Kronologi 30 Gerai Di Bazar Melayu Masjid India Musnah Terbakar Tiada Unsur Sabotaj



1.30 PAGI SELASA 21 MEI 2019
30 gerai di Bazar Melayu Masjid India, Kuala Lumpur dilaporkan musnah dalam kebakaran. 
27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Pudu, BBP Sentul dan Unit Forensik BBP Seri Rampai dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 pagi. 
Bomba menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi pemadaman api berikutan banyak kenderaan diparkirkan di sekeliling kawasan itu. 

Api berjaya dikawal sekitar jam 2 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.22 pagi. 
Siasatan mendapati, 30 lot gerai musnah 100 peratus dalam kebakaran dan tiada sebarang kemalangan jiwa. 
Punca siasatan dan kerugian masih dalam siasatan. 
8.33 PAGI 
Salah seorang penjaja di Bazar Melayu Masjid India, Nur Fasilah Zainul Abidin, 27, berkata, dia pada awalnya menyangka asap yang dilihatnya itu adalah asap vape. Namun menyedari kebakaran berlaku apabila terhidu bau hangit lalu menjerit meminta tolong. 
Beberapa penjaja lain dan orag awam cuba memadamkan kebakaran tetapi tidak berhasil sebelum pihak bomba tiba di lokasi itu lapan minit kemudian. 

"Api marak dengan cepat, berikutan kebanyakan gerai di situ ditutup dengan kanvas serta plastik selain barangan yang ada juga mudah terbakar," katanya. 
12.13 TENGAH HARI
Linda Razali, 35, antara peniaga di bazar itu berkata, jualan mereka semalam adalah jualan yang paling memberangsangkan dan sudah lama tidak pernah mendapat hasil seperti itu. Tetapi segalanya musnah bila gerai mereka dijilat api. 
Beliau yang berniaga tudung berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh rakannya di kawasan bazar tersebut. 
"Kawan saya telefon bagi tahu kedai saya terbakar. Terus saya rasa nak pitam dna lemah semangat. Saya menangis memikirkan nasib sempena bulan Ramadan ini dan nak sambut raya," katanya memetik laporan dari BERNAMA. 
Salah seorang saksi kejadian, Syed Yusof Abdul, 60, berkata, kebakaran itu merupakan kejadian kali ketiga setelah bazar itu beroperasi selama 16 tahun. 





2.59 PETANG
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang memindahkan sementara semua 30 gerai bazar yang terjejas dengan kebakaran itu ke Lorong Tuanku Abdul Rahman 3 atau 5. 
Bagaimanapun, perpindahan itu tertakluk kepada persetujuan semua peniaga terbabit dan DBKL meminta penjaja berbincang dengan persatuan terlebih dahulu dan sekiranya tidak bersetuju, mereka diminta untuk menyatakan cadangan untuk DBKL buat penilaian. 
DBKL tidak membenarkan penjaja yang terjejas berniaga di tapak terjejas sehingga siasatan pihak boleh selesai, selain membolehkan DBKL melakukan kerja-kerja pembaikan. 


3.12 PETANG
Persatuan Peniaga Bazar Melayu Moden Jalan Melayu Off Jalan Masjid India menjelaskan kebakaran yang berlaku bukan disebabkan perbuatan khianat atau sabotaj

Siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berpunca akibat litar pintas. 
Ekoran kejadian itu, operasi di bazar itu ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan. 






Sumber: Harian Metro, Berita Harian, Utusan Online, Agenda Daily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/05/video-gambar-kronologi-30-gerai-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moga Allah Ganti Dengan Rezeki Lebih Baik Ramai Sedih Bila Lebih 30 Gerai Terbakar Di Jalan Masjid India

Moga Allah Ganti Dengan Rezeki Lebih Baik Ramai Sedih Bila Lebih 30 Gerai Terbakar Di Jalan Masjid India

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 671 hits
Moga Allah ganti Dengan Rezeki Lebih Baik Ramai Sedih Bila Lebih 30 Gerai Terbakar Di Jalan Masjid India Kejadian yang berlaku awal pagi tadi menyaksikan lebih 30 gerai di Jalan Masjid India Kuala Lumpur habis terbakar Kebakaran yang merugi...
Tapak Gerai Amp Barang Jualan Musnah Terbakar Al Quran Ditemui Utuh Tak Dijilat Api

Tapak Gerai Amp Barang Jualan Musnah Terbakar Al Quran Ditemui Utuh Tak Dijilat Api

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 283 hits
Dua hari lepas lebih kurang 30 peniaga di Jalan Masjid India terpaksa menanggung kerugian apabila gerai mereka hangus dijilat api Kebakaran yang berlaku berhadapan Wisma Yakin itu benar benar menggemparkan warga kota kerana berlaku pada awa...
Dbkl Cadang Tempat 30 Peniaga Terlibat Kebakaran Di Masjid India Ke Lokasi Sementara

Dbkl Cadang Tempat 30 Peniaga Terlibat Kebakaran Di Masjid India Ke Lokasi Sementara

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 365 hits
30 gerai perniagaan musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin Masjid India awal pagi tadi PETALING JAYA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang menempatkan 30 peniaga yang terlibat dalam kebakaran di Bazar Jalan Masjid India malam tadi k...
Mobil Carry Terbakar Depan Masjid Istiqlal Pengemudi Kabur

Mobil Carry Terbakar Depan Masjid Istiqlal Pengemudi Kabur

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 383 hits
Mobil Suzuki Carry B 2579 ZF terbakar di depan Masjid Istiqlal Jakarta Pusat Mobil itu diketahui membawa jeriken berisi cairan mudah terbakar
Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah Sayed Munawar

Melayu Masih Agungkan Jenama Sendiri Dengan Unsur Penjajah Sayed Munawar

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 329 hits
Oleh Hanya 21 sahaja dalam kalangan hampir 200 reruai usahawan Melayu di sebuah karnival Ramadan menggunakan jenama Melayu tulen dan baku Gambar HiasanSelebihnya pantas sangat mengaitkan jenama perniagaan mereka dengan unsur penjajah dan as...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar