Selepas 11 Tahun Azura Masih Teruja Mengajar Di Sekolah Cina


Minderjeet Kaur Azura Senawi gembira dengan tugasnya mengajar bahasa Melayu di sebuah sekolah Cina persendirian. KUALA LUMPUR: 11 tahun lalu, Azura Senawi menerima tawaran mengajar di sebuah sekolah persendirian Cina dengan perasaan bimbang kerana beliau diberitahu ibu bapa pelajar mungkin bersikap sangat mendesak.

Bagaimanapun minat untuk mengajar membantu Azura mengatasi perasaan takut tersebut dan beliau tidak pernah menyesali keputusan yang dibuatnya itu.

Azura mengajar subjek bahasa Melayu di Sekolah Tinggi Tsun Jin di Jalan Loke Yew di sini, dan beliau sangat menyukainya. Beliau memuji cara bagaimana sekolah itu diurus, dedikasi tenaga pengajar dan sikap para pelajarnya.

Katanya, kebanyakan pelajar minat belajar. Ramai yang aktif dalam aktiviti luar kurikulum dan masalah disipilin jarang ada.

Sekolah Cina diketahui banyak memberi kerja rumah kepada pelajarnya, tetapi Azura mendakwa pelajar di sekolahnya tidak pernah mengeluh.

Sekolah berkenaan menggunakan aplikasi Google Classroom untuk merekodkan kerja pelajar yang tidak disiapkan. Apabila mereka menghantar tugasan masing-masing, rekod itu akan dipadamkan.

Pelajar yang menyudahkan kerja rumah tepat masa mungkin diberikan sehingga 30% mata tambahan dalam peperiksaan akhir mereka.

Pelajar juga bergilir-gilir menjaga kebersihan sekolah, selain mengambil bahagian dalam program kitar semula.

Seorang guru akan ditugaskan menjaga disiplin antara 7.30 pagi hingga 4.10 petang.
Pintu masuk ke sekolah Tsun Jin tempat Azura mengajar.“Sepanjang 11 tahun saya mengajar di sini, tidak ada seorang pun pelajar pernah ditangkap merokok atau merayau-rayau dalam kawasan sekolah,” Azura memberitahu FMT.

Beliau mendakwa guru di sekolah berkenaan tidak terlepas kelas dan mereka saling memeriksa kerja sesama mereka bagi memastikan semua berada dalam keadaan baik.

Katanya, guru sentiasa disibukkan dengan kerja, “dan mungkin kerana itu terhindar daripada politik pejabat”.

“Guru yang mengajar subjek yang sama akan bermesyuarat seminggu sekali bagi menentukan pelajaran yang akan diajar serta pendekatan yang akan digunakan,” katanya dengan menambah bahawa sesi perbincangan sedemikian di mana pendekatan mengajar diteliti dan diperhalusi telah menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

Bercakap tentang tugasnya sebagai guru bahasa, Azura berkata, beliau banyak belajar daripada pakar luar yang kerap dipanggil oleh sekolah. Pakar berkenaan mengajar teknik penulisan dan pembelajaran yang kemudiannya akan disampaikan kepada pelajar

“Pelajar kami tahu tentang cara terbaik untuk menulis karangan dan menjawab soalan. Ini membantu mereka mendapat markah yang tinggi.”

Hampir kesemua pelajar adalah dari kaum Cina, tetapi menurut Azura, mereka terdedah kepada budaya Melayu dan India yang diamalkan di Malaysia dan kebanyakan mereka boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.

“Pelajar yang tidak boleh akan diberikan galakan oleh guru sehingga mereka mampu bercakap dalam 2 bahasa itu.

Beliau berkata, seperti kebanyakan kantin di sekolah Cina, kantin di sekolahnya menyediakan makanan tidak halal, tetapi orang Islam tidak berdepan masalah kerana mereka dibenarkan makan di warung yang terletak di luar pagar sekolah.

Pada bulan puasa katanya, pelajar akan cuba menunjukkan kepekaan mereka terhadap guru beragama Islam dan biasanya akan meletakkan bekas minuman mereka di atas lantai, dengan tujuan “tidak memperlihatkannya kepada kami”.

“Saya selau beritahu mereka tidak perlu berbuat begitu. Bagaimanapun mereka masih mahu menyorokkan minuman mereka sepanjang bulan puasa.”

Sekolah berkenaan mengupah pelajar untuk kerja-kerja perkeranian semasa mereka menunggu keputusan peperiksaan atau kemasukan ke kolej. Azura berkata ini membantu sekolah kerana guru tidak perlu melakukan kerja trsebut.

Beliau percaya ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah “bukan kerana ia sekolah Cina tetapi kerana keutamaannya betul. Ia menanam disiplin, kerja keras dan sikap menghormati orang lain.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/selepas-11-tahun-azura-masih-teruja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Nangis Bila Sedar Itu Hanya Bantal Perginya Anak Syurga Selepas 1 Tahun 4 Bulan

Isteri Nangis Bila Sedar Itu Hanya Bantal Perginya Anak Syurga Selepas 1 Tahun 4 Bulan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 582 hits
Isteri sebagai ibu akan lebih terasa kehilangan si kecil Dia yang mengandung dan melahirkan apatah lagi bila si kecil selepas lahirnya ditatang bagai minyak yang penuh Sokongan suami amat diperlukan untuk isteri saat menghadapi kehilangan S...
Takwim Sekolah Kpm Tahun 2017

Takwim Sekolah Kpm Tahun 2017

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 578 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2017 untuk rujukan ibubapa guru guru dan pelajar Tahun 2017 Mula sekolah 1 Jan 2017Cuti pertengahan penggal pertama 17 Mac 25 Mac 2017 Cuti pertengahan tahun ...
Cuti Sekolah Cuti Pertengahan Tahun 2019

Cuti Sekolah Cuti Pertengahan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 909 hits
Assalammualaikum Dunia Semua maklum esok Jumaat 24 Mei 2019 bersamaan 19 Ramadhan adalah hari terakhir sesi persekolahan pertengahan tahun 2019 Wahhh cepatnyer dah setengah tahun dahh Yayyy cuti ihsan googleMurid murid cuti awal seminggu se...
Selepas 18 Tahun Itunes Mungkin Tiada Lagi Wwdc 2019

Selepas 18 Tahun Itunes Mungkin Tiada Lagi Wwdc 2019

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 436 hits
Jika anda sudah biasa dengan iTunes ia adalah salah satu perisian di MacBook yang mampu memberi aturan backupn restore buat iPhone anda Malah mampu membuat pelbagai perkara lain lagi Mengikut ura ura pada kemaskini terbaru macOS yang bakal
Anak Meninggal Raya Kedua Tahun Lepas Terkena Jangkitan Selepas Dicium Digomol Orang Ramai

Anak Meninggal Raya Kedua Tahun Lepas Terkena Jangkitan Selepas Dicium Digomol Orang Ramai

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 413 hits
The ReporterSudah kerap kali diberi peringatan agar tidak menyentuh anak yang masih kecil sekiranya diri seseorang itu tidak menjaga kebersihan walau perokok sekalipun Ini kerana tahap keimunan bayi atau kanak kanak masih belum kuat untuk m...
Selepas Berbuka Baby Masih Tak Bergerak Doktor Sahkan Bayinya Meninggal Di Usia Kandungan 38 Minggu

Selepas Berbuka Baby Masih Tak Bergerak Doktor Sahkan Bayinya Meninggal Di Usia Kandungan 38 Minggu

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 307 hits
Baru baru ini selebriti Hanis Zalikha berkongsi mengenai pengalamannya berpuasa ketika hamil di mana bayi dalam kandungannya mengeras membuatkan pasangan itu bimbang dan suaminya Hairul Azreen terus menyuruh dia berbuka puasa nbsp Masuk tri...
6 Bukti Ramadanmu Sudah Lebih Baik Dari Tahun Lalu Meski Kamu Merasa Masih Gitu Gitu Aja

6 Bukti Ramadanmu Sudah Lebih Baik Dari Tahun Lalu Meski Kamu Merasa Masih Gitu Gitu Aja

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 274 hits
Nggak usah minder meski kamu nggak mendadak alim seperti yang lain lain Kamu jelas sudah menjadi pribadi yang lebih baik kalau hal hal ini kamu lakukan
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia Diteruskan Bagi Tahun 2017

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia Diteruskan Bagi Tahun 2017

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 557 hits
KPM meneruskan pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia bagi murid Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2017 Nombor Sijil TPSM yang berkuatkuasa bermula 1 1 2017 s...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan