Suami Tak Nak Ajar Anak Isteri Buntu Nak Yakinkan Suami Didik Anak Dari Kecil


Sudah menjadi tanggung jawab ibu ayah untuk mendidik anak-anak sedari mereka kecil. Ajarkan pada mereka untuk berdikari dan rajin membuat kerja rumah supaya mereka membesar menjadi anak yang boleh diharap.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, harapan dia untuk mengajar anaknya supaya menjadi anak yang rajin tapi suaminya tidak setuju dengan cara begitu.
Assalamualaikum semua pembaca Pa&Ma. Kalau perkongsian saya ni disiarkan oleh min, alhamdulillah. Saya sangat memerlukan pendapat awak semua. Saya buntu, tak tahu apa nak buat. Stres pun ada.
Saya dan suami dah berkahwin selama 7 tahun, kami ada anak yang sekarang dah berumur 5 tahun. Saya dan suami mempunyai sedikit percanggahan tentang cara mendidik anak kami. Suami lebih relax dan dia tak suka nak ajar anak untuk susah-susah. Contohnya, kalau anak nak minum air dia yang akan ambilkan. Saya pula, kalau anak rasa haus, saya akan suruh dia ambil sendiri di dapur.
Bukanlah sebab tak sayang anak, tapi saya percaya kalau nak lentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sejak kecil kita patut didik anak-anak untuk berdikari sendiri. Selagi tak susah mana dan tidak mendatangkan bahaya kepada anak, pada saya tak ada masalah.
Sejak PKP ni makin susah. Sebab suami sama-sama ada di rumah. Jadi anak pun naik lemak. Kalau dengan saya, rajin je. Saya suruh tolong masukkan baju kotor dalam bakul, angkat pinggan sendiri lepas makan. Semuanya dia boleh buat (tak ada mengamuk atau protes).
Tapi bila suami ada di rumah ni, semua benda dia tolong buatkan. Kadang-kadang saya pun dia suruh buatkan untuk anak. Cara macam ni saya tak suka. Sebab ia akan buat anak jadi pemalas dan terlalu bergantung pada kami. Benda-benda simple, sepatutnya dia boleh buat sendiri.
Pengakuan Lain: [“Jangan Berhenti Doakan Anak.” Ibu Kongsi Cara Didik Anak Tak Perlu Marah Atau Pukul]
Dari segi akedemik, alhamdulillah anak saya sejenis yang cepat tangkap. Dia dah mula membaca sejak tahun lepas dan dia boleh bercakap bahasa Korea juga sikit-sikit (memandangkan saya boleh bercakap bahasa Korea sebab pernah belajar di sana dulu). Jadi saya ajar pada anak.
Dia dah boleh menulis banyak perkataan dan bila saya buat ujian mnegeja, biasanya dia akan dapat markah penuh. Tapi pada saya, biarlah seiring bijak akademik dan skil berdikari tu. Kalau pandai pun, tapi hal remeh semua tak boleh buat tak guna.

Saya pernah bincangkan hal ni dengan husband. Tapi dia kata, biarlah. Belum masa nak ajar anak semua benda tu, dia pun masih kecik. Jadi saya katakan pada husband, sebab itu kena ajar dari sekarang. Nanti dah besar tak payah cakap, dia dah tahu buat semua sendiri.
Tapi awak semua jangan salah faham ya. Peribadi suami saya, dia seorang yang rajin. Selalu bantu saya. Kalau saya letih, basuh baju semua tu dia akan bantu. Baju-baju pun dia yang rajin lipat. Dia juga suka mengemas rumah.
Saya pernah tanyakan pada dia, siapa yang ajar dia buat semua tu. Katanya, Mama (ibu mertua saya) yang ajarkan dia. Saya tanya lagi, sejak bila dia belajar buat kerja rumah. Dia cakap, sejak kecil.
Sebab itulah saya kata semula pada dia, “Saya nak anak kita jadi macam awak. Rajin bantu isteri, tak kekok buat kerja rumah. Tapi kalau awak manjakan dia macam sekarang, saya takut terlambat nak ajar bila dia dah besar.”
Tapi suami tak setuju, sebab dia kata waktu kecik dulu dia buat sebab takut Mama rotan. Dia tak ikhlas pun nak buat. Kalau boleh, kata suami tunggu anak bersedia. Waktu itu bolehlah diajarkan anak semua kerja rumah.
Dah sebulan lebih tempoh PKP ni, rutin harian yang selalu saya ajarkan pada anak, kebanyakan dia dah lupa. kemas katil, angkat pinggan lepas makan, lipat baju sendiri, semua dah jadi ‘berat’ pada dia. Geram juga saya, sebab letih saya ajarkan pada anak. Tapi sebab suami terlalu manjakan, dia tak mahu buat dah sekarang.
Pengakuan Lain: [“Buat Kita Lebih Menghargai.” Isteri Frontliner COVID-19 Cerita Hikmah Sebalik ‘Perpisahan’]
Macam mana saya nak yakinkan husband saya tentang hal ni ya? Berilah pendapat awak semua, mana tahu boleh beri saya idea untuk handle masalah suami yang terlalu manjakan anak ni.
Saya yakin, jika anak diajar sejak kecil mereka akan jadi lebih matang dan berdikari. Sekarang saya cuma mahu suami bersama-sama dengan saya didik anak cara tu. Terima kasih kerana membaca, nanti berilah pendapat awak semua ya kalau sudi.
Pn Atiqah (Bukan nama sebenar)
Jika anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan dengan Pa&Ma, sila klik KONGSI CERITA
The post “Suami Tak Nak Ajar Anak.” Isteri Buntu Nak Yakinkan Suami Didik Anak Dari Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-tak-nak-ajar-anak-isteri-buntu-nak-yakinkan-suami-didik-anak-dari-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suruh Anak Buat Kerja Dari Kecil Bukan Kita Jadi Bos Tapi Nak Didik Biar Lebih Berdikari

Suruh Anak Buat Kerja Dari Kecil Bukan Kita Jadi Bos Tapi Nak Didik Biar Lebih Berdikari

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 321 hits
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada semua pasangan yang berkahwin Kehadiran cahaya mata disambut dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang Dek kerana sayang anak dimanjakan serta segala kehendaknya akan diikuti sehi...
Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh

Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 420 hits
Sesuai dengan tuntutan agama setiap individu yang beragama Islam perlu berpuasa pada siang hari apabila tiba bulan Ramadan Namun begitu anak anda yang masih belum mencapai akil baligh tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa oleh agama Pun begi...
Bila Nak Bersalin Maaf Doa Suami Tu Penting Isteri Hamil 9 Bulan Datang Mohon Restu Suami Kena Tahan Ingkar Pkp

Bila Nak Bersalin Maaf Doa Suami Tu Penting Isteri Hamil 9 Bulan Datang Mohon Restu Suami Kena Tahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 633 hits
Bila tiba waktu bersalin lazimnya seorang isteri akan memohon maaf atau meminta restu dari suami tercinta supaya reda dan doa ikhlas daripadanya dapat membantu proses bersalin lebih lancar Itu yang dibuat oleh seorang isteri di Alor Setar K...
Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 734 hits
Bukan mudah menjadi seorang ibu Kita mahukan yang terbaik buat anak anak Kalau boleh mahu jadi yang sempurna untuk mereka Tanpa kita sedar sebenarnya itulah yang memberi tekanan kepada kita Ibu memang serba boleh tapi masih manusia biasa Ad...
Suami Ditahan Ingkar Pkp Isteri Datang Balai Minta Restu Nak Bersalin

Suami Ditahan Ingkar Pkp Isteri Datang Balai Minta Restu Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 365 hits
ALOR SETAR Seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan sanggup datang untuk melihat suaminya yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra Sungai Baru Alor Setar malam tadi Wanita berusia 30 an itu ditemani jirannya d...
Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 771 hits
Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dengan sekarang amat berbeza Dengan keadaan hari ini memerlukan isteri isteri untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami Sekura...
Suami Isteri Bertengkar Depan Anak Saling Memaki Anak Membesar Suka Membuli

Suami Isteri Bertengkar Depan Anak Saling Memaki Anak Membesar Suka Membuli

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 329 hits
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka...
Suami Nak Lawat Isteri Lain Perlu Minta Kebenaran Dulu Polis

Suami Nak Lawat Isteri Lain Perlu Minta Kebenaran Dulu Polis

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 350 hits
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin menyarankan lelaki yang mempunyai lebih daripada satu isteri perlu membuat pemohonan kebenaran dari polis jika mahu melawat isteri lain yang lebih 10 kilometer dari kediaman Beliau berkata piha...
Bagusnya Haziq Hafal Doa Nak Jadi Imam Tarawih Ini Cara Johan Ozlynn Latih Anak Berdoa Dari Hati Sejak Kecil

Bagusnya Haziq Hafal Doa Nak Jadi Imam Tarawih Ini Cara Johan Ozlynn Latih Anak Berdoa Dari Hati Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 428 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Itulah yang dipraktikkan oleh pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan isteri Ozlynn dalam mendidik anak anak mereka Sering sahaja memuat naik aktiviti aktiviti keluarga mereka di Instagram Jozlynnhanani...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids