Muhyiddin Tidak Sepatutnya Terus Ungkit Cerita Perlantikan Perdana Menteri






19 August 2024


Malang berganda nampaknya menimpa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sekarang ini.


Sudahlah calon Bersatu yang diambil daripada Pas kalah dalam PRK Nenggiri, beliau pula kini berdepan siasatan kerana menyentuh isu 3R ketika berkempen.


Beliau akan diambil keterangannya esok berhubung ucapannya ketika berkempen di Nenggiri yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Muhyiddin didakwa menyentuh kewibawaan Agong ke-16 itu berkaitan perlantikan Perdana Menteri selepas PRU15 dengan mendakwa beliau ketika itu mempunyai sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak dipanggil ke Istana Negara.


Setakat ini dilaporkan sejumlah 29 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak terhadap Muhyiddin.


Dalam hal ini, mahu tidak mahu, harus kita sedari adalah suatu kesilapan untuk Muhyiddin mengungkit-ungkit cerita lama pada tahun 2022 itu.


Pertamanya kerana perlantikan Perdana Menteri adalah atas budi bicara baginda kepada mana-mana Ahli Parlimen yang diyakini mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi.


Kuasa itu tidak perlu dipertikaikan atau dijaja sebagai bahan cerita secara terbuka.


Siapa yang diperkenankan, itulah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri.


Lagi pula, apa kaitan cerita perlantikan Perdana Menteri yang tidak menjadi kenyataan itu dengan kempen PRK Nenggiri?


Yang kedua, isu perlantikan Perdana Menteri itu adalah kisah lama yang sudah berlalu dan tidak perlu diungkit lagi.


Ia ibarat bekas kekasih lama kita yang sudah berkahwin dengan lelaki lain dan kini sudah pun mempunyai keluarga.


Maka, ada faedahnya untuk diceritakan lagi?


Selepas tidak dilantik sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin seharusnya terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.


Jika beliau masih ada hati untuk jadi Perdana Menteri juga, ada dua cara yang masih terbuka dilakukannya.


Pertama, pastikan PN menang PRU16 akan datang atau setidak-tidaknya memenangi jumlah kerusi Parlimen paling banyak supaya mudah untuk beliau menarik sokongan daripada parti-parti lain.


Kedua, mengusahakan atau menggerakkan agar Anwar Ibrahim  dijatuhkan sebelum penggal ini berakhir.


Soalnya, bolehkah ia dilakukan?


Jika tiada jalan untuk melakukannya, lebih baik tumpukan perhatian kepada PRU16 yang kira-kira tiga tahun saja lagi daripada sekarang.


Apa pun, dalam perjalanan menuju PRU16 itu, jangan sesekali diungkit cerita lama yang sudah berlalu atau masih mengatakan ramai orang bertanya kepadanya bila lagi mahu mengambil alih kerajaan.


Kalau mahu menjatuhkan kerajaan, lakukannya dengan senyap-senyap sebagaimana beberapa gerakan menjatuhkan kerajaan sebelum ini.


Jangan hanya bercakap mengenainya di pentas ceramah, namun tiada apa-apa gerakan ada diusahakan dan ketika berkempen dalam PRK, yang patut disentuh ialah parti lawan atau Perdana Menteri, bukan Raja-Raja. – (ShahbudinHusin 19 Ogos 2024) .






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/muhyiddin-tidak-sepatutnya-terus-ungkit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Pertikai Perlantikan Perdana Menteri Muhyiddin Wajar Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang

Khairy Pertikai Perlantikan Perdana Menteri Muhyiddin Wajar Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 115 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar memohon maaf kepada Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kerana mempertikai pelantikan Perdana Menteri yang menjadi kuasa mutlak bagind...
Dominan Umno Bermakna Mereka Mahu Rebut Kerusi Perdana Menteri

Dominan Umno Bermakna Mereka Mahu Rebut Kerusi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 224 hits
Hasrat dan ingin kembali dominan menjadi topik paling hangat sepanjang berlangsungnya PAU2024 yang berakhir semalam Sama ada di dalam atau di luar dewan mesyuarat dominan adalah perkataan yang hampir tidak lekang diperkatakan Kalaulah UMNO ...
Pn Kuchalana Gara Gara Pengerusi Tak Jadi Perdana Menteri

Pn Kuchalana Gara Gara Pengerusi Tak Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 78 hits
Saya juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022 Satu lagi Surat Akuan Penerimaan Akuan Berk...
Akhirnya Memohon Maaf Kepada Ds Anwar Ibrahim Perdana Menteri

Akhirnya Memohon Maaf Kepada Ds Anwar Ibrahim Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 202 hits
Meta syarikat pemilik Facebook memohon maaf atas penyingkiran siaran media sosial oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh Ini selepas Pejabat Perdana Menteri menyampaikan bantahan terhadap wakil...
Karam Singh Walia Diziarahi Wakil Perdana Menteri

Karam Singh Walia Diziarahi Wakil Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 186 hits
Pada 7 Ogos 2024 Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dato Seri Diraja Anwar Ibrahim saudara Farhan Fauzi telah menziarahi Dato Karam Singh Walia tokoh kewartawanan alam sekitar yang terkenal dengan penggunaan peribahasa langka Dimaklu...
Cerita Puan Maharani Bermalam Di Rumah Dinas Menteri Ikn

Cerita Puan Maharani Bermalam Di Rumah Dinas Menteri Ikn

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 104 hits
Rumah tapak di IKN sendiri sudah memiliki teknologi smart home yang sangat memudahkan penghuninya
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik