Anwar Di Turki Dari 23 Hingga 25 Gambar Gambar Di Turki Dan Lawatan Kerja


 



25/7/2022
Saya dikunjungi Dr İbrahim Kalın, sahabat karib yang juga penasihat khas Presiden Erdoğan, di Beşiktaş.

Kali terakhir kami bertemu pada 2018.

Saya menghargai keikhlasan beliau yang sentiasa memberikan dukungan dan mendoakan yang terbaik buat Malaysia.

 






Sempat ketemu Prof. Bekir Karlığa, sahabat lama yang juga sejarawan ulung dalam bidang sejarah empayar Uthmaniyyah (Osmanlı) berkongsi pandangannya dengan saya.

Pertemuan sebegini, meski begitu singkat, amatlah bermakna buat saya.



 







Dalam acara tahunan Summer School IIIT di Kırklareli, saya bersama dengan penulis dan pemikir tersohor, Atasoy Müftüoğlu telah cuba untuk mencerakinkan apakah punca kegalauan pemikiran dalam masyarakat semasa.

Usaha ini sukar, namun beliau berpendapat bahawa memperbetul pandangan sarwa berpandukan nilai akhlak dan prinsip itu amat penting buat meluruskan sikap tidak kritis yang seringkali menjadi punca kepada kekeliruan dan ketaksuban.











Semalam saya berpeluang sampaikan syarahan terkait falsafah keadilan kepada tenaga fakulti dan mahasiswa di Universiti İbn Haldun, Başakşehir.

Saya mempopularkan karya Munyatul Musolli oleh Shaykh Daud al-Fatani yang mengungkap soal keadilan selepas berbicara tentang solat dan mengajak hadirin untuk sama-sama menelaahnya.

Saya turut teruja mengetahui sebahagian daripada mahasiswa di sini merupakan lulusan daripada universiti tempatan kita.


 






23/7/2022


Semalam sejurus tiba di Istanbul, saya ditemuramah Anadolu Ajansı terkait perkembangan semasa konflik kemanusiaan antarabangsa, termasuk perang, isu pelarian dan penindasan etnik minoriti.

Saya juga menegaskan kepentingan memperkukuh hubungan Malaysia-Türkiye demi manfaat rakyat kedua-dua negara dan kemanusiaan sejagat.

Kerjasama ini juga bukan sekadar hubungan perdagangan, tetapi turut merangkumi pertukaran pendidikan, kebudayaan, kesusasteraan dan teknologi.

 









23/7/2022

Saya dan Azizah juga berpeluang temui Mantan Duta Besar Türkiye ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakcı dan Pegawai Khas Presiden, Fatima Abushanab.

Dr Kavakcı telah menamatkan tugasnya di Malaysia bulan lalu dan kini kembali berkhidmat di Türkiye.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Kavakcı atas segala sumbangan dan perkhidmatan beliau bagi memperkukuh hubungan Malaysia-Türkiye.



 











23/7/2022

Saya dan Azizah juga berkesempatan mengunjungi warga Malaysia di Istanbul.

Kami sempat adakan sesi dialog dan makan tengahari bersama mereka yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa dan diaspora.

Dialog kami memberi fokus kepada pelbagai perkara terkait isu dalam negara dan perkembangan pendidikan dan kerjaya mereka di Türkiye.

Saya turut memberi nasihat kepada mereka untuk sentiasa optimis dan perkukuhkan tekad demi menjana perubahan yang baik untuk semua.



 





23/7/2022

Saya meluangkan masa menziarahi Dr Ahmad Totonji dan Dr Hisham Altalib sekeluarga di Bakirköy.

Kami juga sempat berbincang mengenai prestasi dan halatuju IIIT.

Kami turut mengenang persahabatan utuh lebih lima dekad yang dilalui ketika saat sukar dan senang.

Ini juga merupakan suatu keunikan IIIT kerana keluarga para pengasasnya rapat antara satu sama lain. Semoga ukhuwah ini terus berkekalan.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/anwar-di-turki-dari-23-hingga-25gambar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ri Timor Leste Sepakat Kerja Sama Di Bidang Pertanian Hingga Perdagangan

Ri Timor Leste Sepakat Kerja Sama Di Bidang Pertanian Hingga Perdagangan

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 122 hits
Presiden Joko Widodo menerima kunjungan kenegaraan Presiden Republik Demokratik Timor Leste Jos Manuel Ramos Horta di Istana Kepresidenan Bogor Jawa Barat Dalam kunjungan tersebut kedua negara sepakat bekerja sama di bidang ekonomi
Anwar Ke Turki Atas Jemputan Presiden Erdogan

Anwar Ke Turki Atas Jemputan Presiden Erdogan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 254 hits
Saya dan Azizah ke Republik T rkiye atas undangan peribadi Presiden Recep Tayyip Erdo an bagi membincangkan beberapa perkara mutakhir di samping mengeratkan silaturrahmi Saya juga akan menyampaikan syarahan di Ibn Haldun University dalam ku...
Suami Men1ngg4l Dvnia Seminggu Sebelum Raya Wanita Minta Edit Gambar Bersama Hasilnya Undang Seb4k

Suami Men1ngg4l Dvnia Seminggu Sebelum Raya Wanita Minta Edit Gambar Bersama Hasilnya Undang Seb4k

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 349 hits
Demi menunaikan hasrat arw4h suami untuk memakai baju raya sedondon warna pada tahun ini seorang wanita meminta pertolongan ahli group Edit Apa Hari Ni untuk mengedit foto keluarganya Menurut wanita tersebut arw4h suaminya men1ngg4l dvnia s...
Gambar Tak Sampai 20 Keping Ambillah Gambar Banyak Banyak Dengan Pasangan Tak Menyesal Nanti

Gambar Tak Sampai 20 Keping Ambillah Gambar Banyak Banyak Dengan Pasangan Tak Menyesal Nanti

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 108 hits
Merakam sekeping foto bersama suami disaat anak anak membesar kita rasakan payah Hakikatnya itulah kenangan yang perlu disimpan bersama sama Warkah sayu seorang ibu yang jarang jarang mengabadikan kenangan bersama arwah suaminya sepanjang 1...
Hiburan Memang Beranak Sebab Nak Buat Content Ke Individu Dikecam Netizen Tak Puas Hati Neelofa Upload Gambar Bilal

Hiburan Memang Beranak Sebab Nak Buat Content Ke Individu Dikecam Netizen Tak Puas Hati Neelofa Upload Gambar Bilal

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 246 hits
Semua tahu bahawa Neelofa dan suami sehingga kini masih tidak mendedahkan wajah anak lelaki sulung mereka Muhammad Bilal Namun sebenarnya perkara itu normal bagi ibu bapa untuk tidak menunjukkan anak mereka atas pelbagai faktor terutamanya ...
Gadis Takut Hingga Menggigil Pemandu E Hailing Tiba2 Naik Angin Marahkan Orang Lain

Gadis Takut Hingga Menggigil Pemandu E Hailing Tiba2 Naik Angin Marahkan Orang Lain

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 226 hits
Bagi pengguna perkhidmatan E hailing pasti mempunyai pengalaman tersendiri bila berhadapan dengan bermacam ragam pemandu Ada di antara mereka lebih selesa berdiam diri dan ada juga yang suka berborak santai bagi menghilangkan bosan penumpan...
Kib Bentuk Tim Kecil Bahas Deklarasi Capres Hingga Pembiayaan Kampanye

Kib Bentuk Tim Kecil Bahas Deklarasi Capres Hingga Pembiayaan Kampanye

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 98 hits
Melki menjelaskan tim kecil juga untuk merumuskan visi dan misi KIB agar lebih mudah dipahami antara satu dengan yang lainnya Tak hanya itu tim kecil juga untuk menepis isu pelaporan pembiayaan dana kampanye yang dianggap tak sesuai oleh pu...
Sederet Operasi Yang Dilakukan Lucinta Luna Potong Leher Hingga Potong Tulang Ekor

Sederet Operasi Yang Dilakukan Lucinta Luna Potong Leher Hingga Potong Tulang Ekor

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 167 hits
Operasi potong leher yang dilakukan artis dengan julukan Ratu 9 Nyawa ini bertujuan untuk menghilangkan khodam alias suara laki lakinya
Berjaya Menangkap Pepatung Dalam Gambar

Berjaya Menangkap Pepatung Dalam Gambar

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 198 hits
Setelah sekian lama tak nampak pepatung sedang elok pepatung bersantai di ampaian cepat cepat saya keluarkan handphone dan potretkan dia Dapat jugalah gambar pepatung yang elok sikit Rasanya dah lama sungguh tak nampak pepatung ni Terkenang...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered