Diskriminasi Pekerjaan Ngo Melayu Cina Berbeza Pendapat



Diskriminasi pekerjaan: NGO Melayu, Cina berbeza pendapatPosted By: Pentadbiron: June 04, 2019 Print EmailKomuniti perniagaan Melayu dan Cina berbeza pandangan berkaitan dakwaan terdapat diskriminasi dalam alam pekerjaan terhadap pekerja tidak berbahasa Mandarin.Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman berkata hakikatnya diskriminasi berkenaan semenangnya wujud dan banyak kajian mengenainya sudah dijalankan.“Isu ini sudah dibangkitkan sejak empat lima tahun dulu lagi, dan ia sememangnya terjadi (diskriminasi).“Bukan saja alasan kerana orang Melayu tidak mampu menguasai bahasa Mandarin, malah ada syarikat yang sememangnya hanya mahu mengambil pekerja dalam kalangan masyarakat Cina.“Ada juga bumiputera yang bekerja di syarikat swasta berdepan diskriminasi untuk kenaikan pangkat dan gaji,” katanya kepada Malaysiakini.Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 16 Mei lalu berkata keadilan bukan hanya dalam aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi tetapi juga kelayakan dalam memohon pekerjaan.Bercakap kepada penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ketika sesi soal jawab, beliau memberikan contoh keperluan untuk berbahasa Mandarin sebagai kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan.Sementara itu, Naib Presiden 1 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Sohaimi Shahadan pula berkata diskriminasi itu sudah menjadi isu yang tiada kesudahan.“Saya kira sudah banyak kajian dilakukan dan dapatan kajian dikemukakan berdasarkan fakta, kami juga banyak menerima aduan daripada graduan berhubung kesukaran itu.“Sudah tiba masanya untuk semua pihak berkepenting duduk semeja, mencari jalan peyelesaian yang tuntas demi kebaikan semua pihak,” katanya yang juga bekas pemimpin pusat Umno.Sementara itu, Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) berkata anggotanya tidak akan menolak permohonan pemohon yang tidak berbahasa Mandarin.MCCC dianggotai kumpulan perniagaan yang menaungi hampir 2,000 syarikat industri kecil dan sederhana.“Kami lihat pada kemahiran mereka,” kata Bendahari MCCC Thay Peng Hong.Thay, yang terlibat dalam syarikat pembinaan, berkata, prasyarat bahasa Inggeris dan Mandarin hanya ditetapkan pada kerja yang memerlukan keperluan khas dalam bahasa itu.Syarikatnya sendiri, kata Thay, menggajikan tiga penyelia Melayu dan seorang pekerja yang berbahasa Mandarin untuk projeknya dengan syarikat berpangkalan di China.“Kami tak perlukan pekerja berbahasa Mandarin kerana rakan (perniagaan) kami boleh berbahasa Inggeris dengan fasih,” katanya sambil menambah 60 peratus pekerjanya terdiri daripada golongan bumiputera.Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia, Albert Tan pula berkata sektor pelancongan memerlukan bakat yang menguasai pelbagai bahasa.Beliau mengakui penyertaan orang Melayu masih rendah dalam syarikat-syarikat pelancongan – antara 10 hingga 30 peratus.Bagaimanapun, katanya, ini disebabkan orang Melayu lebih suka bekerja dengan majikan bangsa itu.PPCM mempunyai 800 anggota di seluruh negara.Mac lalu Pusat Kajian Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS), yang mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno, berkata kajian mereka mendapati peluang orang Melayu dan Indian untuk mendapatkan kerja di sektor swasta lebih rendah.Badan itu mendakwa terdapat syarikat menggunakan kelayakan bahasa Mandarin untuk menapis calon-calon pekerja mereka.Pandangan ini bagaimanapun ditolak oleh Institut Kajian Asia Tenggara dan ahli ekonomi terkenal Muhammad Abdul Khalid yang menjalankan kajian sama.Kajian Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) terhadap syarikat anggota-angotanya yang didedahkan pada 29 Mei lalu pula mendapati sebanyak 82 peratus daripada 368 responden tidak meletakkan syarat penguasaan bahasa Mandarin.Kerajaan bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 yang mahu melindungi pekerja daripada pelbagai diskriminasi termasuk kaum, agama, gender, keupayaan dan bahasa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/diskriminasi-pekerjaan-ngo-melayu-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi 30 Gerai Di Bazar Melayu Masjid India Musnah Terbakar Tiada Unsur Sabotaj

Kronologi 30 Gerai Di Bazar Melayu Masjid India Musnah Terbakar Tiada Unsur Sabotaj

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 517 hits
1 30 PAGI SELASA 21 MEI 201930 gerai di Bazar Melayu Masjid India Kuala Lumpur dilaporkan musnah dalam kebakaran 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa BBP Jalan Hang Tuah BBP Pudu BBP Sentul dan Unit Forensik BBP Seri Rampai...
Mana Pergi Pemimpin Melayu Dalam Kerajaan

Mana Pergi Pemimpin Melayu Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 382 hits
USTAZ AHMAD FAISAL MOHD PUAIT21 MAY 2019SUNYI sepi suara pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan PH dalam berhadapan isu Kuota Matrikulasi Mereka seolah takut memberi komentar mungkin alergik dengan perkataan Melayu dan Bumiputera bimbang ditu...
Pergimampos Tiba Tiba Ph Ajak Melayu Sokong Maszlee Atas Nama Penyatuan Ummah

Pergimampos Tiba Tiba Ph Ajak Melayu Sokong Maszlee Atas Nama Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 756 hits
Puak Pakatan Harapan terutamanya orang Melayu sibuk melalak pada Pembangkang khususnya ahli UMNO PAS supaya bersama bersatu sokong Maszlee atas dasar Melayu dan demi penyatuan ummah Semua ini disebabkan timbul isu perbalahan antara Maszlee ...
Cina Hancurkan Puluhan Masjid Di Xinjiang

Cina Hancurkan Puluhan Masjid Di Xinjiang

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 404 hits
Menurut laporan terbaru setidaknya 31 masjid dan dua tempat suci Islam utama di Xinjiang Cina sebagian atau seluruhnya telah dihancurkan sejak 2016 Saat ini Cina sedang meningkatkan tindakan keras yang menargetkan kaum Muslim di wilayah ter...
Malaysia Akan Mendapat Timbalan Perdana Menteri Cina Yang Pertama

Malaysia Akan Mendapat Timbalan Perdana Menteri Cina Yang Pertama

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 587 hits
Kalau Anwar PM Siapa Pula Timbalan PM Malaysia baharu sejak 9 Mei 2018 akan menempa sejarah hitam t ersendiri apabila negara bakal memiliki Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bangsa Cina DAP tidak lama lagi mengakhiri dominasi bangsa Me...
Selepas 11 Tahun Azura Masih Teruja Mengajar Di Sekolah Cina

Selepas 11 Tahun Azura Masih Teruja Mengajar Di Sekolah Cina

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 564 hits
Azura Senawi gembira dengan tugasnya mengajar bahasa Melayu di sebuah sekolah Cina persendirian KUALA LUMPUR 11 tahun lalu Azura Senawi menerima tawaran mengajar di sebuah sekolah persendirian Cina dengan perasaan bimbang kerana beliau dibe...
Cina Kelantan Jadi Contoh

Cina Kelantan Jadi Contoh

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 561 hits
Kita tidak harus meletakkan semua daripada kalangan bukan Islam dalam satu bakul yang sama dengan kumpulan yang bersikap prejudis terhadap Islam dan fanatik perkaumannya atau melampau Masih banyak orang bukan Islam di Malaysia yang percaya ...
Kalau Betul Pertahan Hak Melayu Bubar Parlimen Segera

Kalau Betul Pertahan Hak Melayu Bubar Parlimen Segera

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 314 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Bila dah kongsi kuasa dengan puak cauvinis baru nak bersilat pertahan hak orang Melayu Perlembagaan Naib Presiden BerjasaBANGI Bubar segera Parlimen dan bentuk gabungan baharu dengan parti parti Melayu jika Parti Pri...
Cikgu Melayu Akhirnya Bersuara Mengenai Uec

Cikgu Melayu Akhirnya Bersuara Mengenai Uec

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 438 hits
Oleh ARIF ATAN Saya mengajar homeschool IGCSE salah seorang pelajar saya bekas aliran UEC ibu bapa mereka menukar sekolah kerana anak mereka tidak mahir berbahasa English dan Melayu Sampai sekarang sudah 7 bulan anak murid saya tidak mahu b...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan