Siapa Yang Perlu Buat Kerja Rumah Suami Atau Isteri




Dulu² masa sehari lepas nikah, Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah. Masa mula² sampai, Tok Kadi tu panggil saya dulu, tanpa suami. Dia suruh suami tunggu kat luar. Maka saya pun dgn rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat Tok Kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk seorang diri pulak?

Soalan pertama Tok Kadi tu tanya,
"Apa tugas isteri?"

Saya jawab, "Patuh kpd suami, menyediakan keperluan suami,"

Tok Kadi tu tanya lagi, 
"Dalam rumahtangga, siapa yg kena buat kerja rumah?"

Saya dgn naifnya menjawab, "Isteri,"

Tok Kadi tu tanya lagi, 
"Siapa yg kena memasak?"

Saya masih jawab, "Isteri,"

Tok Kadi tanya terus, 
"Siapa kena basuh kain?" 

Dan saya masih jawab, "Isteri,"

Tok Kadi tu tanya lagi, 
"Siapa kena jaga anak?"

Dan saya masih jawab, "Isteri,"

Tok Kadi tu tanya, "Kenapa isteri?" 

Saya diam kejap cari jawapan. Lepas tu saya jawab, "Sebab dari dulu selalu tengok mak yg buat semua tu,"

Tok Kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke?

Lepas tu Tok Kadi tu suruh saya panggilkan suami saya. Tok Kadi tanya kat suami saya, 

"Kalau seorang suami menyidai kain, apa org keliling akan cakap?" 

Suami saya jawab, "Isterinya queen kontrol," 

Saya tersenyum gelihati dgn jawapan suami saya.

Tok Kadi tu tanya lagi, 
"Sepatutnya siapa yg kena buat semua kerja rumah?" 

Suami saya jawab, "Suami," 

Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah. 😂

Dan Tok Kadi tu anggukkan kepala sambil senyum. "Bagus kalau kamu tahu tugas kamu," Dan dia serahkan sijil nikah kami tanpa soalan lain. Masa tu saya kerutkan dahi. Jawapan suami saya betul?

Masa tu baru saya tahu, kerja rumah adalah tugas suami. Itupun suami saya yg beritahu. Jika isteri yg buat, itu adalah ehsannya terhadap suami. Suami boleh suruh tapi tak boleh marah isteri jika isteri tak nak buat. Tapi selalunya isteri akan buat tanpa disuruh kerana isteri tu dah diterapkan sejak dulu, kerja rumah kerja isteri, bukan suami sebab itu yg diajar sejak dulu.

Dulu, isteri duduk di rumah, suami keluar bekerja. Dah tentulah isteri buat kerja rumah walaupun itu bukan kerjanya.

Sekarang, samada isteri bekerja atau tak, cabarannya tak sama mcm dulu. Nak pulak dpt suami yg tak tahu soal agama. Yg dia tahu, suami punyai kuasa mutlak terhadap isteri. Yg dia tahu, isteri kena ikut cakap suami. Yg dia tahu, isteri berdosa kalau tak ikut cakap suami. 

Kita terlalu mengikut LUMRAH & ADAT,
Sampai lupa pada HAKIKAT.

Malu bila suami dilihat buat kerja rumah, takut nanti orang kata kita ni isteri yg kontrol suami, takut org  kata suami tu dayus. Kalau dgn kawan2 pulak, takut nanti digelar takutkan isteri. Sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah. Rasulullah pun jahit sendiri jubahnya yg koyak. Tak malu dgn Rasulullah ke?

Lebih sedih bila keluarga suami pun tak tahu pasal ni. Bila anak lelakinya buat kerja rumah, menantu perempuan dah dipandang macam hantu dah. Sedangkan sepatutnya dia bangga kerana anak lelakinya mengikut sikap Rasulullah.

Bila rumah selerak, org kata isteri yg malas.
Bila anak² selekeh, org kata mak tak pandai jaga anak.
Bila selalu beli makanan kat kedai, org kata isteri tak pandai masak.
Bila semua suami buat, org kata tak guna ada isteri.

Penat dengar apa org kata. Cuba sedaya upaya supaya org tak mengata. Sampai lupa apa Allah kata.

Itu yg buat kebanyakan isteri memberontak. Bukan sbb benci tapi sbb penat kerana ehsannya tak dihargai. Nak lawan, takut berdosa. Tak buat kerja nanti, takut suami marah. Suami marah, berdosa jugak. Sampai satu masa, buat sesuatu tu sbb kena buat, bukan sbb ehsan lagi. Maka, ikhlas pun hilang. Bila ikhlas hilang, tu yg dah tak pandai cakap elok² kat suami, tak tau nak senyum kat suami, tak tau nak beromantika dgn suami. Semuanya dah takde yg manis.

Jadi, bila isteri buat perangai, carilah puncanya. Isteri takkan cakap, sebab dia dah penat. Penat nak ajar imamnya sendiri. Penat nak ajar suami bagaimana nak jaga isteri. Penat nak ajar pemegang kunci pintu syurganya. Cakap kang dikata mengada², terlebih cakap nanti, dosa jugak. Ajar suami nanti, calar pulak ego suami tu. Serba salah. Jadi, kalau tak pandai, pergi masjid, solat jemaah, cari ustaz dan tanya ustaz.

Wahai suami, jgn terlalu ambil kesempatan di atas ehsannya seorang isteri. Samada isteri tu halalkan ehsannya atau tidak, kamu tetap akan ditanya kelak.. 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Kredit Nurul Hidayah
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2023/10/siapa-yang-perlu-buat-kerja-rumah-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tak Minta Lebih Bila Suami Bantu Bereskan Kerja Rumah Dialah Paling Bahagia

Isteri Tak Minta Lebih Bila Suami Bantu Bereskan Kerja Rumah Dialah Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 269 hits
Nak menggembirakan hati isteri sebenarnya bukanlah terlalu payah Cukup hanya membantunya mengurangkan beban dan tanggungjawab menguruskan rumah dan bantu kerja rumah isteri sudah terlalu bahagia Perkongsian seorang suami yang merupakan seor...
Do S Don Ts Berpantang Sendiri Di Rumah Tak Susah Pun Asal Suami Isteri Boleh Kerjasama

Do S Don Ts Berpantang Sendiri Di Rumah Tak Susah Pun Asal Suami Isteri Boleh Kerjasama

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 162 hits
Tidak semua dari kita punya rezeki untuk berpantang bersama ibu di kampung Kekangan tanggungjawab lain membuatkan kita terpaksa berpantang sendiri di rumah Apa nak buat jika terpaksa pantang sendiri Bagi anda yang tiada pengalaman berpantan...
Tweet Terbaru Ubai Untuk Isteri Tercinta Curi Perhatian Harap Shila Kuat Jalani Ujian Ini Bersama Anak Amp Suami

Tweet Terbaru Ubai Untuk Isteri Tercinta Curi Perhatian Harap Shila Kuat Jalani Ujian Ini Bersama Anak Amp Suami

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 137 hits
Konflik yang berlaku dalam keluarga penyanyi Shila Amzah masih belum reda dan ramai mula membicarakan tentang hal hal membabitkan institusi kekeluargaan sejak pergaduhan mereka tular Ramai yang berkata masyarakat kita belum sepenuhnya sedar...
Bunuh Isteri Jiran Sempat Lihat Suspek Tergesa Gesa Keluar Rumah

Bunuh Isteri Jiran Sempat Lihat Suspek Tergesa Gesa Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 191 hits
ARAU Jiran kepada lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan menggunakan sebilah pisau di sini pagi tadi mengaku terkejut dengan kejadian itu Mad Radzi Ismail 41 yang tinggal bersebelahan rumah mangsa berkata pasangan dikenali sebaga...
Terpaksa Pantang Rumah Mentua Duduk Ruang Tamu Isteri Tak Selesa Emosi Terganggu Masa Pantang

Terpaksa Pantang Rumah Mentua Duduk Ruang Tamu Isteri Tak Selesa Emosi Terganggu Masa Pantang

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 266 hits
Melalui satu tempoh berpantang selama 44 hari bukanlah satu waktu yang singkat Apa lagi bila terpaksa melaluinya dalam keadaan tidak selesa seperti orang lain Sebenarnya memilih untuk berpantang di rumah mentua bukanlah satu kesalahan jika ...
Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Penuh Ribut Taufan Alyah Pesan Jangan Terlalu Mencintai Suami Tetapi

Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Penuh Ribut Taufan Alyah Pesan Jangan Terlalu Mencintai Suami Tetapi

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 247 hits
Tukar niat daripada mencintai pasangan kepada mencintai Allah SWT Itu pendapat Datin Alyah agar pasangan suami isteri dapat peroleh keharmonian dalam rumah tangga 2 weeks ago Macam Pusat Asuhan Alyah Melawak Dengan T
Perkongsian Hidup Suami Isteri

Perkongsian Hidup Suami Isteri

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 237 hits
Setiap hari bangun pagi Aku buka lampu dia tutup aircond Aku masuk tandas dia ironkan baju Aku solat subuh dia sediakan sarapan Aku sarapan dia masuk tandas dan solat subuh Masuk kereta Aku drive dia bukakan makanan dan air Aku buka bluetoo...
Pasangan Suami Isteri Siswazah Usim Serta 20 Ahli Keluarga Maut Serangan Di Gaza

Pasangan Suami Isteri Siswazah Usim Serta 20 Ahli Keluarga Maut Serangan Di Gaza

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 212 hits
Latifah Arifinam hmetro com myMOHAMMED isterinya Kholoud dan empat daripada lima anak mereka Hasan 13 Obaida 9 Khalid 7 dan Amro 4 maut dalam serangan rejim Israel di perkampungan mereka di Bait Hanon utara Gaza FOTO ihsan pembacaKuala Lump...
Perlis Suami Tikam Isteri Hingga Maut Akibat Cemburu

Perlis Suami Tikam Isteri Hingga Maut Akibat Cemburu

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 281 hits
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSORAnggota forensik IPK Perlis ke lokasi kejadian di rumah mangsa yang maut ditikam suaminya pada Sabtu ARAU Seorang pesara tentera menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis selepas menik...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy