Dilema Jadi Anak Lejen


 

Ketika membuat persembahan baca sajak keliling Selangor mengikut rombongan Ito Blues Gang dan kawan-kawan, saya agak tertarik melihat otai-otai ini ditemani anak-anak sama ada sebagai pemuzik atau pengurus yang menjaga hal-hal seperti pengangkutan dan makan pakai.
Anak bongsu Ito, Kid Afero tampil sebagai pemain gitar mengiringi bapanya. Sutradara Nasir Jani adakalanya ditemani anaknya, ‘Kak Long’. Penyair Pyanhabib, yang meninggalkan kita pada 4 Jun lalu, sesekali ditemani anak sulungnya ketika berkunjung ke Rumah Pena, selain isteri sebagai teman setia.
Otai-otai ini telah saya lihat di kaca TV lama dulu masih aktif berkarya walaupun sudah beranak dan bercucu. Lejen! Begitu juga karyawan lain di zaman remaja saya. Lejen yang masih beraksi dan sukar dicari ganti.
“Lu ingat anak-anak lejen tak ada dilema ke? Berat beban yang mereka tanggung tau?” Getus Nasir kepada saya sewaktu kami keluar sekejap dari kesesakan orang ramai di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia yang lalu. Kami berada di situ sepanjang pesta kerana kami menjual buku di reruai penerbit kami. Maka selama seminggu itu terlalu banyak topik yang kami bualkan sehinggalah sampai ke tajuk ini — perihal harapan orang ramai terhadap anak-anak lejen untuk menggantikan ibu bapa mereka.
“Anak lelaki gua mengaku berat bebanannya apabila kawan-kawan dia tanya, apa bapak kau tak ajar kau bikin filem, buat skrip, jadi kutu?” sambung Nasir sambil memandang slogan Bersatu, Bersetia, dan Berkhidmat di dinding bangunan sebelah tempat kami melepak.
“Bapak kau dulu kaki lawan!” Nampaknya generasi mereka mengharap sesuatu yang lebih bagus muncul dari anak-anak para lejen ini. Anak lejen kalau jadi baik pun orang mengata, jadi teruk lagilah orang mengutuk.
Saya mengelamun. Fenomena ini bukan sahaja kita di sini. Ia juga sama dengan Julian anak John Lennon, Ziggy anak Bob Marley, anak Elvis, dan anak Jackie Chan. Di mana mereka? Mengapa tak sehebat bapak?
Bila orang bercakap tentang mana legasi seniman-seniman hebat kita pergi, secara tak langsung perkara ini memberi tekanan pada waris-waris mereka.
“Aku tidak menggalakkan anak-anak aku masuk ke dalam bidang ini tapi ada juga anak aku menunjukkan kecenderungan ke arah seni juga. Aku tidaklah pula menghalang tapi aku pastikan yang aku telah menasihatkan dia agar benar-benar dah faham dan bersedia. Bukan masuk kosong tanpa ilmu,” begitu pula pandangan seniman Nam Ron yang menyertai perbualan kami tempoh hari.
Nam Ron akui latar keluarganya bukan orang seni tetapi dari dirinya sendiri, yang entah kenapa akan mendapat semangat setiap kali penonton bertepuk tangan ketika beraksi di pentas. Perhatian dan penghargaan yang kurang dalam kehidupan sebenar diraih ketika dia melakukan persembahan. Keterujaan itu mendorong dia terjun ke dalam bidang seni lakon.
Nam Ron menyerah sepenuhnya kepada anak-anaknya untuk menentukan kerjaya masing-masing apabila dewasa nanti, sepertimana dia memilih seni tanpa ada sangkut-paut dengan kabel keluarga.
“Itu aku boleh faham. Secara tak sedar kau telah mengeluarkan sendiri bakat dalam diri kau. Tapi, kau…” saya mengalihkan pula ke arah Ilham, seorang anak muda kreatif, penyanyi dan pemuzik yang menubuhkan kumpulan Pitahati.
“Pada mulanya memang ada tekanan sebagai anak lejen sebab semua kerja seni yang kita buat itu, kreditnya pergi kepada bos,” akui Ilham merujuk kepada ayahandanya, seniman M Nasir.
Kalau kita lihat di YouTube, mana-mana artis muda atau band yang bagus-bagus seperti Margasatwa atau Satwo misalnya, orang akan memuji si bapa pemilik syarikat penerbitan walhal kerja-kerja penerbitan dilakukan oleh mereka, seperti Ilham dan adik-adiknya.
“Tapi sekarang dah boleh terima dah. Tak ada tekanan lagi. Lantaklah, tak kuasa berdebat dengan orang macam tu. Kita buat je kerja kita.” ujarnya.
Memang anak-anak M Nasir telahpun membina kerjaya seni dengan identiti tersendiri mengikut arus zaman sehinggakan ada yang tidak dapat mengesan mereka ini anak M Nasir. Itulah sepatutnya kita sebagai pengamat karya perlu pegang. Usah membanding-bandingkan. Terima kelainan maka karya seni itu akan berkembang lebih sihat. Kalau kita asyik sentimental dengan silam ia akan sempit dan statik.
Bak kata kumpulan Raihan, ‘iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa’, begitu jugalah bakat dan kebolehan tentulah tak sama. Mungkin kecenderungan boleh sama tetapi pencapaian belum tentu. Ada banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan. Masa, keadaan dan zaman antara sebabnya. Kata Nam Ron, faktor ‘nasib’ memainkan peranan penting. Nasib maknanya rezeki dan takdir. Ramai yang hebat tapi tidak bernasib baik.
Tak dinafikan ada juga anak-anak lejen dalam bidang seni turut juga memuncul. Legasi Yusof Haslam tak kurang hebatnya. Shamsul dan Syafiq sudah digelar pakar ‘box office’ bila filem-filem mereka mendapat kutipan hampir mencecah RM100 juta. Bapanya memulakan dan mereka meneruskan.
Aziz M Osman dan Zulkifli juga lejen bidang filem sementara kedua orang tua mereka, Osman dan Afida Es, pernah merajai Pop Yeh Yeh. Bidang seni berbeza tetapi mereka berjaya membuktikan kehebatan tanpa menumpang tuah orang tua. Nabila Huda pun cemerlang dalam bidang lakonan tanpa perlu dibayangi bapanya, Amy Search.
Dalam bidang sukan pun, orang masih mencari mana legasi Sidek dan Foo Kok Keong. Kita semua manusia yang berbeza bakat, minat, keupayaan dan peluang. Anak cucu lejen ini mungkin hari ini menjadi wira bidang keusahawanan, kejuruteraan atau lain-lain yang kita tidak nampak di kaca TV. Kita semua dengan peranan kita.
“Serius juga bebanan yang anak-anak lejen seni tanggung ya?” tanya saya.
“Ya!” jawab Nasir Jani bersungguh-sungguh.
Saya tak tahu selama ini perkara begini berlaku. Menjadi anak lejen rupanya bukanlah tiket untuk cepat naik. Tidak dinafikan memang ada kelebihan menjadi anak lejen tetapi akhirnya nasib juga yang menentukan naik atau turun mereka. Dapatan saya ternyata anak-anak lejen lebih suka bakat dan usaha mereka dinilai tanpa perlu bergantung pada nama ibu bapa mereka.
Rasanya di Malaysia ini untung menjadi anak seorang lejen dalam bidang politik. Lejen-lejen politik yang telah mati atau telah bersara boleh senang-senang saja mewariskan kerusi untuk digantikan oleh anak-anak. Mereka orang yang berbeza dari segi kebolehan, ada yang langsung tak ada sosok kepimpinan tetapi kerana bapa atau maknya lejen politik, boleh aja dong!
Tak pasal-pasal anak YB lejen pun dapat jadi YB! Lepas itu mereka pun jadi lejen sebelum beri baton kepada anaknya pula. Kan? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/dilema-jadi-anak-lejen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Pelaku Pelecehan Anak Di Tangsel Jalani Tes Kejiwaan Apa Hasilnya

Ibu Pelaku Pelecehan Anak Di Tangsel Jalani Tes Kejiwaan Apa Hasilnya

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 98 hits
Polisi memeriksa kejiwaan R seorang ibu yang melecehkan anak kandungnya di Tangerang Selatan
Minta Maaf Kena Ikhlas Lufya Omar Nak Berdamai Dengan Takdir Minta Jangan Guna Anak Untuk Publisiti

Minta Maaf Kena Ikhlas Lufya Omar Nak Berdamai Dengan Takdir Minta Jangan Guna Anak Untuk Publisiti

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 214 hits
Pelakon Lufya Omar memaklumkan dirinya lebih tenang dalam menghadapi konflik dan masalah ketika ini Dia ditemui media baru baru ini berkata isu yang melanda dirinya pada tahun lalu membuatkan dia lebih rasional dan berdamai dengan takdir va...
Macam Baru Baik Demam Je Penampilan Zahirah Selepas Bersalin Anak Kedua Buat Netizen Jealous

Macam Baru Baik Demam Je Penampilan Zahirah Selepas Bersalin Anak Kedua Buat Netizen Jealous

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 303 hits
Jumaat lalu pelakon Zahirah Macwilson baru sahaja melahirkan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pelakon Aiman Hakim Ridza Pasangan itu turut berkongsi berita gembira itu bersama peminat di Instagram di mana mereka turut memaklumkan ...
Kerana Ustaz Mak Ayah Buang Aku Sampai Tak Mengaku Aku Anak Dia Lepas Je Tingkatan 5 Aku Tak Pernah Jumpa Mak Ayah

Kerana Ustaz Mak Ayah Buang Aku Sampai Tak Mengaku Aku Anak Dia Lepas Je Tingkatan 5 Aku Tak Pernah Jumpa Mak Ayah

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 264 hits
Mak ayah langsung tak nak terima penjelasan aku dan mak tak mengaku aku ni anak dia Mak ayah buang aku Lepas je tingkatan 5 aku tak pernah jumpa mak ayah Sampai ayah meninggal pun aku tak tahu Sekarang dah 13 tahun berlalu aku nak lawan ber...
Dpr Sahkan Uu Kesejahteraan Ibu Dan Anak Pekerja Bisa Cuti Melahirkan 6 Bulan

Dpr Sahkan Uu Kesejahteraan Ibu Dan Anak Pekerja Bisa Cuti Melahirkan 6 Bulan

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 134 hits
Pengesahan tersebut dilakukan dalam rapat paripurna DPR ke 19 masa persidangan V tahun sidang 2023 2024 di Kompleks Parlemen Senayan
Kpk Cecar Anak Buah Gus Muhdlor Soal Aliran Uang Korupsi Pemotongan Dana Insentif Bppd

Kpk Cecar Anak Buah Gus Muhdlor Soal Aliran Uang Korupsi Pemotongan Dana Insentif Bppd

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 105 hits
KPK mencecar uang korupsi yang masuk ke kantong Muhdlor melalui staffnya Achmad Masuri
Kesan Dedah Anak Dengan Lagu Hiburan Bila Jadi Inner Voice Susah Nak Didik Ilmu Ilmiah

Kesan Dedah Anak Dengan Lagu Hiburan Bila Jadi Inner Voice Susah Nak Didik Ilmu Ilmiah

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 140 hits
Kesan dedah dengan lagu bila jadi inner voice susah nak didik ilmu ilmiah Dalam era digital yang serba moden ini anak anak kita terdedah kepada pelbagai bentuk hiburan dari pelbagai medium Antara yang paling mudah diakses dan popular adalah...
Uyaina Arshad Abadikan Baby Hand Foot Print Untuk Anak Kedua Saya Dapat Simpan Memori Ini Sepanjang Hayat

Uyaina Arshad Abadikan Baby Hand Foot Print Untuk Anak Kedua Saya Dapat Simpan Memori Ini Sepanjang Hayat

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 174 hits
abadikan baby hand foot print untuk anak kedua saya dapat simpan memori ini sepanjang hayat Berbagai bagai cara untuk kita mencipta kenangan bersama insan tersayang agar dapat dikenang sepanjang hayat Uyaina Arshad Abadikan Baby Hand Foot P...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pallas Kasut Sekolah Pilihan Dari Dulu

Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman