bermula daripada ambil wuduk dan seterusnya.
Katanya, anak-anak kecil sangat bijak. Kalau kita ajar mereka secara konsisten InsyaAllah mereka akan ingat dengan mudah,” demikian menurut ibu yang memperuntukkan setiap hujung minggu untuk hari bersama anak-anak sambil buat ulang kaji secara santai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!


The post Datin Rebecca Nur Islam Guna Ayat Sedih “Kalau Mummy Takde” Untuk Disiplinkan Anak-Anaknya Bersolat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/datin-rebecca-nur-islam-guna-ayat-sedih-kalau-mummy-takde-untuk-disiplinkan-anak-anaknya-bersolat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maya Estianty Jalani Operasi Batu Empedu Didampingi Suami Dan Anak Anaknya

Maya Estianty Jalani Operasi Batu Empedu Didampingi Suami Dan Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 144 hits
Awalnya mengira gejala GERD tapi tak kunjung sembuh Maia kemudian melakukan pemeriksaan dan diketahui menderita batu empedu
Tak Perlu Guna Bekas Makanan Styrofoam Macam Ni Tak Elok Untuk Anak Perempuan Kita

Tak Perlu Guna Bekas Makanan Styrofoam Macam Ni Tak Elok Untuk Anak Perempuan Kita

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 202 hits
Bekas makanan yang satu ini sejak lama dahulu kita guna untuk pelbagai majlis Pinggan pakai buang ini memang memudahkan pun begitu bahan kandungannya sebenarnya amat tidak baik untuk kesihatan dalaman kita lebih lebih buat isteri dan anak p...
Panggil Nama Mia Muhammad Dalam Tidurnya Isteri Masih Sedih Rindu Anak

Panggil Nama Mia Muhammad Dalam Tidurnya Isteri Masih Sedih Rindu Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 170 hits
Hati ibu mana yang tak sedih kehilangan kedua dua anak serentak apatah lagi anak bongsunya masih menyusu badan Mimi Doleng 28 mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu Mimi adalah ib...
Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 181 hits
Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana yang merupakan ibu kepada kanak kanak tersebut Melihat sendiri anak diuji sebegini rupa wanita ini memilih untuk tabah dan redha demi anak kecilnya itu Adik Izzat ini menderita dengan penyakit Psorias...
Mesej Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Buatkan Ramai Terharu Sedih

Mesej Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Buatkan Ramai Terharu Sedih

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 150 hits
Mana mungkin kita tidak mengenali Keluarga pelawak terkenal Johan dan juga Ozlynn yang selalu mencuri tumpuan dengan pelbagai telatah mereka di media sosial baru baru ini anak sulung kepada kedua pasangan tersebut pula berjaya membuat ramai...
Hari Hari Uruskan A To Z Senang Kerja Mummy Bertuah Memey Norman Hakim Siapkan Anak Anak Pergi Sekolah

Hari Hari Uruskan A To Z Senang Kerja Mummy Bertuah Memey Norman Hakim Siapkan Anak Anak Pergi Sekolah

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 183 hits
Pelakon Memey Suhaiza mended4hkan suaminya yang juga aktor Norman Hakim setiap hari menguruskan anak anaknya ke sekolah tiap pagi Berkongsi momen dua anak lelakinya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram Memey turut bersyuk...
Baru Nak Guna Duit Kwsp Untuk Raya Ramai Sedih Lihat Kuala Lumpur Terendam Lagi

Baru Nak Guna Duit Kwsp Untuk Raya Ramai Sedih Lihat Kuala Lumpur Terendam Lagi

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 261 hits
Mesti ramai yang baru menikmati RM10 000 hasil dari Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Dia Panggil Mak Saya Yg Nang S Net Zen Tak Sangka Aj4r Anak Sayang Bibik Guna Panggilan Mak

Dia Panggil Mak Saya Yg Nang S Net Zen Tak Sangka Aj4r Anak Sayang Bibik Guna Panggilan Mak

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 200 hits
Menerusi saru klip yang dikongsikan baru baru ini berkenaan seorang anak kecil yang baru berumur tidak sampai belasan tahun lagi itu menjadi bualan ramai apabila memanggil pembantu rumah dengan panggilan yang cukup mulia iaitu mak Kasih say...
Tunggu Mummy Sampai Sayang Paras Oksigen Anak Menurun Amyra Rosli Cemas

Tunggu Mummy Sampai Sayang Paras Oksigen Anak Menurun Amyra Rosli Cemas

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 232 hits
Selepas disahkan terkena jangkitan penyakit Kawasaki keadaan anak kedua pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin dikhabarkan semakin merosot Semalam menerusi Insta Story nya Amyra berkongsi paras oksigen anaknya tiba tiba menurun Mal...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi