Diy Fridge Magnets Abadikan Saat Indah Anda Bersama Printcious
Sebenarnya dah 2/3 hari dah parcel ni sampai. Cuma baru hari ini berkesempatan nak tengok hasil kerja sendiri. Inipun berebut dengan si kakak. Kesian pula bila dia asyik duk tanya mana dia punya nihh. Nanti acik buatkan kakak punya pula lepas ni ye..
DIY Fridge Magnets | Abadikan Saat Indah Anda Bersama PrintciousSebenarnya ini kali pertama buat Fridge Magnets ni. Inipun buat dekat pejabat. Curi-curi masa sambil-sambil buat kerja. Mula-mula tu ingatkan nak guna gambar ramai-ramai masa birthday big boss hari tu. Lepas tu tak jadi. Kebetulan masa tu ada snap gambar geng pompuan juga. Sayanglah kalau tak buat apa-apa dengan gambar tu. Lagipun bukan selalu dapat peluang snap camni.
Hasilnya comel sangat Fridge Magnets ni bila dah siap. Kecil molek je ianya ni. Kualiti gambar ok, cantik ! Magnet belakang pun ok cuma tang tulisan tu je, buat terkecillah pula. Patutnya tulisan tu ciktie bagi besarkan sikit lagi baru lagi jelas. Tapi tak apalah still lawa lagi apa 😅😅
Printcious Menawarkan Diskaun 40% Dan Penghantaran PERCUMAIya, betul !! Bukan cubaan atau apa ni ye memang betul Printcious menawarkan diskaun sebanyak 40% dan penghantaran percuma sekiranya kita berbelanja sebanyak rm60 keatas selepas diskaun. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan custom made buat insan tersayang sekarang. Cara mudah nak buat Fridge Magnets boleh rujuk kat sini. Senang je nak buat pun. Tak mau guna PC, guna phone pun boleh !! Dan ciktie memang suka bab-bab guna phone ni. Lebih mudah. Kat mana-mana boleh buat.
Tutorial : Cara Mudah Buat Fridge Magnets Dengan PrintciousLayari website Printcious dan pilih Magnets (Square).
Kemudian --> Magnets
Pilih design yang kita nak ! Ada 4 bentuk iaitu ✔️ oval, ✔️ love, ✔️ Round dan ✔️ Square
Kemudian untuk mulainya --> klik start Designing >>
Klik image untuk masukkan gambar dan teks untuk perkataan. Dah siap --> Done ! Untuk ubah/buat pindaan --> Edit My Design Again
Seterusnya --> Add to Cart
Kemudian --> Checkout untuk langkah seterusnya. Masukkan details penghantaran dan buat pembayaran ! Ada 2 kaedah pembayaran iaitu samada online atau mesin ATM.
Untuk tambah order --> Shopping
Dah selesai !! Mudah je kan?? Tapii sebenarnya hari tu ciktie tak buat fridge Magnets semata je. Tapi sebenarnya combine dengan 1 lagi kusyen. Cukupkan 3 untuk anak buah yang ada depan mata ni. Yang sorang lagi ni kecil lagi.. tunggulah dia besar dulu sikit kan??
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2019/02/diy-fridge-magnets-abadikan-saat-indah.html