Kalau Betul Pertahan Hak Melayu Bubar Parlimen Segera


Oleh Athirah Huda Zalhe Bila dah kongsi kuasa dengan puak cauvinis, baru nak 'bersilat' pertahan hak orang Melayu, Perlembagaan: Naib Presiden Berjasa

BANGI– Bubar segera Parlimen dan bentuk gabungan baharu dengan parti-parti Melayu, jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serius mahu mempertahankan hak orang Melayu serta Bumiputera di negara ini.
Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman tertanya-tanya apakah kesudahan terhadap isu kuota matrikulasi yang hangat menjadi pertikaian dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) ketika ini.
Beliau turut mempersoalkan, apakah Bersatu mampu ‘mendiamkan’ parti tamak haloba, DAP dan puak cauvinis yang semazhab dengan mereka.
“Lagikan zaman mereka pembangkang pun mereka tak berdiam diri, adakah mereka akan mengalah dalam keadaan mereka sedang berkuasa?
“Tak dapat kuota sebelum ini, tapi Kabinet dah bagi mereka tempat tambahan. Apakah kita jangka akan berlaku pada tahun depan?,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hazizi berkata demikian mengulas serangan dan kecaman pelbagai pihak, termasuk DAP, MCA dan Gerakan ke atas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berhubung kenyataannya mengenai kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat pekerjaan.
Khamis lalu, portal berita melaporkan Maszlee sebagai berkata, pihak yang menuntut kelonggaran bagi kuota kaum matrikulasi, perlu membangkitkan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.
“Kalau kita nak ubah (matrikulasi), kalau kita kata Malaysia baru maka tak perlu kuota dan sebagainya, sebegitu juga kita kena pastikan peluang pekerjaan kepada Bumiputera tak dinafikan semata-matanya kerana mereka tak boleh (berbahasa) Mandarin,” katanya.
Kenyataan Maszlee itu mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.
Terbaharu, lebih 69,000 individu telah menandatangani petisyen menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan beliau.
Petisyen yang dilancarkan tiga minggu lalu di change.org oleh ‘Stephen Ng’ itu menyifatkan perlantikan Maszlee hanya menjejaskan sokongan rakyat terhadap PH.
Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Hazizi berkata, pertikaian yang berlaku ketika ini bukanlah isu Maszlee dan Bersatu semata-mata, sebaliknya membabitkan Perlembagaan serta isu orang Melayu dan Bumiputera.
“Dah kita tanam pokok epal, jangan pula bergaduh kenapa tak keluar buah kelapa. Kita rakyat marhaen, jangan terikut rentak isu dan jangan mudah lupa isu pokok.
“Semua warganegara Malaysia sepatutnya patuh dan akur pada peruntukan Perlembagaan. Orang politik yang berkuasa selama ini tamak. Ketamakan itu menyebabkan mereka berebut kuasa,” katanya.
Jelas beliau, untuk menang perebutan itu, mereka menjemput anasir yang berideologi memusuhi peruntukan hak istimewa orang Melayu untuk berebut serta berkongsi kuasa.
“Bila dah berkongsi kuasa dengan puak cauvinis, rakus dan rasis ini, baru nak bersilat pertahankan hak orang Melayu dan kedaulatan Perlembagaan? 
Lupakanlah,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kalau-betul-pertahan-hak-melayu-bubar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mazlan Aliman Di Gesa Lebih Lantang Pertahan Hak Peneroka

Mazlan Aliman Di Gesa Lebih Lantang Pertahan Hak Peneroka

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 310 hits
KUANTAN Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan menggesa Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Mazlan Aliman supaya lebih lantang bersuara dalam mempertahankan hak peneroka Felda Kenyataan berbentuk pertanyaan Masih adakah duit raya untuk peneroka ...
Dap Semakin Berani Cabar Hak Orang Melayu

Dap Semakin Berani Cabar Hak Orang Melayu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 498 hits
Dr Asma RazalliKUALA LUMPUR Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dapat menghidu niat DAP tanpa segan silu menyatakan hak istimewa Bumiputera dan orang Melayu tidak lagi relevan Parti chauvinis itu semakin berani mencabar orang Melayu sejak gab...
Anggota Parlimen Pas Pengkalan Chepa Pertahan Maszlee Malik

Anggota Parlimen Pas Pengkalan Chepa Pertahan Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 362 hits
ISMA WEB Ahmad Marzuk minta kerajaan dedah sejauh mana serius diskriminasi pekerjaan terhadap Melayu kerana tidak boleh berbahasa Mandarin Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary mempertahankan kenyataan tegas Menteri Pendidik...
Prk Sandakan Dap Pertahan Parlimen Dengan Majoriti Besar

Prk Sandakan Dap Pertahan Parlimen Dengan Majoriti Besar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 419 hits
SANDAKAN Calon DAP Vivian Wong Shir Yee memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan hari ini dengan majoriti lebih besar Vivian 30 anak kepada penyandang kerusi parlimen itu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt menang dengan majoriti 11...
Bekas Pembantu Ahli Parlimen Dakwa Diganggu Secara Seksual

Bekas Pembantu Ahli Parlimen Dakwa Diganggu Secara Seksual

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas pembantu seorang Ahli Parlimen di Perak yang mendakwa diganggu secara seksual oleh Ahlli Parlimen itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ah...
Dia Ganggu Rumah Tangga Saya Kata Ahli Parlimen Pkr Dituduh Buat Gangguan Seksual

Dia Ganggu Rumah Tangga Saya Kata Ahli Parlimen Pkr Dituduh Buat Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 418 hits
Ahli Parlimen PKR mendakwa tuduhan beliau membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita yang pernah berkhidmat dengannya adalah berniat jahat Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan Subramaniam mendakwa wanita terbabit sebenarnya menaruh pera...
Wanita Itu Yang Goda Saya Kata Ahli Parlimen Pkr

Wanita Itu Yang Goda Saya Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sungai Siput menafikan dakwaan dirinya melakukan gangguan seks terhadap seorang wanita Kesavan Subramaniam berkata tindakan individu itu sebenarnya hanya bertujuan untuk merosakkan rumah tangganya Jika benar saya ...
Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Follow Up Di Kpj Seremban

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Bts We Are Back

Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam