Dilema Graduan Muda Untuk Dapat Kerja


 
Bukan semua graduan baharu meninggalkan kampus dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan, menurut Sukunah Pachiappan daripada Chemvi Laboratory Sdn Bhd. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Tanpa pekerjaan, seseorang tidak akan mendapat pengalaman, namun tanpa pengalaman, hampir mustahil untuk mendapatkan pekerjaan.
Inilah kesulitan yang kini dihadapi oleh graduan muda di negara ini. Sebilangan besarnya – 69% menurut tinjauan oleh penyedia penyelesaian sumber manusia Hays – tidak rasa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan.
Tinjauan berasingan turut menunjukkan hampir separuh daripada responden berkata, ketiadaan peluang yang sesuai menghalang mereka daripada memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk mencari pekerjaan, manakala 28% berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai akses mudah kepada wawasan kerjaya dan kemahiran.
Tidak sukar untuk melihat dilema yang dihadapi oleh graduan muda. Lagipun, kelayakan akademik dipandang enteng bakal majikan.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Menurut Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman, kelayakan akademik hanyalah “bersifat teori”.
“Anda perlukan set kemahiran tertentu untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi kemahiran itu hanya boleh diperoleh dengan bekerja,” katanya kepada FMT Business.
“Antaranya ialah kebolehan berkomunikasi dengan baik, mendengar dengan baik dan mendokumentasi kes atau perkara subjek.
“Akhir sekali, calon juga mesti boleh membaca tingkah laku orang lain.”
Syed Hussain berkata, kemahiran-kemahiran ini mesti dipraktikkan tetapi ia hanya boleh diperoleh dalam industri berkaitan.
Namun, masih ada harapan, tegasnya.
“Kebanyakan organisasi kini mempunyai program latihan atau suai kenal untuk menangani keperluan ini,” katanya.
“Ini akan membolehkan seseorang individu mendapat gambaran yang lebih dekat tentang dunia pekerjaan pada masa akan datang. Sesetengah syarikat mempunyai program sendiri untuk mengambil graduan baharu melalui program pembangunan pengurusan mereka,” tambahnya.
Bagi Pengarah Sumber Manusia dan Kewangan Chemvi Laboratory Sdn Bhd Sukunah Pachiappan, bukan semua graduan baharu meninggalkan kampus dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan.
“Sebagai contoh, di sesetengah universiti, penuntut mungkin tidak dibenarkan menggunakan sepenuhnya semua peralatan makmal, terutamanya yang mahal-mahal,” katanya kepada FMT Business.
Hal ini menyekat peluang penuntut untuk mempelajari kemahiran yang mereka perlukan apabila mula bekerja, katanya.
Sesetengah syarikat juga mungkin tidak membenarkan pekerja pelatih untuk menggunakan peralatan yang mahal kerana khuatir ia akan rosak.
Bagaimanapun, kata Sukunah, ada kemahiran yang boleh dikembangkan sendiri oleh graduan muda.
“Dia boleh menepati masa, bertanggungjawab dan bersedia bekerjasama dengan rakan sekerja dalam menangani masalah berkaitan kerja,” katanya.
Hays meninjau 17,600 orang di seluruh dunia mengenai sama ada mereka percaya bahawa golongan muda mempunyai kebolehan yang diperlukan untuk memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.
Hanya 31% daripada responden bersetuju.
Pengarah Serantau Hays Malaysia Natasha Ishak menegaskan bahawa majikan akan mendapat manfaat dengan memastikan individu yang baru mula bekerja dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan mereka diberi peluang untuk memperoleh kemahiran tersebut.
“Jadi perniagaan dan pendidik mesti bekerjasama untuk menangani sebarang kekurangan,” katanya kepada FMT Business. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/dilema-graduan-muda-untuk-dapat-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Dan Singapura Jajaki Kerja Sama Ketenagakerjaan Pada 4 Area

Indonesia Dan Singapura Jajaki Kerja Sama Ketenagakerjaan Pada 4 Area

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 217 hits
Pemerintah Indonesia dan Singapura sepakat untuk memperkuat kolaborasi melalui kerja sama di antaranya pengembangan Tech Talent untuk mendukung pengembangan Sistem Informasi Pasar Kerja Indonesia
Isterinya Baru Pergi Bapa Tunggal Ini Terpaksa Dukung Anak Kecil Sambil Kerja Berderai Air Mata Tengok

Isterinya Baru Pergi Bapa Tunggal Ini Terpaksa Dukung Anak Kecil Sambil Kerja Berderai Air Mata Tengok

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 354 hits
Anak adalah harta paling berharga buat insan yang bergelar ibu bapa Apabila perkara melibatkan anak selalunya ibubapa sanggup berkorban apa sahaja tanpa mengira penat lelah Tiada ibu bapa yang inginkan anak anaknya hid p dalam s rba kekur n...
Hiburan Suami Tak Ada Hak Atas Duit Kerja Isteri Ustaz Azhar Idrus

Hiburan Suami Tak Ada Hak Atas Duit Kerja Isteri Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 291 hits
Dalam kehidupan berumahtangga masalah kewangan boleh menjadikan salah satu punca sesebuah hubungan berada dalam konflik Sebagai contoh jika si isteri bekerja dan mempunyai pendapatan tetap setiap bulan maka si suami tiada hak ke atas duit b...
Bukan Sebab Tiada Kerja Tapi Anak Kelantan Berhijrah Kerana Memang Suka Merantau Kata Timbalan Mb Kelantan

Bukan Sebab Tiada Kerja Tapi Anak Kelantan Berhijrah Kerana Memang Suka Merantau Kata Timbalan Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 202 hits
Penghijrahan rakyat Kelantan terutama golongan muda ke negeri lain adalah disebabkan sikap serta tradisi mereka yang suka merantau dan bukan disebabkan kekurangan pekerjaan di Kelantan kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdulla...
Ramai Rider Jadi Bangau Wanita Ini Buka Rahsia Kepayahan Kerja Servis Penghantaran Perit Nak Dapat Rm5 000 Sebulan

Ramai Rider Jadi Bangau Wanita Ini Buka Rahsia Kepayahan Kerja Servis Penghantaran Perit Nak Dapat Rm5 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 249 hits
KERJAYA sebagai penghantar makanan atau rider semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda kerana mempunyai jadual kerja yang fleksibel Malah tak kurang juga yang sanggup berhenti daripada pekerjaan tetap demi menjadi ...
Anwar Di Turki Dari 23 Hingga 25 Gambar Gambar Di Turki Dan Lawatan Kerja

Anwar Di Turki Dari 23 Hingga 25 Gambar Gambar Di Turki Dan Lawatan Kerja

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 308 hits
25 7 2022Saya dikunjungi Dr brahim Kal n sahabat karib yang juga penasihat khas Presiden Erdo an di Be ikta Kali terakhir kami bertemu pada 2018 Saya menghargai keikhlasan beliau yang sentiasa memberikan dukungan dan mendoakan yang terbaik ...
10 Pertanyaan Umum Saat Temuduga Kerja Dan Cara Menjawabnya Dengan Betul

10 Pertanyaan Umum Saat Temuduga Kerja Dan Cara Menjawabnya Dengan Betul

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 297 hits
Wawancara kerja gak hanya penting buat agan doang wawancara kerja juga penting bagi perusahaan yang mau ngerekrut calon calon karyawan seperti agan Karena dari tes wawancara itulah para penguji bisa mengetahui kualitas visi serta tujuan aga...
Bila Terlalu Banyak Kerja Sampai Kepala Naik Mereng

Bila Terlalu Banyak Kerja Sampai Kepala Naik Mereng

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 273 hits
Bila Terlalu Banyak Kerja Sampai Kepala Naik Mereng Alkisah mama nak cerita peristiwa yang berlaku hari Jumaat lepas Selalunya mama ni adalah seorang yang mampu menahan stress dan mampu buat kerja super multitasking Tapi perkara yang mama n...
Tips Membentuk Superteam Di Dunia Kerja

Tips Membentuk Superteam Di Dunia Kerja

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 134 hits
CEO Dreamaxtion Victor Osman membagikan beberapa cara untuk menyusun tim kerja ideal atau superteam Dreamaxtion merupakan pemilik platform asesmen rekrutmen kerja Dreamtalent Fungsinya memberikan fasilitas asesmen baik bagi pencari kerja ma...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo