Ditindih Hantu Ketika Tidur Ini Puncanya



Ditindih Hantu Ketika Tidur. Ini Puncanya…
Malam tadi aku kena tindih hantu..!! Tapi aku tak nampak hantu tu, cuma rasa badannya menghempap aku, terlalu berat. Aku nak bangun, tak boleh, aku menjerit, tak keluar suara, aku ingin membaca ayat suci al-Quran, tersekat di kerongkong, badan rasa seram sejuk, sakit pun ada juga. Tidak boleh bernafas dah. Namun aku kuatkan semangat juga, setelah lebih 3 minit, akhirnya dapat juga aku lepas daripada cengkaman syaitan itu..!!
Pengalaman di atas mungkin ramai yang mengalamainya kan? Kena tindih hantu di asrama sekolah, rumah baru, di tempat penginapan ketika bercuti dan banyak lagi. Perasaan takut mula menyelubungi, terus sahaja batalkan percutian, pindah ke bilik lain dan pindah rumah lagi!
Itulah kepercayaan kita sejak zaman berzaman, namun ia berbeza dengan Pengarah Pusat Gangguan Tidur di Pusat Pentadbiran Perubatan Veteran, Houston, Dr. Max Hirshkowitz melaporkan, situasi tersebut dikenali sebagai ‘lumpuh tidur’ atau ‘Old Hag’ yang terjadi semasa otak sedang mengalami peralihan fasa nyenyak, mimpi dan bangun.
Oleh itu, bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, apakah betul kajian itu dan apakah betul tiada gangguan hantu ketika tidur, Pakar Perunding Psikiatri, Profesor Dr. Muhammad Najib Mohamad Alwi menegaskan, segala kajian tersebut adalah benar.
Menurutnya lagi, dalam tempoh tidur, setiap orang akan mengalami empat peringkat tidur dan peringkat kelima itu ialah peringkat yang paling penting, iaitu “Rapid Eye Movement (REM)’ iaitu saat lumpuh tidur itu berlaku di peringkat ini. Kesemua peringkat ini mengambil masa selama 90 minit.
“Jika tidur kita terlalu lama, seperti lapan jam, maka tahap tersebut akan berulang-ulang. Setiap tahap ini mempunyai gelombang yang bermula dengan gelombang theta di tahap yang pertama dan kedua, kemudian gelombang delta akan tercipta di tahap ketiga hingga tahap keempat.
“Tahap pertama dan kedua berlaku ketika proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih boleh mengejutkan kita daripada tidur. Manakala ketika tahap tiga dan empat berlaku, tidur akan lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata kita sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkannya.”
Selepas selesai tahap keempat, maka setiap daripada kita akan mengalami tahap REM iaitu tahap terpenting sekali dalam proses tidur. Dalam tahap ini, tiga perkara yang akan berlaku iaitu aktiviti otak meningkat semula. Disebabkan itulah mimpi turut berlaku pada tahap REM.
Kemudiannya sistem badan lain meningkat dan terakhir ialah aktiviti otot dilemahkan. Justeru, perbuatan ditindih seperti yang dialami oleh kebanyakkan orang itu terjadi di tahap ini yang mana aktiviti otak cergas tetapi otot pula cacat.”
Dr. Muhammad Najib juga menjawab persoalan yang berlegar di minda masyarakat, iaitu kenapa ‘hantu’ yang dilihat ketika ditindih, bukan benda atau makhluk lain yang nampak baik, seperti bunian, kawan-kawan atau orang yang kita sayang.
Jelasnya manusia dicipta untuk mempertahankan diri dalam keadaan yang terdedah pada bahaya. Jadi, sebenarnya ‘hantu’ yang kelihatan ketika ditindih itu itu ialah apa yang otak kita tafsirkan sebagai ‘ancaman’ bagi membolehkan kita mempertahankan diri.
Tetapi, masalahnya, otot pula dalam keadaan lemah, jadi ketegangan yang dirasa, perit, jerih, sakit, takut, seram dan sebagainya adalah refleksi diri kepada keadaan yang tidak dapat dikawal kerana otot telah lumpuh. Meskipun berlaku selama beberapa minit sahaja, tetapi orang yang mengalaminya merasakan seakan begitu lama dan setelah sedar, peluh bercucuran seakan watak adi wira baru selesai berperang dengan si penjahat yang ingin menakluki bumi.
Hanya kerana letih
Tegas Dr. Muhammad Najib lagi, lumpuh tidur ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuk tekanan dan pola tidur tidak teratur. Lingkungan kerja juga mempengaruhi keadaan ini seperti bekerja syifsehingga kekurangan tidur atau tidur tidak berlaku secara normal. Apabila berlakunya keadaan ini, maka ketika tidur, empat peringkat itu tidak terjadi disebabkan keletihan, peringkat tidur akan melompat terus ke tahap REM, dan kerana itulah berlakunya lumpuh tidur.
“Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, setiap daripada individu yang mengalami lumpuh tidur ini perlu melihat kembali apakah puncanya. Jika puncanya tidak cukup tidur, cuba cukupkan lapan hingga 10 jam sehari. Kalau pola tidur tidak teratur, cuba rangka atau jadualkan kembali masa tidur agar lebih teratur dan kembali pada normal.
“Andai kata berlaku sekali atau dua sahaja dalam hidup seseorang, itu adalah normal dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, jika berlaku terlalu kerap, seperti seminggu dua tiga kali kena tindih, perlu mendapatkan rawatan di hospital. Ini kerana, menurut perubatan, sindrom boleh bertukar menjadi penyakit jika dibiarkan berlanjutan, dan ada rawatan disediakan untuk sindrom ‘old hag’ ini.”
Dr. Muhammad Najib juga mengingatkan tidak mengambil mudah perkara ini jika kekerapan ditindih itu adalah tinggi kerana ia boleh menyebabkan berlakunya penyakit yang dipanggil ‘Nacolepsy’. Nacolepsy adalah penyakit tidur secara tiba-tiba tanpa ada tanda-tanda mengantuk.
“Seperti contoh, seseorang yang menghidap penyakit ini tengah berucap di hadapan ribuan orang, tiba-tiba ia jatuh terjelepuk. Kawannya datang kejutkan, dia sedar. Rupa-rupanya dia tertidur sendiri. Itulah, sampai satu tahap boleh jadi bagitu sekali.”
Namun, sebagai orang beriman, yang mempercayai kewujudan alam ghaib dan makhluk lain selain manusia, Dr. Muhammad Najib tidak menolak memang betul yang mengganggu itu adalah makhluk halus lain yang mengganggu. Oleh itu, dia menyarankan kepada orang ramai agar membaca doa dan ayat al-Quran serta mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum tidur, agar terhindar daripada gangguan syaitan yang direjam.
Tambah Dr. Muhammad Najib lagi, fenomena ditindih ini bukan sahaja popular di negara kita, tetapi tersebar di merata dunia mengikut kepercayaan masing-masing. Mungkin kita akan mengaitkan ditindih ini oleh ‘hantu raya’, tetapi hantu-hantu lain juga wujud di negara-negara maju dan beberapa negara lain. Wallahu a’lam Utv
Ditindih Hantu Ketika Tidur. Ini Puncanya…
Baca Artikel Menarik :
Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah Letak duit dalam coli pun tak selamat Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal Gelagat politik PAS tidak patuh syariah? Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas Layari Laman Facebook MYKMU
Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

The post Ditindih Hantu Ketika Tidur. Ini Puncanya… appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/05/ditindih-hantu-ketika-tidur-ini-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sunah Sunah Nabi Saw Sebelum Ketika Dan Selepas Tidur

Sunah Sunah Nabi Saw Sebelum Ketika Dan Selepas Tidur

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum wbt 1 Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur Ramai orang memperlekehkan doa Masnun tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga 2 Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat Ini adalah kedudukan tidur orang yang...
Hiburan Dah Tak Mengigau Ketika Tidur Teringat Arwah Anak Azmi Saat Lega Keadaan Isteri Bertambah Baik

Hiburan Dah Tak Mengigau Ketika Tidur Teringat Arwah Anak Azmi Saat Lega Keadaan Isteri Bertambah Baik

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 254 hits
Penyanyi Azmi Saat melepaskan nafas lega apabila isterinya Nazira Muhammad kini tidak lagi mengigau ketika sedang tidur akibat teringat akan anak mereka iaitu Allahyarham Khairul Afnan yang meninggal dunia pada 30 September lalu ARTIKEL BER...
Hiburan Ibu Betty Banafe Hembus Nafas Terakhir Ketika Tidur

Hiburan Ibu Betty Banafe Hembus Nafas Terakhir Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 358 hits
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Betty Banafe meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru Johor akibat jangkitan kuman dalam darah kira kira jam 4 15 pagi tadi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBetty atau nama sebenar Betty Ibtisam...
Kalau Bayi Kerap Tidur Ternganga Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Masalah Kesihatan Ini Puncanya

Kalau Bayi Kerap Tidur Ternganga Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Masalah Kesihatan Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 214 hits
Pernah tak anda terlihat semasa tidur bayi mulut ternganga Sekali sekala tidak mengapa tetapi jika keadaan ini kerap berlaku berkemungkinan melibatkan masalah pernafasan Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut...
Penyakit Makan Tanpa Sedar Ketika Tidur

Penyakit Makan Tanpa Sedar Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 182 hits
Makanan adalah sumber untuk kita meneruskan kehidupan seharian dan tanpa makan manusia boleh mati akibatnya Jika terlebih makan pula boleh menyebabkan pelbagai penyakit sampai ke manusia seperti penyakit darah tinggi obesiti dan pelbagai la...
7 Cara Tidur Yang Menyihatkan

7 Cara Tidur Yang Menyihatkan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 130 hits
Gangguan tidur merupakan salah satu masalah kesihatan yang boleh menimpa siapa saja Kurang tidur tidak hanya membuat anda mudah mengantuk tetapi juga mempengaruhi keadaan kesihatan secara keseluruhan Lantas apa yang harus dilakukan Langkah ...
Sedekah Ketika Susah Bukan Dah Senang Baru Nak Sedekah

Sedekah Ketika Susah Bukan Dah Senang Baru Nak Sedekah

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 830 hits
Sedekah Ketika Susah Bukan Dah Senang Baru Nak Sedekah Inilah pesanan para ulama dan ustaz ustaz yang kita sayangi Tak pernah jemu mereka mengingatkan untuk bersedekah tak kira dalam apa bentuk pun Bersedekahlah Ada seorang hamba Allah ni s...
Prn Melaka Ketika Pandemik

Prn Melaka Ketika Pandemik

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 134 hits
SELARAS tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri Melaka Setelah lebih dua tahun Covid 19 melanda dunia sekali lagi Malaysia...
Elak Bagi Anak Tengok Tv Skrin Sebelum Tidur Boleh Ganggu Hormon Penyebab Anak Susah Tidur

Elak Bagi Anak Tengok Tv Skrin Sebelum Tidur Boleh Ganggu Hormon Penyebab Anak Susah Tidur

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 225 hits
Jika bercakap soal tidur tak lengkap jika tak sebut tentang hormon penggalak tidur iaitu Melatonin Ia juga dikenali sebagai timing messenger atau jam biologi badan yang membantu penyelarasan kitaran siang malam dan berjaga tidur manusia Tah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities