Do S Don Ts Berpantang Sendiri Di Rumah Tak Susah Pun Asal Suami Isteri Boleh Kerjasama


Tidak semua dari kita punya rezeki untuk berpantang bersama ibu di kampung. Kekangan tanggungjawab lain membuatkan kita terpaksa berpantang sendiri di rumah. Apa nak buat jika terpaksa pantang sendiri?

Bagi anda yang tiada pengalaman berpantang sendiri, berikut antara perkara utama yang perlu dititikberatkan:
1. Atur jadual
Sekiranya perlu untuk berpantang di rumah sendiri, pastikan anda melakukan perancangan awal dan menyediakan aturan jadual yang rapi. Ini penting bagi memudahkan perjalanan harian anda nanti.
Antara rutin yang perlu dirancang adalah:
Pengurusan bayi – memandikan, menyusu, menidurkan, mengepam susu
Pengurusan rumah – memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian
Penjagaan kesihatan diri – mandi, berbengkung, berurut, penjagaan luka dan sebagainya
Pengurusan anak-anak lain
Sebaiknya sediakan rutin jadual untuk sepanjang tempoh berpantang dan bahagikan tugasan dengan suami.
Biasanya untuk beberapa minggu pertama, kerjasama suami amat penting dalam melakukan semua tugasan ini.
Pada permulaannya, mungkin akan sedikit kelam-kabut, ini kerana anda memerlukan masa untuk mendapatkan rentak yang betul.

2. Sediakan menu makanan
Sama seperti tadi, anda juga disarankan untuk menyediakan menu berpantang untuk sepanjang tempoh berpantang. Anda harus mengetahui jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan.
Pastikan juga senarai barangan dapur yang mungkin diperlukan turut disenaraikan. Ini bagi memudahkan anda tanpa perlu merunsingkan diri memikirkan menu makanan.
Bahkan dengan senarai ini juga akan memudahkan tugasan suami untuk membelikan barangan dapur. Dalam masa sama, sediakan juga menu untuk keluarga yang lain.
Kalau ingin memudahkan lagi tugasan, apatah lagi jika perlu berpantang sendiri dengan anak kecil, sebelum bersalin, bakal ibu boleh menyediakan stok makanan berpantang seperti serunding halia atau sebarang lauk sejuk beku (frozen).

3. Persediaan mental & emosi
Elakkan daripada memikirkan bahawa berpantang secara sendiri ini adalah sesuatu yang susah, memenatkan atau apa sahaja yang negatif. Sebaliknya, anda harus berfikiran positif dan yakin bahawa diri mampu melakukannya.
Tidak dinafikan ada masanya anda mungkin berasa letih, tidak cukup tidur dan stres. Jika ia berlaku, jangan pendamkan. Ini penting bagi mengelakkan risiko mengalami kemurungan selepas bersalin.
Sebaliknya kongsikan kepada pasangan anda, agar mereka dapat memahami keadaan dan cuba untuk membantu.
Kesilapan yang perlu dielakkan
Sudah tentu apabila perlu berpantang di rumah tanpa ditemani ibu atau ahli keluarga lain, pastinya wujud cabaran berpantang sendiri. Biasalah apabila semuanya harus dikawal sendiri, kita akan mempunyai kecenderungan untuk mengambil mudah sesuatu perkara.

Antara kesilapan yang perlu dihindari ibu semasa berpantang adalah:
1. Mengabaikan kesakitan
Ketika berpantang, badan memang akan mudah untuk jatuh sakit. Walaupun anda perlu menjaga diri sendiri, itu tidak bermakna kesakitan yang dirasai harus diabaikan.
Beberapa masalah kesihatan selepas bersalin yang mungkin dialami seperti:
* Jahitan luka pembedahan terbuka
* Pendarahan berlebihan
* Sakit kepala
* Bengkak susu
Sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor jika wujud sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri bagi mendapatkan lebih kepastian.
2. Kurang minum air
Kalau ikutkan cara orang dulu-dulu, sepanjang tempoh berpantang, ibu-ibu dilarang untuk minum terlalu banyak air. Tetapi hakikatnya, pengambilan air kosong amat penting bagi mencegah diri terhidrat. Bahkan air yang mencukupi dapat membantu dalam penghasilan susu badan dan menghindari masalah sembelit – keadaan yang sering dialami ibu selepas bersalin.
3. Elak lakukan banyak kerja
Cuba untuk meminimumkan kerja yang anda perlu lakukan. Jika perlu, hanya lakukan tugasan ringan dan mudah seperti memasak sekali sehari. Manakala tugasan rumah lain, tangguhkan sebentar atau minta bantuan suami mahupun anak yang lebih dewasa untuk membantu.
Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Hello Doktor
The post Do’s & Don’ts Berpantang Sendiri Di Rumah, Tak Susah Pun Asal Suami Isteri Boleh Kerjasama! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dos-donts-berpantang-sendiri-di-rumah-tak-susah-pun-asal-suami-isteri-boleh-kerjasama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Bila Ditanya Tentang Zuriat Ini Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan

Suami Isteri Bila Ditanya Tentang Zuriat Ini Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 320 hits
Dalam Islam dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah Bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri yang berkahwin berpeluang memiliki cahaya mata Ada yang terpaksa menunggu sekian lama barulah berpeluang memiliki si comel Ramai juga p...
Siapa Yang Perlu Buat Kerja Rumah Suami Atau Isteri

Siapa Yang Perlu Buat Kerja Rumah Suami Atau Isteri

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 192 hits
Dulu masa sehari lepas nikah Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah Masa mula sampai Tok Kadi tu panggil saya dulu tanpa suami Dia suruh suami tunggu kat luar Maka saya pun dgn rasa ...
Rumah Flat Selera Banglo Buat Macam Tanah Sendiri Pondok Warga Diroboh Pihak Berkuasa

Rumah Flat Selera Banglo Buat Macam Tanah Sendiri Pondok Warga Diroboh Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 131 hits
Baru baru ini tular apabila seorang individu memuatnaik satu video di laman Twitter menunjukkan pihak berkuasa telah merobohkan pondok yang dibina berdekatan rumah flat awam Berdasarkan individu tersebut pemilik rumah yang duduk di flat itu...
Asal Kena Ke Dia Semua Boleh

Asal Kena Ke Dia Semua Boleh

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 265 hits
Mohd Mukhlis Mohd Syarif Tebuk atap kerajaan perpaduan tebuk kapal kerajaan lebai Asal ke dia semua boleh Orang lain tak boleh
Pasangan Suami Isteri Siswazah Usim Serta 20 Ahli Keluarga Maut Serangan Di Gaza

Pasangan Suami Isteri Siswazah Usim Serta 20 Ahli Keluarga Maut Serangan Di Gaza

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 211 hits
Latifah Arifinam hmetro com myMOHAMMED isterinya Kholoud dan empat daripada lima anak mereka Hasan 13 Obaida 9 Khalid 7 dan Amro 4 maut dalam serangan rejim Israel di perkampungan mereka di Bait Hanon utara Gaza FOTO ihsan pembacaKuala Lump...
Hiburan Bekas Suami Bakal Berkahwin Disaman Isteri Skandal Aktres Berstatus Janda Didakwa Sedang Meroyan

Hiburan Bekas Suami Bakal Berkahwin Disaman Isteri Skandal Aktres Berstatus Janda Didakwa Sedang Meroyan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 405 hits
Sebelum ini seorang pelakon wanita berstatus janda didakwa mempunyai hubungan dengan suami orang dan menyebabkan rumah tangga lelaki itu berantakan 4 weeks ago Dah Janda Jadi Penyondol Pula Pelakon Wanita Acah Teranaiya Sondol Suami Orang S...
Mufti Perlis Usah Terima Cadangan Wanita Boleh Menikahkan Diri Sendiri Tanpa Wali

Mufti Perlis Usah Terima Cadangan Wanita Boleh Menikahkan Diri Sendiri Tanpa Wali

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 126 hits
Aizat Sharifam hmetro com myKangar Jabatan Mufti Negeri Perlis menasihatkan orang ramai supaya tidak memakai cadangan penceramah agama negara jiran Ustaz Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari dalam satu video yang tular menyatakan bahawa wanit...
Abang Ipar Layan Aku Dengan Baik Bila Datang Rumah Bila Aku Bersama Dengan Suami Aku Seringkali Terbayangkan Abang Ipar

Abang Ipar Layan Aku Dengan Baik Bila Datang Rumah Bila Aku Bersama Dengan Suami Aku Seringkali Terbayangkan Abang Ipar

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 156 hits
Setiap hari pasti akan ada k3s pencraian antara suami isteri Perkahwinan adalah penyatuan jiwa dan cinta yang patut kita semai pupuk dengan penuh kasih sayang cinta tetapi berbeza dengan zaman sekarang ramai yang mengangapkan perkahwinan se...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco