Dipercayai Cemburu Suami Lebihkan Anak Wanita Didakwa Tergamak Bunuh Hanyutkan Anak Ditiri Di Sungai


Teka-teki penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki tanpa kepala di Sidrap, Indonesia akhirnya terbongkar susulan daripada kejayaan pihak polis memberkas ibu tiri kepada kanak-kanak itu atas dakwaan menculik dan membunuh.
Menurut portal Tagar.id, kes tersebut mula terbongkar selepas wanita berusia 39 tahun yang juga merupakan ibu tiri kepada kanak-kanak itu mengunjungi Hospital (RS) Nene Mallomo Sidrap atas tujuan untuk melihat keadaan mangsa.
Gambar: DjagadMedia Namun begitu, pegawai polis yang mencurigai tindak-tanduk suspek telah bertindak menangkapnya serta-merta.
“Suspek bersama barang bukti telah berjaya ditahan. Kes pembunuhan ini akan disiasat dengan lebih lanjut oleh Balai Polis Sidrap.”
Ketika disoal siasat, suspek telah mengakui perbuatannya iaitu menculik dan membunuh mangsa dengan cara menghanyutkannya di dalam sungai.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, AKP Dharma Negara, menyatakan bahawa kes penculikan yang membawa kepada pembunuhan kanak-kanak berusia lima tahun itu akhirnya terbongkar.
Pasukan Crime Fighter Team Resmob Pinrang bersama-sama Resmob Polis Daerah Sulawesi Selatan akhirnya telah berjaya menangkap suspek yang juga merupakan ibu tiri kepada mangsa tersebut.
Gambar: INDOZONE “Suspek telah datang ke hospital dengan tujuan untuk melihat keadaan mayat mangsa. Tetapi hasil maklumat daripada saksi yang dikumpul serta tindak-tanduk suspek yang mencurigakan, suspek telah diiringi ke balai polis untuk disoal siasat. Hasil daripada tindakan itu, suspek telah mengakui bahawa dia adalah penculik dan pembunuh kanak-kanak tersebut,” kata AKP Dharma.
Menurut AKP Dharma, suspek merupakan isteri pertama kepada ayah si mangsa. Hubungan mereka didakwa renggang, sehingga akhirnya mereka telah memutuskan untuk bercerai sekitar tahun 2002, walaupun telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Pun begitu, pada sekitar 2019, mereka telah bersepakat untuk kembali merujuk.
Meskipun mereka disatukan kembali, ternyata hubungan perkahwinan mereka tidak seindah seperti dulu. Mereka dikatakan sering bertengkar sehingga suspek merasa cemburu dan menganggap bahawa suaminya itu lebih menyayangi dan lebih memberikan perhatian kepada anak tirinya berbanding dengan dua orang anak kandungnya.
Gambar: Bukamatanews.id Susulan daripada itu, suspek didakwa telah bertindak menculik dan membawa mangsa ke sebuah jambatan seterusnya membunuhnya.
“Suspek dan barang bukti telah berjaya diberkas. Kes pembunuhan ini akan disiasat oleh Polis Daerah Sidrap. Sementara kes penculikan pula akan disiasat oleh Polis Derah Pinrang,” kata pegawai polis.
Terdahulu, mayat seorang kanak-kanak tanpa kepala yang terapung di saluran pengairan Galung Aserae, Kampung Lakessi, Kabupaten Maritenggae, Kabupaten Sidrap, Sulsel, pada Khamis 30 April 2020 berjaya ditemui oleh penduduk setempat.
Mayat kanak-kanak itu dilaporkan telah dijumpai oleh penduduk setempat yang melalui lokasi kejadian. Menurut sumber, mayat tersebut telah ditemui dalam keadaan terlentang tanpa kepada didalam saluran pengairan sehingga mengeluarkan bau busuk.
Sumber: Tagar.id
The post Dipercayai Cemburu Suami Lebihkan Anak, Wanita Didakwa Tergamak Bunuh, Hanyutkan Anak Ditiri Di Sungai appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/06/dipercayai-cemburu-suami-lebihkan-anak-wanita-didakwa-tergamak-bunuh-hanyutkan-anak-ditiri-di-sungai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 485 hits
Apalah jampi yang dipakai oleh The World Of The Married ini sampaikan semua orang tak berhenti menyebut tentang drama tersebut siang dan malam Walaupun memulakan cerita dengan kisah pengkhianatan di antara pasangan suami isteri tetapi setel...
Isteri Dalam Pantang Dan Suami Positif Syabu Lima Anak Duduk Dalam Rumah Penuh Sampah Sarap

Isteri Dalam Pantang Dan Suami Positif Syabu Lima Anak Duduk Dalam Rumah Penuh Sampah Sarap

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 527 hits
Berat mata memandang berat bahu yang memikul Begitulah nasib lima beradik yang dibesarkan oleh ibu bapa penagih dadah dan tinggal di dalam rumah yang kotor dan dipenuhi sampah sarap Menerusi pendedahan Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid beliau b...
Ikut Suami Ambil Syabu Lepas Seminggu Bersalin 5 Anak Dibiar Hidup Melarat

Ikut Suami Ambil Syabu Lepas Seminggu Bersalin 5 Anak Dibiar Hidup Melarat

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 469 hits
Sudahlah suami isteri menagih dadah malah dibiarkan kelima lima anak hidup melarat tanpa penjagaan sewajarnya Penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat seolah olah menjadi duri dalam daging dan ternyata telah menjadi musuh nombor satu dal...
Tak Terima Dituduh Selingkuh Suami Di Musi Rawas Bunuh Istri

Tak Terima Dituduh Selingkuh Suami Di Musi Rawas Bunuh Istri

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 211 hits
Kesal pelaku langsung memukuli korban dengan tangan kosong beberapa dan membenamkan wajah korban ke dalam wastafel berisi air Tak puas pelaku menjerat leher istrinya dengan tali rafia dan kabel hingga tewas
Suami Tak Nak Ajar Anak Isteri Buntu Nak Yakinkan Suami Didik Anak Dari Kecil

Suami Tak Nak Ajar Anak Isteri Buntu Nak Yakinkan Suami Didik Anak Dari Kecil

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 580 hits
Sudah menjadi tanggung jawab ibu ayah untuk mendidik anak anak sedari mereka kecil Ajarkan pada mereka untuk berdikari dan rajin membuat kerja rumah supaya mereka membesar menjadi anak yang boleh diharap Seperti yang dikongsikan oleh ibu in...
Hai Suami Di Alam Maya Wanita Syukur Sah Bergelar Isteri Walau Bernikah Melalui Sidang Video

Hai Suami Di Alam Maya Wanita Syukur Sah Bergelar Isteri Walau Bernikah Melalui Sidang Video

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 300 hits
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan pelbagai urusan terpaksa ditangguhkan dan berubah mengikut prosedur tertentu Antara yang mendapat perhatian adalah pernikahan dalam talian melalui sidang video untuk setiap pasangan mengi...
Khatam Al Quran Setiap Hari Wanita Kongsi Rahsia Jarang Masam Muka Dengan Suami

Khatam Al Quran Setiap Hari Wanita Kongsi Rahsia Jarang Masam Muka Dengan Suami

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 377 hits
Kehidupan sebagai suami isteri bukanlah mudah Banyak cabarannya apatah lagi perkahwinan ini melibatkan perhubungan dua jantina berlawanan Untuk menjayakan hubungan suami isteri perlu sepakat dan sentiasa menghormati Setiap amalan yang kita ...
Semua Kutuk Hina Kami Wanita Imbas Kembali Keadaan Waktu Dia Suami Hidup Susah

Semua Kutuk Hina Kami Wanita Imbas Kembali Keadaan Waktu Dia Suami Hidup Susah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 887 hits
Sesungguhnya kehidupan suami isteri ada ujiannya tersendiri Susah atau senang kehidupan berumah tangga ia tetap satu dugaan yang menguji keimanan serta tahap kesabaran kita Isteri ini berkongsi bagaimana dia dan suaminya mengharungi kepayah...
Suami Lumpuh Anak Oku Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad

Suami Lumpuh Anak Oku Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 388 hits
Suami Lumpuh Anak OKU Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad Jika ada anugerah khas buat wanita ini dia paling layak untuk menerimanya Ini kerana pengorbanan dan ketabahannya menjaga suami yang lumpuh sejak 12 tahun dan anak bongsu yang ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan